Jersi merah dan kemenangan


Kakmy dah balik from KL after register UPM, Kakla and Kakda pun balik. Kakla dapat cuti seminggu for CNY while Kakda cuti sem for a month. Maghrib. Abah tidur rumah malam tu. Hurray!

"Abah, jom beli pizza malam ni. Takpun burger king. Aeda ada baucer banyak gila!"
"Ya ka?"
"Ehh toksah toksah. Kat dapoq tu boleh masak pape. Toksah," 

Mak dah start bersuara, tapi sebagai seorang yang berpendirian(ekceli aku kakmy kakla yang pujuk abah), kami buat perundingan.

"Haaa KFC je lah.."
"Hah.. Abah nak roti lima, lepastu kentang putaq yang besar tu, bla bla bla,"

Mission completed!

Wang not rm50 diletakkan, atas tangan Kakmy.

"eh eh.. Mana cukup ni abah.. Kita kat rumah 9 orang. Lagi lagi,"

Abah lari masuk dalam, naik atas untuk melarikan diri dan sekaligus untuk menunaikan solat Maghrib.

"Abah! Lagi lima pulohhh!!" jerit aku dari bawah.

Piungggg~ zassssss~ duit berterbangan dari atas ke bawah~

"Yeay!!"

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Berp.... Alhamdulillah..

Aku dah makan, adik-adik aku dah makan, kakak-kakak dah makan, abah dah makan, mak dah makan, bubu dah makan, bobo tak balik, poyen tak balik.

Waktu mengemas sudah menanti, sudah menjadi kebiasaanku *ini semua poyo* basuh semua yang berada di atas meja atau lap meja. 
Terdengar perbualan kakak-kakak aku yang asyik kalut dengan jersi ni. Kakmy yang punya baju, dia ada dua dan salah satunya mahu diberikan kepada salah satu daripada adik-adiknya. Bising betul rumah ni kalau semua adik-beradik berkumpul.

"Siapa nak jersi ni... angkat tangan!"

Adik dia ada 6 orang dan hanya ada 5 orang yang memberi respon.
Intan Adam angkat tangan, tapi kena reject dengan Kakmy kerana sebab-sebab tertentu.
Aku? Ha ye aku la tak angkat sebab aku tak minat pun. Setakat baju, menimbun dalam almari.

So tinggal tiga la. Isk.

Aku teruskan mengelap meja dan kemudian membasuh kain buruk dalam bilik air. Jenuh nak nunggu Kakda basuh cawan kat singki.

"Okay, pilih nombor dari 1 hingga 4. Kat kalendar ni orang tanda number tu, siapa punya number dia dapat." sounds like main nombor, but it is for keadilan adik-beradik.

"4!" Kakda.
"2!" Kakla.
"Hmm.. 3!" Kakma.

Aku saja je nak interframe, jeritlah dalam bilik air tu dengan tiada kaitannya sepanjang 6minit perebutan itu berlaku.

"satu,"

...........................................

"Okay. Age dapat. Case closed."

And i was like 'pffffffftttt' muahahahhahahaha padan muka korang. Aku yang dapat. Time tu jugaklah aku jadi orang paling diingini di planet ni. Haha!

"Age, hang nak each a cup tak? Takpun chatime? Coolblog?"
"Kakge, adam belanja hang chatime!"
"Age, hang nak orang belanja hang tak?"
bla bla bla

Countless questions with one probability, "Hah?" 

Mentang-mentang aku suka minum shake shakey shake bla bla bla ni, semua nak buat amal ngan aku. Haha. Aku biasa je dengan baju tu. Cuma saje. Aku rasa cool gila bila orang semua teringin dengan apa yang aku dapat. Haha!
Terasa diri bertuah! Lulz.

Daannnnnn... baju tu ada dalam almari aku, tak kupakai.
Kakla ada pakai, but only for few hours then she bukak balik and sarong baju lain, maybe sebab gua moody =p muah cikit. Gua bukan nak kedek, tapi biar gua pakai dulu baru lu pakai. *perkongsian baju among the sisters*

Tapi betul, aku tak tahu baju tu baju apa. 
Bola la kot.

Cheers for one goal with no intention =p

Comments

Popular posts from this blog

3rd Intake ke IPTA(prosedur)

Get To Know About Me #1

Mari Belajar Ruku'.