Hidup dalam Kegagalan

Assalamualaikum

Hi. Dah masuk bulan 3/2016 kan. Pejam celik pejam celik, nak puasa dah tahun. Ceh~ padahal lambat lagi. Lepas final baru start puasa. Fikir pasal final, haihh.. dah 2nd year student dah aku ni. Kawan-kawan sekolah semua pakat nak masuk 3rd year, aku ni baru masuk 2nd year. Biasalah, special case =P

So far, alhamdulillah hidup aku okay kat sini. Tiada idea nak share since saja nak update blog. Next post pun maybe tahun depan aku update. Haha!

Rindu sebenarnya nak jadi diri aku yang dulu where I got so many ideas to update new post, editing etc since dulu aku selalu free and rasa excited nak update blog. Sekarang? Jarang nak ada masa free untuk betul-betul kerah otak nak buat satu post. Actually banyak juga benda yang aku nak share, tapi entah rasa macam ITS TOO RANDOM. 

Next week ada 3 paper untuk mid term; straight each paper to Mon-Wed, kena submit assignment on Friday, ada interview on Sat. Belum masuk nak shoot vid and edit lagi. Banyak kerja la, nak. Tapi better lah kerja banyak sebelum mid sem break, sebab banyak lagi kerja nak kena buat lepas mid sem break. Balance lah, kan? Hihi.

Lepas mid sem break, I have 3 other paper which hopefully tak ada yang sama hari. Wuwaaa itu yang takut sangat tu. Dah penat dah ada 2 paper pada hari yang sama. Saya tak kuat....

Assignments, presentations, videos, assignments, quizzes... Benda-benda macam ni lah paling menakutkan bagi aku. Tapi, bila aku dah lepas semuanya, lega dia tu Allah sahaja yang tahu.

Sistem kat UIA ni jarang betul nak buat individual assessment. Last sem, I almost failed one subject sebab aku sorang je dalam kelas tu and kawan-kawan semua tak dapat add subject tu. Subject tu Islamic Jurisprudence (Usul Fiqh). Perh... Arabic terms dia usah dibilang betapa banyaknya aku kena hafal. Lecture time tu memang haprak aku nak fokus sebab tak faham. Ye lah, masa ambil Introduction to Fiqh tu dulu pun sama, study time exam je. Nasib lah dapat gred lawa sebab Madam Mek Wok tu memang baik sangat. Usul Fiqh tu... segan lah nak cakap markah mid term berapa. I think... I failed my mid term?? Hmm.. Lagilah takut bila forgot due date submit assignment lepas mid sem break. Dalam class semua pakat submit assignment. Aku? Menyumpah dalam otak. Lepas class tu cakaplah akan submit kat Ustaz malam ni. Nasib baik ustaz baik since his A student also didn't submit yet ;P

Memang last sem tu, redha je lah kena repeat Usul Fiqh. Sebab memang aku lah budak paling noob dalam kelas tak faham apa. Classmates also tak lebih 20. Confirm lah aku the lowest kan. Presentation pun entah apa aku merapu. Eeeee.. Bila fikir balik, scary sangat lah dengan kebodohan aku last sem. Haha.

Masa nak dekat final tu lah, Ustaz bagi lah material/topic apa yang patut aku highlight dalam otak as bekal time final nanti. Guess what I did? I just read those topics/terms yang Ustaz suruh baca. The rest tu sorry lah. Aku tak faham apa yang aku baca, apa tah lagi yang aku freely baik sangat nak tambah ilmu. 

So, bila satu hari time nak study week tu aku dah tahan. Like I was so scared to death "MATILAH AKU SATU HAPRAK TAK FAHAM SIAKKKKK!!!". Aku tak boleh nak harapkan notes/slides Ustaz bagi. Itu aku tak faham, dalam buku pun aku tak faham. Apa yang aku buat?

Aku Google setiap topic tu. Each one of them. I learn everything through blogs, post, question post, random websites. In easy explanation, I shall say. Memang aku spent a day nak faham segala-galanya. Biasalah student gila macam aku, gitulah gayanya. Study gila-gila, buat note kasi faham. Then habis.

Benda yang buat aku cuak lagi bila aku sebenarnya ada 2 paper pada hari yang sama iaitu Intro to Sociology waktu pagi dan Usul fiqh waktu petang. Nak nangis lah bila bayang balik masa tu.

Skip to the moment when I was in CAC hall, dapat je paper Usul Fiqh tu terus aim jangan buang masa. Buat mana yang tahu, skip mana yang tahu then figure out later. Takut ilmu2 short term memory aku ni buat  hal. Time exam lah nak ter-twist ayat Quran lah, contoh dalil lah, hadis lah. Semua nak twist. Haha!

Peh... lepas buka paper Usul Fiqh tu.. Mulut aku ni kumat-kamit cakap Alhamdulillah je weh. Semua term arab yang Ustaz bagi tu semua masuk. I mean ALL OF THEM. Satu soalan je aku tak tahu weh. Satu! Ya Allah.. bila fikir balik, beraninya aku study spot je. Buat kalau yang aku baca tu satu pun tak masuk, tak ke naya?

Jari jemari aku ni non-stop menulis for one and half hours. Masa exam tu 2 jam. Aku dah puas tulis non-stop for my answers, aku angkat tangan terus dan keluar. No turning back, gurl! Aku dah rembeskan segala jawapan, ayat Quran dan hadis yang aku tahu dalam tu. Masa tu aku redha je lah. Biarlah fail, so that next sem aku boleh ambil dengan kawan aku. Apa punya target pun tak tahu.

lol ni lah paper nya. Scary bila tengok balik!


And result aku? Aku tak minta banyak pun. Lulus pun dah okay sebab I failed my mid term, worst presentation and assignment, keluar awal masa final. Takkan aku expect lebih, kan? I got B in Usul Fiqh which aku syukur gila nak mampus sebab Ustaz bagi markah kesian lah kat aku. Budak ni merepek je time final. Haha. Alhamdulillah sangat sebab Allah SWT bagi aku peluang nak rasa syukur atas keputusan aku tu. Itulah hadiah keputusan aku paling bermakna sem lepas weh. Syukur sangat :)

I may be the laziest student you've ever met, so jaga-jagalah ya.


Motifnya aku cerita kisah ni. Haha biarlah. Aku nak share juga flaw aku as IIUM student. Malas aku ni salah aku, bukan salah pelajar IIUM. 

Sama juga concept bila kau nampak kawan kau tu free hair or pakai seluar pendek kat luar sana even though diorang students UIA. 

"Harap je budak UIA. Pakai seksi gila!"
"Eh dia budak UIA ke? Tak macam pun."

Aku pun set-set macam tu juga. Walaupun aku ni pelajar Universiti Islam, aku juga manusia biasa yang melakukan kesilapan. Itu salah aku, bukan salah universiti aku.

__________________________________________

K, dah lah. Sampai sini je coretan aku. Takde benda sangat aku nak cakap. Anyeong~

Comments

Popular posts from this blog

3rd Intake ke IPTA(prosedur)

Get To Know About Me #1

Lepasan SPM: IPTA Matrik Asasi Diploma STPM Sijil Kerja