Kemahuan infinity.

Kadang-kadang aku tak tahu apa yang aku inginkan.
Aku pada hari ini mungkin akan bertukar, untuk hari esok.
Dan mungkin akan bertukar pada hari seterusnya.
Dan permainan minda yang memutar belitkan keadaan.

Gangguan emosi.
Permainan jiwa.
Perasaan bercelaru.
Ketendangan kekacauan.

Berteraburan di awang-awangan mindaku yang bersepah.
Habuk masih statik tanpa dibikin.
Bayangan.
Imaginasi.


Aku tak faham kehendakku sendiri. 
Ianya seperti..

Tiada pendirian dan penetapan.


Hari ini aku terima, esok hari aku menolak.
Kelmarin aku mahukannya, esok pagi terasa meluat.
Malam ini ku rasakan sesuatu yang menarik,
Esok pagi?
Wallahualam.


Ego dalam diri selalu menjadi syaitan.
Tapi adakala aku berfikir..
Adakah untuk kebaikan?
Atau untuk alasan?

Pasti. Ini soal hati dan perasaan.
Tidak ku bilang ini soal cinta, tapi tidak ku bilang ini soal kawan.

Ini soal perasaanku terhadap sekeliling.
Terhadap perilaku aku, terhadap orang sekeliling, terhadap orang tersayang.

Aku sedar diriku terlalu bongkak dengan semua. Ya, aku sedar.
Tapi tatkala aku sedar, egoku selalu memenangi aku semula.
Selalu dan sepanjang masa.


Apa yang buatku rasa sebegitu?
Mungkin kerana aku suka berfikiran dalam.

Berfikir tentang pemikiran sekeliling.
Berfikir apa reaksi yang akan aku hadapi.

Berfikir 'thought' orang sekeliling.
Berfikir tentang bakal yang terjadi.
Berfikir tentang perasaan abadi.
Berfikir tentang sesuatu yang menjadi kenangan dan memori.

Aku suka berfikir. Itu sudah menjadi naluri aku untuk berfikir.
Aku suka memikirkan apa yang bakal orang fikirkan tentang reaksiku.

Mungkin..
Mungkin itu satu penghalang bagiku untuk memulakannya.

Aku fikir,
'adakah ianya berdosa?' 
'adakah mereka suka?'
'buat malu je'
'taknak ah!'
'aku taknak kelihatan seperti mengejar'
'apesal pulak aku..'
'jangan'
'tahtah nanti diorang..'
'better dont'
'i stupid, better shut up'

Itu penghalangku.



Mungkin tanggapan negatif, mungkin ego, mungkin alasan, mungkin juga precaution.

Itu diriku.
Aku tak pasti dengan kehendakku.
Aku tak pasti dan teragak-agak.

Mungkin aku boleh tafsirkan diri aku sebagai 'tidak tetap pendirian'.
Sesuai.

Dan, perkara ini tidak dapat ku elak.
Melainkan aku cuba cuba cuba.
Cuba.
Baik. 
Aku cuba.
Tapi tatkala aku menaip sekarang ini, hatiku sudah berbisik.

Bodoh.


Ya Allah, grant me Your strength to face all this. 
InsyaAllah..

Amin.




Mudah-mudahan.

Comments

Popular posts from this blog

3rd Intake ke IPTA(prosedur)

Get To Know About Me #1

Mari Belajar Ruku'.