Kita bercakap tentang DOA 1

Assalamualaikum.


Mencari-cari post di blog Ph.D tentang psikologi. Khusyuknya membaca hingga jarak mata dan skrin kecil netbuk 1Malaysia cumalah 7cm. Spek mata sudah patah dibiarkan di dalam bekas.

Masih tidak tahu apa yang dibaca, apa yang dituju. Cuma sekadar ternampak.
Minat bukan beerti harus suka, tapi harus dibuktikan. Itu yang aku ingat sewaktu membaca post itu.

Terasa tertampar.
Terasa malu dengan diri sendiri.

Selama ini aku hanya minat, tetapi tidak cuba mengkaji dengan lebih lagi. Mana bisa di dalam jika yang luar tidak ku lihat. Tidak mungkin.

Sejurus kemudian kusengaja klik pada tab laman Twitter, melihat apa yang terbaru. Aku ternampak seorang rakan lamaku tweet "Lunch time!". 

Eh, sekarang lunch?
Aku lihat jam kecil di skrin. 4.41pm sudah. Masya-Allah! Aku belum solat Zohor lagi. Syukur bilik air jaraknya 50cm dari meja kecil yang berhadapan dengan tingkap ini. 

Assalamualaikumwarahmatullah..
Assalamualaikumwarahmatullah..

Ku aminkan dengan tangan kananku dari atas kepala hingga meleret ke bawah dagu.
Alhamdulillah sempat.

Doa?

Kadang-kadang sahaja aku berdoa pada waktu Zohor kerana monolog dalamanku cuma "nanti waktu Asarlah aku buat,". Mudah sekali alasanku.

Tetapi aku masih ingat lagi pesan Ustazah, mungkin sudah bertahun pesanannya. Pesanan yang mendapat pahala dalam solat, aku selalu notakan dalam mindaku. Mudah-mudahan Allah tidak mengizinkan aku lalai dalam perkara sunat ini. 


"Orang yang tak berdoa lepas solat ialah orang yang sombong dengan Allah,"


Sudah pasti aku tidak mahu dilabel sebegitu. Aku tidak mahu sombong pada Tuhan aku yang Esa, kerana Dia, aku masih bernafas tika ini.

Cukuplah sekadar doa harian yang aku samar-samar pastinya, sama ada orang lain punya doa hebat atau biasa sahaja. Cuma aku tahu, doa aku hanya untuk semua. Hamba-hamba Allah.


"Ya Allah ya tuhanku.. Kau ampunilah dosa-dosaku, dosa-dosa ibu bapaku, dosa-dosa guru-guruku, dosa-dosa rakan-rakanku, dosa-dosa ahli keluarga, dan dosa-dosa seluruh umat Islam. Sesungguhnya Engkau maha Pengampun lagi maha Pemaaf, ya Allah."

Aku fikir ini cuma mukadimah bagi seseorang, tapi cukuplah sekadar ini bagi memuaskan hatiku selepas berdoa. Aku tidak pandai apa-apa, aku cuma insan biasa. Aku tidak pandai bermain dengan kata, aku cuma mohon apa yang jelas.

Tiada riak yang aku cuba pamerkan, cuma aku merasa kerdil dengan orang lain yang warak dalam doa. Itu baru sahaja sentuh bab doa. Bab solat? Nauzubillah. Aku harap solat aku yang masih taktih-dari-mula ini diterima-Nya.

Doa amat penting dalam hidup kita. Aku ada baca juga dalam novel karya Imran Haaz, Syahadah Gadis Ateis, doa juga dapat menenangkan kita. Dalam bahasa mudah mengikut kefahaman aku, hmm.. Biar aku terangkan.


Cikgu beri kerja rumah pada aku dan rakan-rakan sekelasku. Lima jenis karangan harus tertulis dalam buku karangan. Masa diberikan dari hari Khamis hingga Ahad malam. Esok Isnin harus dihantar sewaktu masa BM. Namun, hari Ahad malam baru aku teringat tentang kerja rumah itu. Pukul 10 malam. Lampu harus aku turn off sebelum mak menjadi polis, "Kenapa tak tidur lagi?". Ahh sudah. Nanti jadi pula malam yang masuk ke mulut harimau keluar pada buntut buaya. Olahan sendiri.

Esok pagi aku bangun awal macam biasa memandangkan jarak rumah aku dan sekolah mengambil masa 10minit perjalanannya. Aku pula bermotor skuter. Jika dibawa laju, pasti 5-6minit sahaja. Ceh.

Masih sedar dalam agamaku, seusai mandi aku mengambil wuduk lalu mendirikan solat Subuh dalam penuh keresahan tentang kerja rumah yang tidak siap itu. Selepas solat, aku berdoa bersungguh-sungguh kepada Allah. Aku lupa doa yang bagaimana, tetapi mungkin ada diselitkan agar cikgu tidak marah, cikgu terlupa, cikgu bertukar jadi seorang yang baik, cikgu terlupa, cikgu abaikan, cikgu terlupa, cikgu abaikan, cikgu terlupa, cikgu taknak tengok. Banyak yang negatif dari positif. 

Aku tahu, ini dah jadi adat pelajar juga. Segelintir pelajar mengucapkan yes atau Alhamdulillah sekiranya ketua kelas kita mengumumkan "Weh, cikgu tak masuk kelas" "Cikgu tak larat nak mengajar" "Cikgu tak datang" "cikgu ada hal". Jika cikgu masuk kelas pun kita akan gembira yang tidak terhingga jika cikgu menyebut 3 patah perkataan hikmat itu, sudah cukup menyumpah kami menjadi orang paling bahagia, "buat kerja sendiri", tetapi kita akan menjadi pelajar paling sedih di dunia sekiranya ketua kelas kita menyambung "tapi cikgu ada tinggalkan homework untuk kita". Aku paling benci ayat itu. Kau? *kenyit mata*

Maka, apa yang aku lakukan juga ialah berdoa agar perkara yang aku tidak mahu menghadapi kepada Allah. Aku berdoa. Aku tahu ramai juga yang berdoa tatkala kita berada dalam kesusahan dan kegembiraan. Dan.... Ya. Allah sudah memakbulkan doa kita.

Ya Allah, berikanlah cikgu tak marah esok.
Ya Allah, janganlah bagi mak tahu aku yang terbakarkan baju dia tu.
Ya Allah, janganlah buat dia dengar aku cakap apa.
Ya Allah, janganlah cikgu bagi homework.
Ya Allah, makbulkanlah doa aku.

Dan sebagainya.

Dan lebih kurang 4saat kita mengaminkan doa kita, Allah sudahpun memakbulkan doa kita. Tapi, masih lagi yang tidak sedar tentang itu.

Allah sudah memakbulkan doa kita. Allah memberi kita ketenangan selepas berdoa. Bukankah kita semua merasa lega selepas berdoa? Ya, itulah salah satu doa yang Allah sudah memakbulkan tanpa kita sedari. Sekarang kita sudah sedar. Alhamdulillah..

Aku masih juga ingat pesan daripada seseorang atau daripada rujukan. Aku lupa, tapi isi huraian masih aku ingat. Dalam bahasa mudah,

Kalau nak doa, kena minta ampun pada Allah. Minta ampunkan dosa ibu bapa. Itu yang penting. Kalau tak, doa kita tersekat. Macam jaraknya rumah kita, langit dan Allah. Doa yang tidak ada isi ampunkan dosa ibu bapa, maka doa kita tersangkut di langit.

Itu bahasa mudah yang aku olah selepas faham. Semua yang bertujuan kerana Allah SWT, semua kenalah berseri, cantik, indah. Mukadimah kena indah. Nak solat pun kena indah. Jangan telekung kotor juga kita sarung, jangan jeans koyak juga kita pakai, jangan baju jarang juga kita pakai, jangan yang singkat. Semua kena indah. Allah SWT maha Esa, cukup indah untuk kita fahamkan. Maka, haruslah kita sampaikan dengan cara yang indah juga. Tidakkah begitu?


Nah.. Kalau baca balik isi pertama, memang cukup lari dengan isi yang bawah. Aku memang begini. Seorang yang berniat lain, tapi menyampaikan lain.

Aku kenal serba sedikit tentang aku. Iaitu-
Seorang yang tidak berpendirian.

Aku tidak berbangga.
Cuma memberitahu tentang kekurangan diriku.


Well, aku memang tidak ada pendirian.



Turn off netbook-Tutup suis-Buka pintu-Buka lampu-Tutup pintu-Terjun atas katil-Tarik selimut-Tutup lampu-Tutup mata.

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

3rd Intake ke IPTA(prosedur)

Get To Know About Me #1

Mari Belajar Ruku'.