Adik, meja, cawan, botol air.

Aku dengan adik perempuan aku makan sayur pucuk paku masak lemak cili api dan kuah kari. Tambah pula dengan telur goreng seorang satu. Nikmat sedunia. Cheers.

Aku kaut nasi dua senduk. Nasib nasi tak rapat-rapat dan tak lembik, kalau tak mesti dah menimbun macam apa je. Adik aku? Lantak la. 2x5 je kami.

Intan sudah habis dengan 2nd round dan sudah basuh pinggannya. Aku yang masih terkinja-kinja dengan 2nd round, nasib banyak juga. Tapi, alhamdulillah baru suku ku jamah the 2nd round, baby-rice aku dah kenyang dalam perut. Puas ku pujuk Intan dengan berbekalkan telur kuning cair, pasti dijamin Intan mahukannya. 

Alhamdulillah, pujukanku membuahkan hasil!

"Lepas makan, sila basuh pinggan, basuh cawan, simpan air dalam peti ais dan lap meja,"

Senang je arahan.
Basuh pinggan yang kau dah makan, basuh satu mug yang kau dah guna, simpan JE botol dalam peti sejuk dan akhir sekali lap sahaja meja yang ada sebutir nasi yang tumpah.

Senang sangat.
Intan diam. Okay maknanya dia dengar.

Aku naik atas terus terjah ke alam maya Twitter dan Facebook.
Sangat membosankan walaupun sudah 3-4jam melayan. Very psycho.

Sempat juga ku tidur sebelum menunaikan solat Zohor. Sempat mandi pagi. Sempat marah adik-adik suruh tutp laptop yang sudah 4jam dibuka walhal laptop aku hampir 12jam 'on'.

Peduli apa. 

Aku sudah mandi, ku bawa turun baju kotorku. Peh kotor sehh.
Dan ya, meja masih terbungkam. Atau terbongkam.
Intan.. Intan..

Aku tidak ada hak untuk mengemaskannya.
Aku tidak bebel. 
Cuma naik atas dengan perasaan emosi terlebih.

"Intan, hang kemas dah meja tadi?"
"Dah.."

Ok. Masing-masing ada mata yang benar dan salah.
Okay. 
Okay.
Aku terus solat Zohor.

"Nanti sila turun dan kemas meja."

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

3rd Intake ke IPTA(prosedur)

Get To Know About Me #1

Mari Belajar Ruku'.