Aku kan, hampir sepanjang aktiviti menarik harian aku yang berkait dengan pahala dosa selalu aku target untuk update di blog. Selalu. Sepanjang masa. Solat, update blog. Makan, update blog. Vakum lantai, update blog. Sidai kain, update blog. Mak berhujah panas, update blog. Pakai tudung, update blog. Selagi aku tak share benda menarik, selagi itu aku selalu ingatkan baby blog aku ini. Memang wajib. Ruku'. Tiada hubungkait yang boleh aku kaitkan. Aku ini random. Sewaktu menunggu maghrib tatkala buang masa di hadapan televisyen rumah Kakyu, aku cukup bosan dengan menonton semua saliran. Dari HBO, Fox, AFC, One HD, Disney, Ria, Oasis dan sewaktu. Aku alihkan jariku. 'tv1 pun bolehlah.' seingat aku la, itu rancangan agama. Aku lupa nama pakcik tu, tapi dia baru mula siaran. "chantek." Oh, macam tu juga nak tambah pahala sewaktu Ruku'. Masya-Allah rakan-rakan, dengan ruku' sahaja pahala Allah berikan. Begitu pemurahnya Allah SW
Comments
Post a Comment