Kita bercakap tentang DOA 2

Assalamualaikum.


Seusai aku solat Isyak, aku ke bilik sebelah untuk meneruskan niatku bersosial di laman Twitter dan Facebook. Lagu sedang dimainkan oleh laptop Kakda, nasyid. Lagu ini memang aku suka dari dulu, cuma tidak terdetik untuk memahami. Sekadar sedap alunan suara.

"Kakda, tu lagu apa?"
"Setanggi Syurga,"

Tab baru. Setanggi Syurga lyrics.

Oh.. Kumpulan In-Team rupanya. Sedap sungguh suara mereka. Muziknya sungguh terasa bagiku, saat itu. Aku tidak cuba untuk menghadam liriknya, tapi hadamkan suara dan ketulusan mereka menyampaikan lagu itu. Air mata sejurus mengalir sedikit. 

Ini bukan keinsafan, tetapi sekadar menghayati penyampaian. Penyampaian yang tidak pernah aku cuba. Aku melihat liriknya..

Sungguh, aku terharu.
Aku terharu.
Allahurabbi..



Nak tahu part mana yang 'mengusik' aku? Aku sudi kongsikan bersama :)

Percaya kata janjiMu 
Kerna ku yakin apa di genggamMu 
Keharuman setanggi syurga 
Bukan kilauan sebilah belati 

Tersiksa jiwa merindu 
Bagai terkurung dibasah tengkujuh 
Kewangian aroma bunga 
Tak menggugah keteguhan iman 

Cinta tak pernah terbunggar dan terlebur 
Pada redup renung mata yang menipu 
Tuntas ku mendaki 
Puncak cinta teragung 

Izinkan aku melafazkan kata 
Bicara hati yang mudah diterjemah 
Betapa aku gerun pada teduh untuk bernaung 
(Kerna awan itu rapuh) 

Bahagia buat mereka 
Yang bertemu cinta yang teragung 
Yang membawa ke syurga hakiki dan abadi 

Dendam tak marak menyala dan membakar 
Oleh putih salju yang berguguran 
Kerna dosa itu 
Lebih hitam dan kelam 

Ku anyam rindu menjadi hamparan 
Kerna ku pasti adanya pertemuan 
Di sana nanti bukti cinta suci dilafazkan 
Tak bertemu pengucapan 

Percaya kata janjiMu 
Kerna ku yakin apa di genggamMu 
Keharuman setanggi syurga 
Bukan kilauan sebilah belati 

Kata janjiMu... 
Seharum setanggi syurga 




Part yang aku bold tu yang jadi kegemaranku. Cara dia tekankan. Pheuwhh~



Lagu sudah pun dimainkan. Sudah beralih ke lagu lain. Masih dengan nasyid, tapi aku juga masih pekak dengan memori lagu yang pernah aku dengar tanpa tajuk. Tetapi aku rasa malu hendak bertanya kepada kakakku, nanti difikirnya aku ni minah alim. Aku terus mendiamkan diri.



Doa?

Aku tak pasti sama ada Allah beri peluang kepada aku atau cuma kebetulan. Petang tadi sebelum mandi, sebelum Zohor. Diulangi dalam bahasa mudah, aku biasa mandi selepas atau sebelum Zohor. Tiba-tiba ada keinginan hendak mendengar radio sambil mandi. Lalu aku turun bawah, masuk ke dalam stor untuk mencari beg putih kakak aku yang aku pinjam sewaktu di Langkawi bulan lepas.

"Aha! Ada pun earphone ni," 


Jam pukul 1.28pm.
Azan biasanya akan berkumandang jam 1.30pm. Okay, jom buka Era.fm.

Aku duduk dahulu, sebelum mandi. Mendengar azan di radio. Sambil menulis coretan dalam diariku. Selepas azan, aku buka radio Perak.Fm. Mana tahu, masih azan berkumandang atau tidak.

Oh tidak. Sedang ada ceramah. Cuma rakaman ceramah, sama ada aku salah dengar atau tidak, ianya merupakan ceramah selepas Subuh. Takkanlah ceramah on air nak bagi dengar, time tu orang tengah sembahyang kot.

Okay. Aku dengar juga ceramah sambil menulis lagi isi diariku.

Aku mendengar dan terasa macam "Wowowo, kebetulan ke apa ni? Baru semalam nak insaf pasal doa, hari ini ada short ceramah pasal doa?"

Alhamdulillah. Allah bagi peluang pada aku untuk santapan mindaku. Untuk pengetahuanku. Untuk amalanku. Insya-Allah.

"Doa kita tak akan sampai pada Allah jika kita tidak melakukan dua perkara ini. Dua perkara ini amatlah penting, tuan-tuan sekalian. Yakni, memuji Allah SWT dan Rasulullah, pesuruh-Nya. Jika tidak ada dua perkara ini, doa kita akan tersangkut di tingkap langit. Maka pujilah Allah SWT dan pujilah Rasulullah SAW. Inilah syaratnya. Syarat tidak akan menjadi syarat jika tidak ada syarat."


"...................berselawatlah ke atas Nabi Muhammad. Berselawatlah.."

"puji Allah, puji Rasulullah"

Itu yang aku dengar. Ada lagi istilah syarat itu, tetapi aku tidak dapat hadam apa yang disampaikan. Aku tidak berani ingin menaip di sini. Bukan kerana kedekut, tapi kerana takut tersalah kata.
Wallahualam.

Eh aku pernah juga mengalami 'kebetulan' beberapa kali. 
Dulu sewaktu aku membaca tafsir Quran, aku ada baca dan nampak perkataan Kami dalam banyak ayat. Contohnya, rakan-rakan:

Katakanlah: "Marilah, supaya aku bacakan apa yang telah diharamkan oleh Tuhan kamu kepada kamu, iaitu janganlah kamu sekutukan dengan Allah sesuatupun; dan hendaklah (kamu) membuat baik kepada ibu bapa; dan janganlah kamu membunuh anak-anak kamu kerana kepapaan, (sebenarnya) Kamilah yang memberi rezeki kepada kamu dan kepada mereka; dan janganlah kamu hampiri kejahatan-kejahatan (zina) - yang terang daripadanya dan yang tersembunyi; dan janganlah kamu membunuh jiwa yang telah diharamkan Allah (membunuhnya) melainkan dengan jalan yang hak (yang dibenarkan oleh Syarak). Dengan yang demikian itulah Allah perintahkan kamu, supaya kamu memahaminya. [6:151]



Aku agak tertanya-tanya. Siapa Kami? Siapa yang bagi arahan ni??!

Jadi, aku cuba tanya soalan yang menjadi tanya tanya bagiku pada ustazah terchenta.
Senang je Ustazah cakap. 
"Kami tu maknanya Allah."

Rakan rapatku juga ada menerangkan kepadaku setelah aku selidik perkataan Kami itu dengan lebih lagi. 

'Kami' mewakili ramai iaitu melebihi seorang, dua orang, atau ramai-ramai.
'Kami' juga turut bermaksud yang Berkuasa. Merangkumi semua.
Okay, sedikit maklumat telah saya kongsikan! Hurray! =)

p/s: Queen Elizabeth juga biasakan diri dia sebagai 'we'(kami). Ada rakyatnya yang memahami 'we' baginya ialah Ratu itu mewakili pembesar-pembesar juga, tapi Ratu cuma mewakili dirinya sahaja. Ratu kan ketua, mestilah berkuasa. Berkuasa sebagai dirinya manusia sebagai Ratu Elizabeth.





Seriously aku rasa aku poyo.
Aku cuba menyampaikan dengan cara baik. 
Tidak punya niat apa-apa, 
cuma sekadar ingin berkongsi apa yang aku rasa 
dan dengar 
dan lihat.
Tiada istilah riak, 
cuma sekadar berkongsi.
Saya minta maaf andai ada yang tidak selesa dengan cara saya menyampaikannya.





Sabda Rasulullah SAW : “Sampaikanlah dariku walau hanya satu ayat” [Bukhari]

The Prophet SAW used to tell his Companions to do : "Convey (knowledge) from me even if it is just one aayah" [Bukhari].

Comments

Popular posts from this blog

3rd Intake ke IPTA(prosedur)

Get To Know About Me #1

Mari Belajar Ruku'.