Suasana di Pasar Malam Taman Jati
Assalamualaikum. Good morning people =) Last two days, Kawasan perumahan aku selalu buat hari 'Pasar Malam' pada hari Selasa dan Jumaat. Sudah menjadi kebiasaan aku dah Kakmy pergi pasmal sebab Kakmy memang fanatik nak beli kwaytiow pakcik Polis tu. Hehe. Sedaplah juga, tapi tak se-saiko dia. Waktu aku dan Kakmy jalan-jalan menyusuli jalan pasmal tu, banyak kerenah pelanggan/manusia yang aku perhatikan. Ada yang sabar menanti pekedai(ada ke nama ni?) yang buat kerja sambil lewa, ada yang tidak boleh bersabar lalu membiarkan pekedai berkeadaan terkelu. Tawr-menawar, itu sudah pasti. Rakan lama? Sudah biasa, tapi jarang sekali untuk menegur mereka. Bukan sombong, tapi kekok dan malu. Melihat kerenah manusia di situ.. Sudah menjadi kebiasaan. Kehidupan Melayu sebagai pelanggan, memang berjenis. Ada yang meminta sedekah sambil memainkan kompang loceng. Yang buat aku sebak, ada seorang pakcik yang kakinya patah di samping dua anak kecil di sisinya. Pilu sungguh. Dalam kepa...