Morning, babyblog!
As-salam. hi readers. Saya tahu saya dah lama tak update blog, maafkan saya. PC saya ada masalah sedikit. Tak boleh nak sign in google account. Sedihkan? Ok jom menangis. Sobs sobs Ok lets continue laughing :P
There's a lot story yang I want to share with you guys. Tapi bila dah bercelaru ni, semua dah kena virus. Hilang.
Ombak Rindu, cerita ni hot kat pawagam sekarang. Dan syukur alhamdulillah saya dah tengok dengan mak dan adik-adik saya. Cerita dia super duper best gila. Even ada seteng part yang mengancam(bak kata jia) takde, tapi saya berpuas hati sebab jalan ceritanya sangat menarik, tersentuh lah bila tengok pengorbanan seseorang demi ingin menyelamatkan nyawa orang tersayang. Ya Allah, cerita nya macam betul-betul mengikut novel. Ayat puitis nya.. Aaron Aziz, Maya Karin dan Lisa Surihani betul-betul menghayati watak mereka. Tahniah buat mereka!
Mak saya kantoi mata merah :P saya? Hehehehehe setakat berkaca bolehlah awak. Kita tak menangis tauuu. Berkaca je. Sedut balik ayaq mata. Nahh tips tahan air mata kat wayang ; pandang bawah skrin yang gelap tu. Konon macam tengah pandang pelakon, tapi pandang bawah. Biar orang tahu kita hati batu, padahal tak tengok skrin pun :P hebat tak kita? :P kite tahu. Hahahahaha. Lagu Ombak Rindu ni pun best. Tajuknya Ombak Rindu by Hafiz ft. Adira. I suggest better you all download lagu ni, lagu dia memang feeling habis. Boleh layan korang kalau tengah sedih. Terasa hati ni tau :)
Cerita ni memang layan habis, especially for those yang layan novel cinta. Alahhh macam aku ni hah. Suka baca novel cinta :P And korang mesti tahu kan part mana yang paling aku suka. (if korang baca post aku yang ada title Penggemar Novel). Saya suka part Haris suruh Izzah panggil dia abang. Woaaaaaaaaaaaa so sweet! Comel sangat. Lepastu, diaorang dah lama tak jumpa. Sekali jumpa, kata rindu sangat-sangat. Aku yang menonton ni ketaq bibir jelah woi tahan jeles. Haahahhaha.
Apa-apa pun, saya sangat seronok dan tak rugi duit menonton cerita Ombak Rindu ni. Peace yo!
Dan lepas tengok wayang, saya mak adik beli novel. Saya beli novel aA+bB. For those yang suka novel tanpa ada cinta 3 segi, i'll prefer you this novel. Sweet tau. Comel. Saya banyakk kali senyum gelak time baca novel ni. Heheheh *kantoi*. Mak beli 7hari Mencintaiku. Novel ni tebal burger Big Mac tanpa roti di atas. Sebab novel ni tebal gila nak mampus. Takdelah mampus mana, tapi tebal lah kalau dah nak dekat 1000m/s. Saya tak baca lagi, tapi saya tahu jalan ceritanya lepas Aina cerita kat saya. Dia kata mula-mula memang bosan sikit. Then dah lama tu, kira okaylah. Heheheh excited. Adik beli komik Dear Yayah, merepek je budak tu. Komik dibelinya. Apelah nasib. Hahahhaha malam ni start baca novel 7hari Mencintaiku tu kot..
Gitar dahlah bunyi dah lari lagi :( saya dah lah tak reti tune gitar. Makin dipulas, makin pelik bunyinya. Hipotesis ni boleh dapat fullmarks tau. Wuwuwuwu~ Saya dah reti main lagu One In A Million by Ne-yo. Seronok lagu tu, jiwang sikit :P ada juga kawan request lagu, tapi saya ambil lah. Ingat kawan, i wont nyanyi at you guys. Suara kambing buat apa. Hahahahah. 3lagu mahu belajar ; If Its Love(kalau mampu), Jar Of Hearts and Love Bug. Ececececc dah macam artis konon. Hahahahhahahaha gitar pun tak reti tune. Ok saya faham. Sentaplah macam ni. Hahahahahaha.
Saya harap kalian sihat. Ohya, saya harap awak pun turut sihat en.A . Harap awak terlupa link blog saya sebab saya dah banyak kali sebut nama awak. Hahahhahaha. Okay kawan, ciauuu~ as-salam
Comments
Post a Comment