Posts

Showing posts from November, 2015

Things Need To Be Done

Image
Pukul 6.01 petang. Okay, sempat ni. Amira meniti jam tangannya sambil melihat dua orang sahabatnya beratur di hujung cafeteria untuk membeli makanan Thai sedap tahap leleh. Biasalah UIA kan, bila dah lewat petang macam ni lah baru ramai sisters beli makanan. Banyak juga lah jenis-jenis makanan yang ada di Mahallah Asma’ ni. “Taraa.. Kway teow celup tiga rasa disertakan dengan ayam, siap!” sergah Mas selepas baru sahaja membeli makanan kegemaran hariannya. “Kau ni. Tak habis-habis dengan celup tiga rasa tu. Gila.” Mata Amira teliti melihat makanan apa pula yang dibeli oleh Suraya yang baru sahaja melabuhkan punggung di sebelahnya walaupun kata-katanya ditujukan bersahaja kepada Mas. “ Apa pandang-pandang? Teringin le tu,” seloroh Suraya sambil ketawa kecil. “Kalau line tak panjang, dah lama aku beli k. Sanggup betul lah korang nak beratur setengah jam semata nak makan masakan makcik Thai tu eh,” balas Amira sambil matanya memandang stall kecil Makcik Thai itu denga