PMR - basic for your future.
As-salam.
Semalam 22Disember 2011, seluruh pelajar tingkatan 3 di Malaysia dah ambil results. Malam tu mesti diaorang takut gila, kan? Cuak ada, buat solat hajat, baca Yassin semua. Alhamdulillah :)
So, amacam result?
Tahniah bagi sesiapa yang form3 yang juga mengenali saya. Tahniah kepada semua yang mendapat __D __C __B 1A, 2A, 3A, 4A, 5A, 6A, 7A, 8A, 9A! Tahniah! Saya berasa amat gembira dengan kalian. Sungguh.
Walaupun ada di kalangan mereka yang tidak mendapat keputusan seperti yang mereka hrapkan, sekurang-kurangnya kalian dah lakukan yang terbaik. Korang dah lepas satu beban yang terpaksa korang pikul selama 3years. Kau bayangkan, 3TAHUN! Gila tak gila. Korang memang hebat habis weh! Respect korang kerana korang penyabar gila nak tunggu 3years tu. Apa ingat 3years tu macam 3minutes? Kau gilaa. Cool habis! Tahniah lagi!
Keputusan PMR ni janganlah sampai korang fobia nak buat itu ini. Eh chill lah. Keputusan PMR ni just menunjukkan aliran mana yang patut korang flow. Cewahh. Ada banyak aliran kann. Sastera, Reka Cipta, Teknik, Design, Masak, Sains Tulen, Akaun dsb. Nanti f4 korang dapat masuk kelas yang berbeza alirannya. Jangan risau, cikgu dah letak korang kat dalam kelas yang boleh buat korang berjaya. Yelahh, takkan cikgu nak letak korang dalam kelas sastera sedangkan korang minat teknikal? Mungkin ada yang berfikiran macam tu. Korang bukan tak layak, tapi cikgu sentiasa fikirkan masa hadapan korang. Cikgu taknak merosakkan masa hadapan korang. Cikgu nak korang belajar tentang perkara yang sesuai dengan korang. InsyaAllah, korang juga boleh melakukannya walaupun secara perlahan-lahan.
Saya PMR dapat 4A 2B 2C 1D. Arab saya D, sejarah dan sains saya C, geografi dan english saya B, selebihnya A. Pada mulanya, cikgu meletakkan saya dalam kelas Sastera. Saya rasa awkward gila sebab classmates(masa f3) kebanyakkannya kelas Sains. Agak menghampakan saya. Saya buat surat, mohon kelas sains. Say tahu, kat mana-mana boleh belajar tapi saya rasa dengan adanya kawan-kawan, saya lebih bersemangat nak belajar(only in my opinion lahh). Ohh rupa-rupanya cikgu kata nama saya terbabas kat dalam kelas Sastera. Tak mohon pun takpe, sebab nama saya memang dah ada kat kelas sains. Fuhh leganyaa, Alhamdulillah :)
Saya lalai masa tingkatan4. Subjek yang saya agak lemah ialah kimia, biologi dan sejarah. Tapi saya dah rasa masa ini lah saya nak baiki diri saya. Bila dah jadi pelajar sains, banyak peluang untuk masuk ke U(results pun kena cantik juga). So, saya kena struggle untuk subjek kimia, biologi dan sejarah untuk masuk ke dalam U dan pilih course pilihan saya(cewahh). Saya setakat ni, saya nak ambil course engineering. Yeahh, kimia fizik addmath diutamakan! So, doakan saya. Kalau tak dapat, mungkin saya akan ambil aliran yang bersesuaian dengan results SPM saya nanti. Mana-mana boleh belajar kan? :D
Poyo sehh post aku kali ni. Geli aku.
So, bagi pelajar lepasan PMR, janganlah korang nak frust. Korang patutnya lebih bersemangat nak belajar nanti f4. Korang dapat aliran yang ssuai nanti berdasarkan kemahiran korang dalam results PMR korang tauu. So nanti korang belajar, takdelah susah mana. Hehehe. SPM nanti baru struggle gilaaaa. bagi parents, family, teachers, friends, boyfriends/girlfriends(plural nampak?) bangga ngan korang. Fuhhh :D
Ni yang aku excited nak jadi f5 ni! Eh ehh batch 95 dah jadi senior lah! Lempang aku plis. Hahahha
Dah ah, lapar. Wa baru makan 2chewing gum je tau. Tusyen punya pasal, selalu tak sempat nak breakfast. Nasib ada chewing gum, kalau tak berbau lah mulut ni dalam tusyen. Eiii. hahahah
K, asssalamualaikum :)
Comments
Post a Comment