Posts

Showing posts from February, 2013

Kita bercakap tentang DOA 2

Assalamualaikum. Seusai aku solat Isyak, aku ke bilik sebelah untuk meneruskan niatku bersosial di laman Twitter dan Facebook. Lagu sedang dimainkan oleh laptop Kakda, nasyid. Lagu ini memang aku suka dari dulu, cuma tidak terdetik untuk memahami. Sekadar sedap alunan suara. "Kakda, tu lagu apa?" "Setanggi Syurga," Tab baru. Setanggi Syurga lyrics. Oh.. Kumpulan In-Team rupanya. Sedap sungguh suara mereka. Muziknya sungguh terasa bagiku, saat itu. Aku tidak cuba untuk menghadam liriknya, tapi hadamkan suara dan ketulusan mereka menyampaikan lagu itu. Air mata sejurus mengalir sedikit.  Ini bukan keinsafan, tetapi sekadar menghayati penyampaian. Penyampaian yang tidak pernah aku cuba. Aku melihat liriknya.. Sungguh, aku terharu. Aku terharu. Allahurabbi.. Nak tahu part mana yang 'mengusik' aku? Aku sudi kongsikan bersama :) Percaya kata janjiMu  Kerna ku yakin apa di genggamMu  Keharuman setanggi syurga  Bu

Kita bercakap tentang DOA 1

Image
Assalamualaikum. Mencari-cari post di blog Ph.D tentang psikologi. Khusyuknya membaca hingga jarak mata dan skrin kecil netbuk 1Malaysia cumalah 7cm. Spek mata sudah patah dibiarkan di dalam bekas. Masih tidak tahu apa yang dibaca, apa yang dituju. Cuma sekadar ternampak. Minat bukan beerti harus suka, tapi harus dibuktikan. Itu yang aku ingat sewaktu membaca post itu. Terasa tertampar. Terasa malu dengan diri sendiri. Selama ini aku hanya minat, tetapi tidak cuba mengkaji dengan lebih lagi. Mana bisa di dalam jika yang luar tidak ku lihat. Tidak mungkin. Sejurus kemudian kusengaja klik pada tab laman Twitter, melihat apa yang terbaru. Aku ternampak seorang rakan lamaku tweet "Lunch time!".  Eh, sekarang lunch? Aku lihat jam kecil di skrin. 4.41pm sudah. Masya-Allah! Aku belum solat Zohor lagi. Syukur bilik air jaraknya 50cm dari meja kecil yang berhadapan dengan tingkap ini.  Assalamualaikumwarahmatullah.. Assalamualaikumwarahmatullah.. Ku aminkan denga

Myself in random.

I don't know what I want. I don't know what I intent to do. I don't know what I'm gonna say. I don't know why I have to feel it. I just don't know. I hate being like this. No. I just hate few random people came in my life. Randomly. Not because their attitude, but I hate my feeling. Urghh.. Kau jangan nak fikir yang tak semena. Aku bukan minah jiwang karat. Sometimes I hate everybody. It can describe above all.

Abah, be strong!

Image
"Esok abah operate pukul 7am," "Haha. Abah takut tak?" "Abah diam je," Aku diam. Sambung lagi.. "Abah jadi pasif. Tak menyembang," Abah, kuatkan diri ye. Age sentiasa doakan abah sihat sentiasa dan murah rezeki. Takpelah, waktu operate tu diorang dah bius abah, pehtu pengsankan abah. Pehtu abah bangun, and taraaaaa! InsyaAllah..  Dengan izin Allah, semua berjalan lancar. 21 Februari 2013 - Institut Jantung Negara. Saya berharap bagi sesiapa yang membaca post ini, harap dapat doakan agar abah saya kuat dan tabah menghadapi ujian yang bakal dihapadinya esok. Doakan abah okay! Okay? Terima kasih. Hanya Allah mampu membalas jasa kalian :) Susah tau macam ni. Haha!

Kemahuan infinity.

Kadang-kadang aku tak tahu apa yang aku inginkan. Aku pada hari ini mungkin akan bertukar, untuk hari esok. Dan mungkin akan bertukar pada hari seterusnya. Dan permainan minda yang memutar belitkan keadaan. Gangguan emosi. Permainan jiwa. Perasaan bercelaru. Ketendangan kekacauan. Berteraburan di awang-awangan mindaku yang bersepah. Habuk masih statik tanpa dibikin. Bayangan. Imaginasi. Aku tak faham kehendakku sendiri.  Ianya seperti.. Tiada pendirian dan penetapan. Hari ini aku terima, esok hari aku menolak. Kelmarin aku mahukannya, esok pagi terasa meluat. Malam ini ku rasakan sesuatu yang menarik, Esok pagi? Wallahualam. Ego dalam diri selalu menjadi syaitan. Tapi adakala aku berfikir.. Adakah untuk kebaikan? Atau untuk alasan? Pasti. Ini soal hati dan perasaan. Tidak ku bilang ini soal cinta, tapi tidak ku bilang ini soal kawan. Ini soal perasaanku terhadap sekeliling. Terhadap perilaku aku, terhadap orang sekeliling, terhadap orang tersayang.

Jersi merah dan kemenangan

Kakmy dah balik from KL after register UPM, Kakla and Kakda pun balik. Kakla dapat cuti seminggu for CNY while Kakda cuti sem for a month. Maghrib. Abah tidur rumah malam tu. Hurray! "Abah, jom beli pizza malam ni. Takpun burger king. Aeda ada baucer banyak gila!" "Ya ka?" "Ehh toksah toksah. Kat dapoq tu boleh masak pape. Toksah,"  Mak dah start bersuara, tapi sebagai seorang yang berpendirian(ekceli aku kakmy kakla yang pujuk abah), kami buat perundingan. "Haaa KFC je lah.." "Hah.. Abah nak roti lima, lepastu kentang putaq yang besar tu, bla bla bla," Mission completed! Wang not rm50 diletakkan, atas tangan Kakmy. "eh eh.. Mana cukup ni abah.. Kita kat rumah 9 orang. Lagi lagi," Abah lari masuk dalam, naik atas untuk melarikan diri dan sekaligus untuk menunaikan solat Maghrib. "Abah! Lagi lima pulohhh!!" jerit aku dari bawah. Piungggg~ zassssss~ duit berterbangan dari atas ke bawah~ "Ye

Abah takut

Sedang aku makan kwaytiow, abah dengan mak masing-masing bersembang sambil besertakan ubat-ubat di tangan untuk dimakan. Banyak sungguh. Beberapa minit sebelum itu, abah masuk rumah dengan membawa suatu di tangan. Eh coklat ni.. "Surat tu cakap apa, bah?" tanya mak. "Laaa bekas surat ke?? Age ingatkan coklat tadi. Hish.." "Hahaha," abah golak ni hah. Abah dengan mak punya la teliti baca surat tu. Buka tingkap, selak langsir, mak kehulur hilir mencari spek mata abah. Surat IJN abah dah dapat. Memang dah tahu tarikh, tapi cuma surat ni kira pengesahan juga la. 18 haribulan 2, abah sudah kena berada di sana pada jam 2.00pm. "Surat tu kata apa, age?" "Alah.. Abah kena stop makan ubat warfirin ape tah dua hari sebelum masuk IJN" kira precautions la ni. Makan kwaytiow. Abah dengan mak sembang lagi pasal perancangan hendak ke IJN. Mak banyak nasihat abah sebab abah memang takut. Depan anak, kenalah cover macho, kan abah? Wakt

Adik, meja, cawan, botol air.

Aku dengan adik perempuan aku makan sayur pucuk paku masak lemak cili api dan kuah kari. Tambah pula dengan telur goreng seorang satu. Nikmat sedunia. Cheers. Aku kaut nasi dua senduk. Nasib nasi tak rapat-rapat dan tak lembik, kalau tak mesti dah menimbun macam apa je. Adik aku? Lantak la. 2x5 je kami. Intan sudah habis dengan 2nd round dan sudah basuh pinggannya. Aku yang masih terkinja-kinja dengan 2nd round, nasib banyak juga. Tapi, alhamdulillah baru suku ku jamah the 2nd round, baby-rice aku dah kenyang dalam perut. Puas ku pujuk Intan dengan berbekalkan telur kuning cair, pasti dijamin Intan mahukannya.  Alhamdulillah, pujukanku membuahkan hasil! " Lepas makan, sila basuh pinggan, basuh cawan, simpan air dalam peti ais dan lap meja," Senang je arahan. Basuh pinggan yang kau dah makan, basuh satu mug yang kau dah guna, simpan JE botol dalam peti sejuk dan akhir sekali lap sahaja meja yang ada sebutir nasi yang tumpah. Senang sangat. Intan diam. Okay maknan

Cinta Huruf pelik

Image
Kau siapa? Doktor penterjemahan huruf? Peace bagi segala peperangan emosi.