Procedure of taking a legal license/ prosedur mengambil lesen!

At last, I have the things I wanna share. At last. But it isn't as great as I thought since ive ruined my first time driving a car. Oh its been an old story. Sangat la kan. 



The moment to grab a legal license! I kept thinking, should I share it on my blog so that people can know the procedure of taking a license. So now, im here. Meow.

Saya ambil lesen untuk kereta sahaja, kos tidak melebihi RM800 secara teknikalnya. Segala kos termasuk ceramah basic 5jam, ujian warna & test law on computer, ceramah lagi 6jam dan juga latihan memandu 10jam(2hours/day). Semua ni makan paling cepat sebulan. Padan muka.



Lepas dah selesai latihan memandu tu, ada lagi 1 peringkat untuk melepasi Test JPJ, iaitu test QTI(which i forgot what was it). Ujian ni kira macam test jpj, tapi kita diuji dengan orang lain, bukan pegawai dari JPJ. Kena bawa elok-elok juga. Kalau failed, you can't take test jpj and akan diberi masa tambahan untuk latihan memandu. Contohnya kena tambah lagi 2 atau 4jam. Kiranya tak layak untuk test jpj. Bila dah selesai buat latihan memandu tambahan itu(akan dicas juga ye), korang akan melalu test QTI itu lagi sekali sehinggalah korang diluluskan untuk ambil test JPJ. Padan muka.

Selepas mendapat kelayakan untuk mengambil test JPJ, korang tunggulah tarikh yang sesuai, biasanya ejen akan beritahu. Takpun bagi yang tak ada ejen, akan ada ejen juga bagitau masa korang lulus QTI tu. Macam saya, tarikh test JPJ saya lama saya tunggu, about two weeks, baru boleh. So saya dengan secara tidak sengajanya mengambil kelas memandu extra 6hours(still dicas dengan bayaran juga) supaya tak terlupa jalan, bak kata ejen saya. Nasib baik dia bagi discount 60%.



Masa hari test JPJ, saya rasa tak perlu cuak tahap gaban sebab ramai geng la. Bukan kita test sorang-sorang. Kita akan dapat nombor giliran, kad tu kena pegang, macam saya dapat nombor 35 dan rakan saya nombor 59. Kita akan dengar ceramah pendek, dia bagitahu test jpj kena buat apa, jangan lupa angkat tangan la ape la. Nanti korang akan belajar waktu kelas memandu tu. Masa untuk naik bukit, parking dan parking macam nak pusing k-aku-taktau-nak-nama-apa, ada part korang kena angkat tangan yang dianggap sign korang dah ready or dah selesai. So jangan risau. Korang dah pro habis la lepas dengar ceramah tu. And ya, korang akan dapat kad besor untuk kegunaan pegawai JPJ menandakan korang ni lulus or tak in every stage.

Tan tara! Masa untuk test jpj, group korang akan pergi ke tempat yang biasa korang practice. Beramai-ramai around 60-70orang. Lu nak cuak apahal. Kereta biasanya dia orang bagi yang biasa je. Tak ada pula nak bagi yang rosak. Kalau rosak or clutch/minyak/gear buat hal, korang boleh minta nak tukar kereta sebab dia orang ada sediakan 6-7kereta kat situ. Siap enjin dah tolong start lagi. Lagi pro habis la korang. Oleh itu, apabila mendapat arahan oleh abang suruh mula(either 3 of it-bukit, parking, dan yg pusing), silahah turunkan handbrake dan angkat clutch sambil tekan minyak. Cewah.

In every stage, u'll be given time limit. As an example, naik bukit 3minit, parking 5minit, pusing macam uturn 3minit. Korang dah pro, so dalam seminit pun boleh buat sambil pejam mata ah.

So bila dah lulus tu, korang kena pergi stage kedua yakni memandu di jalan raya. Biasanya akan ada 3pilihan, dan satu sahaja akan dipilih oleh pegawai jpj secara rawak. Kawan saya murah rezeki, pegawai tu tanya nak jalan apa. Cis kan?


So here's the tips. 



  • Masa untuk 7step awal masuk kereta, seeloknya wiper tu keluarkan air sekali. Clean the front. Saya tak buat, pegawai tu okay je. Kawan saya tak buat, habis lost 1mark.
  • Kalau pegawai tu tutup cermin waktu korang nak pegang side mirror, sila minta dia bukakan tingkap sebab korang still nak check. Itu trick diorang tu. Cis.
  • Untuk elakkan kereta bergerak mengundur selepas menurunkan handbrake, angkat clutch sambil menekan minyak sedikit DALAM MASA YANG SAMA.
  • untuk mengelakkan enjin mati sewaktu naik bukit, follow this step carefully. Time nak bergerak tu, tukar gear 1, tekan minyak sampai bunyi kuat(or kat meter sampai lebih 3++), angkat clutch slowly sampai kereta macam terangkat sikit, KERASKAN KAKI KAT CLUCTH AND JANGAN ANGKAT/GERAK KAKI KAT CLUTCH TU, turunkan handbrake, tekan minyak and you'll drive the car like a pro. Ini tips saya guna pakai setelah ejen saya bengang dengan saya sebab mati enjin 4kali non stop kat bukit.If korang angkat clutch waktu turunkan handbrake, kereta tu automatically akan termati enjin.
  • Keep the distance between other car front of your car(jalan raya).
  • Chill out.
Kalau mati enjin kat jalan raya, memang tak fail tapi akan hilang satu markah iaitu tidak dapat mengawal kereta dengan baik. Padan muka.

Bila dah officially lulus, proses untuk tunggu pengesahan lesen P awak tu makan 3hari dan kena prepare rm60. Hal semua tu usually akan diuruskan oleh ejen korang, tetapi ada sesetengah orang yang akan ambil sendiri. Macam saya. Kena prepare duit, gambar saiz pasport, salinan lesen l, salinan kad besor, ic tu im not sure. Pergi ke JPJ, dan ambil lesen anda sambil kembangkan hidung.

___________________________________________________________________

End of procedure and may Allah ease yours.


pictures taken from Google*

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

3rd Intake ke IPTA(prosedur)

Mari Belajar Ruku'.