Terima kasih, Awak.

17 Disember 2011.



"Nurul Syariwana bt Abdul Kassim. Berumur 24tahun, graduasi kejuruteraan di Universiti Teknologi Petronas kalau tak silap saya. Menetap bersama familynya yang tinggal di Taman Meru Raya di Ipoh. Tidak berkahwin lagi. Tingginya 165cm dan beratnya.."

"Dahlah, tak perlulah detail sangat. Apa-apapun, terima kasih atas maklumat itu."

"Saya cuma lakukan atas permintaan Tuan. Lagipun, saya kan pembantu Tuan, nanti gaji boleh up. Hehehe"

"Semacam je kamu ni, Amir. Okay, saya nak awak bawa saya pergi ke rumah dia sekarang."
"Tapi Tuan, lepas ni Tuan ada mesyuarat dengan CEO. Lagipun, ayah Tuan suruh pastikan saya agar Tuan tidak pergi ke mana-mana sehingga mesyuarat itu selesai."

"Aduhh papa ni.. Okay okay, lepas habis je mesyuarat tu, bawak saya pergi rumah dia."
"Baik, Tuan. Err, tapi Tuan nak buat apa pergi ke rumahnya?"
"Saja.." Rindu.. Gumam Encik Asyraf dalam hati.

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------

1 Disember 2011



"Pakcik, macam biasa!"

Syariwana mesti akan pergi ke 'kedai' pakcik.Abu tiap-tiap pagi. Beli apa, beli makanan kegemarannya. Donat rm1 ada 3ketul. Cukuplah untuk mengalas perutnya pagi pagi.

"Kamu tak takut gemuk ke makan donut ni tiap hari, wana?"
"Alahh, don't worry pakcik. Wana kalau gemuk pun, confirm ada peminat juga."

Gelak besar pakcik.Abu dibuatnya. Wana, kamu memang budak yang baik. Pakcik tak tahu nak balas budi baik kamu yang selalu tolong pakcik. Cukuplah dengan menceriakan pagi pakcik, itu sudah buat pakcik gembira. Muka kamu.. iras iras dengan Ayu.. Ayu, anak abah..

"Pakcik, janganlah buat muka sedih. Mana upah wana ni? Nasib baik tolong pakcik angkat barang ni tak memenatkan. Kalau tak, Wana minta pakcik bagi popia goreng pulak. Hahaha"

"Pakcik cuma rindukan arwah Ayu. Iras wajah kamulah, Wana. Amboiii budak ni.. Nah donut ni. Jalan elok-elok ya"

"Okay pakcik, terima kasih. Tu duit Wana dah selitkan bawah bekas makanan tu. Jangan nak tolak. Wana pergi dulu, pakcik. Assalamualaikum!"

Wana berlari sambil melambaikan tangan kepada pakcik.Abu sebelum pulang ke rumah. Pakcik Abu melihat wang not rm10 yang selalu diterimanya oleh Wana, tanpa diminta.. "Ishh budak ni, suka sangat bagi duit," gumam pakcik Abu sambil tersenyum.



"GIrl you're so one in a million.. You are, baby you're the best i ever had..".

Neyo- One In A Million dimainkan dalam iPod Wana. Fuhh Neyo, lagu kau ni kalau tak ada yang tak sedap tak boleh ke? Naik bosan aku dengar lagu kau ni. Asal aku boleh suka lagu ni pun aku tak tahu. Monolog Wana.

Sedang sibuk berjalan kaki menuju pulang ke rumah, kereta Mercedes berwarna hitam hampir-hampir 'menyentuh' Wana. Nak kena mamat ni!

"Awak, keluarlah kejap.." Selepas bangun membersihkan bajunya yang kotor akibat jatuh, Wana segera mengetuk tingkap kereta itu. Nada suara Wana yang agak tenang, tapi mukanya.. Fuhhh, boleh buat orang trauma.

Alamak, macam mana aku nak buat ni? Tapi nasib baik aku tak langgar minah ni. Asyraf melihat wajah gadis yang hampir dilanggarnya tadi. Ehh comelnya minah ni, tapi muka dia macam ikut mood dia je sekarang ni. Asyraf dalam berkeadaan tenang tapi takut sedikit keluar dari keretanya lalu memeriksa keadaan Wana. Fuhhh nasib baik tak ada apa-apa.

"Hello, bukan muhrim okay! Ehh awak ni tak reti bawa kereta ke? Nak tambah bilangan maut mati kena langgar dalam Malaysia ni ke? Entah ada lesen ke tidak, main sedap je nak langgar orang. Awak ingat dengan kereta Merz awak yang baru keluar ni, boleh bayar ganti rugi nyawa saya yang dah melayang ni? Ishhh nasib baiklah awak sedar kegunaan kaki awak tu tekan brek, kalau tak sedar, fuhh matilah anak dara ni awak tahu! Yang awak bawak kereta macam orang mabuk ni kenapa? Nak bunuh orang??!"

Mak aihh, kuat berleter orangnya. Nasib baik comel..

"First of all, saya nak minta maaf kat awak. Err saya tak bermaksud nak langgar awak tapi tadi suddenly ada kucing oren melintas without giving any signal to me. Saya nak mengelak, nanti mati kucing tu. Saya dahlah sayangkan semua kucing dalam dunia ni. Nanti kucing tu mati, saya pun rasa macam nak mati. Tak tahu pulak bila nak mengelak tu, awak pulak yang nak melintas. Macam berantai pulak kan? Tapi syukurlah awak tak jadi apa-apa. Haaa saya tahu kita bukan muhrim, tapi saya nak pastikan awak selamat. Lagipun, awak pakai baju lengan panjang, so kira I'm officially didn't touch you. I'm sorry. And by the way, saya ada lesen. Awak nak tengok? Apa lagi ehh. Haa! Saya taknaklah tambah kes maut kat dalam Malaysia ni. Cukuplah sekadar langgar orang sampai mati dalam game GTA je. Awak okay tak ni? Kalau tak okay, saya bawa pergi hospital."

Mamat ni okay ke tak? Muka gila charming, tak terasa nak hit balik ke? Siap minta maaf lagi.. Pelik Wana..

"Hah? Err saya okay. Tak luka apa-apa pun. Err.."

Tersenyum Asyraf apabila melihat gadis comel di hadapannya tiba-tiba menundukkan muka merahnya akibat malu akan tindakannya sendiri yang marah orang tak tentu fasal. Bengong Wana! Buat malu je. Penat abah ajar jadi budak baik, ini yang kau buat ek?

Wana memandang muka pemuda itu. Senyum? Gila betul mamat ni.

"Awak nama siapa?"
"Hah?"
"Nama?"
"Err saya sakit perut. Kucing saya lapar, saya pergi dulu!"

Lari, Wana! Lari! Apa guna kau jadi olahragawati masa sekolah rendah dulu. Malu siot, gerutu Wana yang sedang menahan malu itu. Maaf, Encik Merz. Sorry sebab marah awak.

Asyraf melihat gadis itu berlari apabila dia belum sempat untuk mengetahui nama gadis itu. Wahh laju jugak dia ni berlari. Wait, sakit perut? Apa kena mengena dengan kucing?

Gelak dalam hati jelah Asyraf oii.. Kalau kau gelak sekarang ni, confirm orang boleh label kau sebagai mamat gila. Yang penting, minah tu dah tarik aku. Aku kena minta tolong Amir ni.

Kata-kata itu hanya bermain di dalam hatiAsyraf sahaja sebelum masuk ke dalam kereta dan pergi ke tempat kerjanya di Syarikat ICPT.

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

18 Disember 2011



"Confirm ni rumah dia, Amir?"
"Confirm Boss! Saya bab nak cari rumah orang ni, memang dah pro lah."
"Elehhh ada aje kau ni..."
"Tak pasal-pasal saya kena teman bos ke rumah minah ni.."
"Dah semalam papa aku dandanlah nak ajak dinner lepas meeting. Ahh hari ini aku kena juga jumpa gadis ni,"
"Eceecececeh..."
"Diamlah kau, Amir."

Asyraf dan Amir memang rapat walaupun mereka hanya berkawan melalui panggilan 'tuan' dan 'awak'. Kadang kala, Asyraf menggunakan 'aku' 'kau' dengan Amir. Amir pun tidak melepaskan peluang untuk membalas balik dengan memanggil Tuannya sebagai 'boss'. Amir sudah bekerja dengan Asyraf sejak Tuannya mula bekerja di syarikat ayah Tuannya 3tahun yang lepas.

Pukul 8pagi, mereka menunggu 'reaksi' rumah itu. Gate berkunci, pintu ditutup, lampu rumah pun dah tutup. Yelah, dah pagi. Gila apa nak buka lampu pagi-pagi ni.

Wana yang sedang memakai tudung untuk menyidai kain di luar rumah, mula rasa pelik kerana dia melihat melalui slinding door, kereta Merz hitam baru tu tidak jauh dari rumahnya.

"Ehh macam kenal je kereta tu... jap.. Kereta siapa ekk?" Wana masih memikirkan siapa tuan punya kereta tu. Ahaa! Ehh takkanlahh.. Takkan encik Merz tu? Ishhh macam dia seorang je yang guna kereta tu. Poyo lahh.

Wana yang malas hendak melayan soal kereta itu, terus keluar dengan raga yang dipenuhi kain untuk menyidai di ampaian. Fuhhh, nasib baik ampaian ni mak tak tolak sampai depan gate. Malu juga aku kalau ada orang dalam kereta Merz tu usha aku. Hehehe..

"Haa Tuan! Tu ke Syariwana tu?"
"Mana? Mana?"
"Tuuu.." Muncung habis mulut Amir ni nak menunjukkan gadis itu kepada Tuannya.

"Hmm betullah tu," Tersenyum Asyraf.

"Pehhh.. Tuan! Comel jugak. Patutlah asyik gila je tanya pasal budak ni. Tengok tu, sidai kain pun pakai tudung. Kalaulahh dia bini.."

Belum sempat Amir menghabiskan kata-katanya itu, Asyraf memandang Amir dengan memberikan jelingan yang cukup tajam.

"Kalaulah dia bini Tuan, memang sayalah orang pertama yang paling seronok dalam dunia ni!" Amir sempat menghabiskan kata-katanya itu sebelum Tuannya sendiri yang akan memberikan kata-kata yang mungkin akan membahayakan keadaan dia sendiri. Tuan aku ni nasib baik sporting..

"Haaa tau takpe.." Gelak Asyraf dan Amir.

Sah! Tu encik Merz! Tengok muka pun aku dah tahu. Tapi kenapa dia duduk dalam kereta? Siapa mamat sebelah dia tu? Asal diaorang gelak? Ishh khuatir betul. Adakah mereka mengekori aku? Aku ni Puteri ke? Fuhh bahasa Melayu aku memang tak boleh go. Nasib baik SPM dapat A. Bangga betul Wana ni..

"Tuan, dia perasanlah kita usha dia."
"Saya tahu. Comel kan? Macam saya ni. Okay, awak tunggu dalam kereta. Saya nak jumpa dia kejap."
"Hai bos, dah tak tahan rindu ke sampai terus nak jumpa ni?"
"Kau nak balik jalan kaki atau nak aku hantar kat bus stop je?" Nada serius, tapi Amir tahu tuannya cuma bergurau.

"Huyyoohhh. Hahaha.. Sorry boss. Semoga kekal hingga ke anak cucu."

Asyraf keluar daripada kereta, lalu membetulkan kotnya itu. Kemudian terus 'mengaktifkan' kakainya ke hadapan rumah gadis 'pujaannya' itu. Wana yang sedang sibuk menyidai kain itu memandang ke arah pagar untuk melihat 'anonymous' yang menekan loceng rumahnya itu. Oh my Oyen! Encik Merz! Gelisah sungguh Wana apabila pemuda kacak itu memandang mukanya sambil tersenyum. Dengan perasaan takut-takut, Wana memulakan langkah kepada pemuda itu. Langkah kanan, Wana. Mulakan dengan langkah kanan kalau kau taknak dimalukan lagi!

"Assalamualaikum, awak" Senyum Asyraf.
"Waalaikumussalam.. Err kenapa encik datang ke rumah saya?"
"Takkan kita nak berbual dengan adanya pagar di hadapan saya ni? Awkward pula." gurau Asyraf.

"Tak salah kan? Mana tahu awak ada pistol ke, pisau ke nak ancam saya lepas saya marah awak haritu? Err minta maaflah, saya tak sengaja. Saya terkejutlah. Yelah, tiba-tiba ada kereta nak langgar saya. Nasib baik awak sempat tekan brek, lepastu nasib baik jugak saya sempat mengelak. Saya takutlah kalau nyawa saya melayang. Dahlah tengah lapar time tu, nanti tak sempatlah saya nak makan donat saya tu kalau nyawa dah bye bye. Mak abah saya nanti mesti rindukan saya sebab saya ni anak tunggal. Lepastu, kucing saya, Oyen. Siapa nak mandikan dia? Nak jaga dia, nak main dengan dia. Merana dia nanti tercari-cari saya." Asyraf walaupun terkesima melihat keadaan gadis itu, tapi masih boleh tersenyum apabila mendengar nada suara gadis itu bersungguh-sungguh menerangkan soal hatinya yang risau akan keadaan keluarganya.. dan juga binatang peliharaannya. Oyen? Comel betul nama kucing dia ni.

"Hahaha awak ni, takkan sampai saya minta izin buka gate ini pun awak nak buat isu majalah? Awak ni kelakarlah. Kuat betul daya imaginasi awak memikirkan apa yang bakal berlaku jika nyawa awak melayang. hahaha. Saya cuma nak minta maaf dengan awak je pasal hari itu. Awak dengan tak memaafkan saya ni, terus lari macam tu je. Nama pun taknak bagitahu yee.. Detail pula awak bagi maklumat awak kat saya ekk.. Senang saya lepas ni.." Ketawa sungguh Asyraf lepas bercakap dengan gadis itu. Fuhh dia ni, banyak cakap juga.

Pappp! Terasa panas di pipinya. Malunyaa! Kenapalah aku ni banyak cakap sangat? Aduhhh..

"Errr.." Gate dibuka.
"Aikk? Dah buka? Hahhaha..." Senyum lebar Asyraf dibuatnya apabila gadis di hadapannya menekan suis untuk membuka pagar rumahnya itu.

"Awak ni, soal minta maaf tu.. Takkan sampai ke rumah saya? Saya dah maafkan awak. Dahsyat betul awak ni, sampai kerumah tuu. Mana awak dapat alamat rumah saya?" Nada bersahaja, hanya untuk menapis perasaan malunya itu.

"Saya FBI lah, awak. Awak kena tahu tu.." Gurau Asyraf.
"FBI?" ingat aku ni senang nak kena kelentong ke? Eiii..

Ekspresi geram yang telah dipamerkan oleh Wana terhadap Asyraf itu membuatkan Asyraf kembali bersahaja. No more joking.

"Sorry. Err.. Saya suruh pembantu saya selidik pasal awak. Minta maaf sebab selidik tanpa izin awak."
"Selidik?"
"Ya, kenapa?"
"Sebab nak minta maaf je?"
"Perhaps.."
"Hah?"
"Ada lagi.."
"Apa dia?"
"Nama awak.."

Terdiam Wana. Eii dia ni, takkan nama aku pun tak bagitahu, dia sanggup cari alamat rumah? Gila betul.

"Awak kata awak dah selidik pasal saya. Takkan nama boleh terlepas?" Wana masih lagi tidak mahu memberitahu nama penuhnya.

"Alahh.. Tak bestlah kalau awak tak bagitahu sendiri."
"Wait, awak dah tahu ke?"
"Maybe yes, maybe no. If you don't tell me your name, maybe I know your name. if you tell me your name, for sure I'll say that I don't know your name."
"So, I won't tell my name." Main ayat betul mamat ni, gerutu Wana.
"Sure?"
"50-50" Err..
"Haaaa.. Nak bagitahulah tu.." Asyraf mengenyitkan matanya kepada Wana.

Eii dia ni.. Memang cari sudut nak buat aku malu. Ni tak boleh jadi..

"Eiii suka hati sayalah. Alahh, awak bukan tahu nama saya pun. Malas saya nak bagitahu," Jeling Wana kepada Asyraf sebelum dia memeluk tubuh.

"Nurul Syariwana bt Abdul Kassim. Tapi saya prefer, panggil Syariwana. Or, simply as Wana?"

Ish! Dia ni perisik ke?

"Eh mana tahu ni?!" Terlopong mulut Wana apabila mendengar pemuda di hadapannya ini menyebut nama penuh dengan sempurnanya. Siap nama samaran lagi. Nasib baik nama manja dia, pemuda ini tidak 'list' kan. Kalau tak..

"Saya selidiklah. Tulah awak, siapa suruh main lari macam tu je haritu. Saya ni pantang kalau orang yang saya nak kenal, lepas tu lari macam tu je. Memang sampai ke lubang cacinglah saya cari. Tambah-tambah lagi kalau orang yang comel macam awak ni," ketawa Asyraf.

Wana mencebikkan bibir.

"Gila ah awak ni. Apa lagi yang awak tahu pasal dia?"
"Budak UTP"
"Lagi?"
"24 years old"
"Awak umur berapa?"
"Kenapa? Berminat eh?" Ketawa Asyraf.
"Perasan.."
"I''m 25"
"Ohhh.. Hmm lagi apa yang awak tahu pasal saya? Best juga bila ada secret admirer ni.."
"Awak single, so do am I." Asyraf menghadiahkan senyuman kepada Wana.

Papp! Asal aku tiba-tiba dup dap dup dap ni? Mamat ni jiwang lah pulak!

"Saya dah kahwin lah,"
"Hah?" Asyraf agak terkejut dengan 'statement' Wana itu.
"Hahahha gurau je. Terkejutnya encik ni yaa.." Wana sambil menjelirkan lidah kepada Asyraf itu kemudiannya gelak apabila melihat wajah pemuda itu yang daripada senyum habis bertukar menjadi mat-terkejut-gila. Handsome.

"Awak ni, mana boleh kahwin. Dah curi barang orang, taknak bagi balik."
"Barang apa?" Setahu aku, aku lari je haritu. Mana ada curi apa-apa. Cuak Wana.
"Hati saya.."
"Hah? Err.. Hah, apa dia?" Wana dengar, tapi rasa macam malu lah pulak. Asal jiwang gila mamat ni.
"Hahaha. Nama saya Asyraf," Asyraf memperkenalkan dirinya.
"Ohh, hai Asyraf.. Err.."

Wana tiba-tiba rasa 'something blissful' bila melihat wajah Asyraf yang charming habis sambil tersenyum itu. Asal aku dup dap ni? Adakah....

Aku dah jatuh suka dengan gadis ini. Ingat Asyraf, peluang hanya sekali. Hwaiting! Alamak, korea lah pulak.

"So, err.. Esok boleh tak saya nak ajak awak jalan-jalan plus tunjuk tempat yang menarik kat Ipoh ni? Saya orang baru kat sini. Rumah saya kat atas bukit sana."

Ohh rumah atas bukit tu cantik cantik, orang berada je tinggal kat sana. Tapi kebanyakkan penduduk di sana sombong gila. Tapi mamat ni asal tak sombong?

"Hah err takkan baru kenal ikut pagar ni, terus nak keluar bersama? Fuhh.."
"Kenapa? Saya tak bunuh oranglah," gurau Asyraf.
"Bukan, sebagai langkah berjaga-jagalah,"
"Oh okay. Awak.."

Err mendayu gedik lah pulak mamat ni.. Semacam dibuatnya!

"Hah err apa?"
"Boleh tak kalau saya nak number phone awak?"
"Nak buat apa?"
"Nanti senang nak contact awak bila awak dah ready nak keluar dengan saya,"
"Ehh mana boleh. Bahaya tauuu..."
"Habistu macam mana nak ada connection dengan awak?"
"Entah," eii nak mengorat lettew...

Aikk dia ni, jual mahal lah pulak. Okay, chillex Asyraf.

Wana pelik melihat Asyraf yang tiba-tiba mengambil kertas kecil di poket kotnya dan menulis sesuatu atas kertas kecil itu. Lalu kertas itu diberi kepada Wana. Wana mengambilnya.

"Tu e-mail dan number saya. E-mail tu, saya harap awak boleh contact saya ikut email awak. Malam ni boleh kita email-ing kan? Yang number tu, kalau awak dah ready, you can text or call me," Senyum Asyraf.

"Oh.. Err okay. E-mail takpe. Number, sorry. Hehehe,"
"It's okay, I'll wait for your e-mail,"
"Hahaha malam ni saya e-mail awak," Errr kenapa aku gatal ni? Sebelum tak ada pulak aku nak bagi email or number kat orang lain..

"Okay, set. Hmmm Miss Wana, I've to go. Ada kerja kat office. Mati saya kalau papa tahu saya lewat ke office. See you later, in 'virtual world'. Assalamualaikum,"
"Okay, insyaAllah. Waalaikumussalam," balas Wana.

Asyraf yang hendak melintas jalan itu, terus mematikan niatnya apabila ternampak seekor kucing berwarna oren. Ehh.. Itu bukan ke kucing yang aku almost nak langgar tu ke? Tanpa berfikir panjang, Asyraf terus menangkap kucing yang sedang berjalan menuju ke arahnya itu.

"Gotchaa! Comelnya kau ni, kucing. Nasib baik aku tak sempat nak langgar kau. Lepas ni kalau nak melintas, usha kiri kanan dulu tau. Meh cium sikit.." Asyraf mencium kucing itu tanpa memikirkan keadaan kotnya yang dipenuhi dengan bulu kucing.

"Ehh Encik Asyraf, itu kucing saya lah!" jerit Wana yang melihat Asyraf dari jauh itu sedang memeluk kucingnya itu.

Asyraf yang terdengar suara Wana itu, lantas bercakap kepada kucing oren itu, "Lahhh, kau oyen ke? Memang kau ni lahh... Kau sengaja nak bagi aku bertembung dengan tuan kau sendiri ek? Aku tahu, kau mesti nak kitaorang kahwin kan? Okay, aku penuhkan permintaan kau tu. By the way oyen, thanks sebab melintas tak tengok kiri kanan haritu. Muah sikit.."

Asyraf mencium lagi kepala Oyen, kucing Wana. Asyraf memang suka bercakap dengan kucing, dah itu memang tabiat 'gila' dia apabila kucing peliharaannya sendiri menunggunya dihadapan pintu rumah untuk 'menyambut' kepulangan Asyraf yang penat berkerja itu. Asyraf akan memeluk kucingnya itu, dan bercakap dengan kucingnya. Sama seperti dia melakukan kepada Oyen, angkat, peluk, dan cakap. Fuhhh ingat Oyen ni kucing aku ke?

"Nah, ni Oyen. Agaknya, dia suka kita bertemu.."
"Hah? Maksud?"
"Dialah kucing yang saya hampir nak terlanggar tu.."
"Hahahahaha.. Okay, awak pergilah kerja. Assalamualaikum,"
"Baik, kekanda. Waalaikumussalam." Asyraf bergegas masuk ke dalam kereta selepas melintas jalan ke rumah Wana untuk memberikan Oyen kepada tuannya.

"Kekanda?" Senyuman mula terukir di wajah Wana.

"Oyen, Oyen lapar tak? Jom makan. Hari ini Kak Wa nak bagi Oyen makanan special,"
"Meow, meow.."

Wana menuju ke dalam rumah bersama Oyen sambil memikirkan topik apa yang harus diborakkan bersama Encik Asyraf malam ni ;)
_________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

Assalamualaikum.

Dua jam lebih gua menaip kisah ni. Kisah ini berdasarkan kisah hidupku..

Ehem! Gila, takdelah!

Saya sahaja berimaginasi nak buat cerita gedik ni. Semalam sebelum tidur, saya tiba-tiba terbayang kalau ada orang ngorat saya(gelilah). Pagi tadi, saya sidai kain. Saya tiba-tiba terbayang nak buat cerita pasal nak sidai kain, lepas tu ada orang datang nak 'bagi' ayat jiwang.

Yes, saya tahu Bahasa Melayu saya teruk. Gilaa, memang respect habis buat penulis novel yang daya imaginasi kuat gila. Say memang tabik gila kat korang! So, saya ingin mohon maaf kerana telah merosakkan Bahasa Melayu, iaitu bahasa ibunda saya sendiri. Saya cuma pelajar tingkatan 5(mentang-mentang tahun ni SPM) yang ingin mencuba sesuatu untuk menghasilkan karya saya yang pertama ini. Poyo tak? Yes I know.

Nak kata novel, tak pun. Memang kena reject sebab bahasa agak merepek. Malu nak baca cerita ni balik. So, saya nak label kisah ni as 'novel rosak'. Boleh? Saya ada selitkan sedikit tentang kucing saya. Yes, kucing saya namanya Oyen. Dia memang selalu 'meow meow' bila balik rumah. Lepastu, kawasan rumah saya ni, ada rumah atas bukit. Fuhh orang kaya je duduk situ. Kira kaya lah encik Asyraf ni :P hahahaha. Jalan cerita ini hanya rekaan semata-mata, sekadar hiburan saya yang kaya dengan moment romantik di otak. Saya ada banyak memikirkan moment romantik bila saya membaca novel romantik.

Jalan cerita ni agak pelik. Pakcik Abu tu, err tak tahu nak cerita apa. Kalau sampai ke family dia, memang kena taip sampai maghrib lah. Memang dah ada idea, tapi , ni kisah Wana dan Asyraf :P kalau ada watak sampingan tu, saya cuma selitkan sedikit. Jalan hidup mereka, saya biarkan awak sambung sendiri.

Ohh ya, title dia tu.. Err saya tak ada idea. Saya main taip je. Maaf.

Tak tahu nak ulas apa lagi. Saya lemah dalam Bahasa Melayu. Mohon maaf jika ada orang yang accidently terbaca entri ini tidak berpuas hati dengan bahasa saya.

Cerita ni takdelah nak ulas banyak mana, memang gua reka tau. Tak ada kaitan dengan orang yang bernyawa, ataupun yany nyawanya dah terbang. Jalan cerita ni, maaflah. Tiada intro. Saya tak ada idea. Apa-apa pun, harap awak seronok membacanya. Sekian.

Assalamualaikum.

Comments

  1. wahh .. kyla . best lah citer neh . msalah BM ?
    ape tu ? hahah . ntah . aku layan jek citer kau neh . agagaga . best2x . ngee . :DDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDD

    :P

    ReplyDelete
  2. Far, masalah penggunaan bahasa melayu aku lah hehe. Best ke? Hehehe terima kasih. Aku pun rasa malu nak baca cerita ni haha ;P

    ReplyDelete
  3. hahahah xD
    like ,even bwu bce sparuh xD

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

3rd Intake ke IPTA(prosedur)

Mari Belajar Ruku'.

Procedure of taking a legal license/ prosedur mengambil lesen!