Azan di Putrajaya


Assalamualaikum..


Aku tengah gelak habis menonton Maharaja Lawak Mega, tambah-tambah lagi apabila kumpulan Jambu yang lawak gila sedang 'melawak'. Ulangan punya pasal. Semalam kat Ipoh, rumah tak ada channel Warna. Hari ini kat Putrajaya, untunglah ada channel Warna. Kakyu ni best juga. 

Lepas iklan, kumpulan Jozan pulak. Yeahhhh!


Hope sangat tak ada apa-apa halang aku nak tengok Jozan, my faveret ni... Hati aku selalu berbisik sebegini tiap kali aku menonton Jozan, tak lupa juga dengan kumpulan Shiro dan Jambu. Best..

Sebelum iklan, sebelum Jozan memainkan peranan di hadapan penonton(versi ulangan), azan Asar sedang berkumandang. Aku tak menghayati pun azan tu, aku cuma diam seketika sambil menonton iklan-iklan yang diulang tayang. Apabila iklan sudah selesai diulang tayang, azan turut sudah menunjukkan Asar dah masuk. Dah berkumandang, alhamdulillah..

"Yeahh!! Jozan dah start!!!" seronok gila la, tapi Johan tak ada sebab mungkin ada masalah yang melanda pada fizikal dan mentalnya. Zizan seorang diri, tapi boleh tahan kelakar. Jadi Ustaz yang kacak dan comel.

"Allahuakbar Allahuakbar.. Allahuakbar Allahuakbar.." azan berkumandang. 



Aku dan kakma mempamerkan wajah pelik. Masing-masing ingin mengatakan sesuatu, tapi terbantut. Sama ada betul tanggapanku, atau mungkin aku yang berkhayal.

"Tadi bukan ke dah azan?" kakma buat muka pelik sambil bertanya kepadaku.
"Haah lah." Aku mengintai-intai surau di luar. Flat kakyu di tingkat 3, surau di rooftop, bawahnya parking lot.

"Kakyu, tadi bukan ke dah azan?" tanya kakma.
"Haahlah.." jawab kakyu.
"Kenapa dia azan lagi? Salah time ke?" tanya kakma lagi.

Aku fikir, mungkin orang yang kedua azan itu tidak berada di sini sewaktu azan pertama berkumandang. Mungkin. Oleh itu, dia fikir tiada siapa yang meng-azan-kan waktu Asar itu, oleh itu dia pun mengambil tempat. Mungkin, tanggapanku.. Kasihan..

"Tu maknanya tak ada orang la tu.." kakyu terang kepada kami.
"Apa yang tak ada orangnya? Tadikan dah azan?" aku tak berpuas hati.
"Tak. Maknanya, tak ada orang yang datang solat berjemaah kat situ. So dia azan lah lagi sekali. Biasanya macam tu lah," terang kakyu.

Aku diam. Jozan sedang melawak tapi aku tidak boleh fokus. Aku tidak boleh lagi senyum atau ketawa seperti sebelum. Hatiku tiba-tiba sahaja sebak. Aku sungguh sebak. Air mataku ingin mengalir.. Tapi aku cuba tahan. Aku meluru masuk ke dalam bilik. Lawak Zizan tak kelakar bagiku pada waktu itu.


Apa yang aku fikirkan?

Kenapa tak ada orang yang sudi untuk berjemaah di surau itu sedangkan bangunan-bangunan flat.. subhanallah.. Punyalah berlambak keliling. Tapi sayang, hanya beberapa orang sahaja yang sudi 'menjemaahkan' diri ke surau.

Aku tak tahu nak cakap apa. Aku bukannya orang alim. Tapi bila benda ni dah terjadi depan aku, aku rasa sangat sedih. Hinggakan harus laungkan azan dua kali supaya ada orang yang sudi sembahyang berjemaah di surau. 

Aku tak mahu jadikan aku ni perempuan sebagai alasan tidak pergi solat ke surau. Aku pun jarang sekali ke surau. Aku tidak mahu huraikan alasan mengapa aku tidak agihkan masa aku untuk ke surau. Aku rasa kerdil sangat dengan perasaan ini. Rasa macam dah terlalu sombong untuk tidak ke surau. Walaupun pergi surau dan sembahyang berjemaah bukanlah perkara wajib, namun bukankah ini merupakan sunnah Rasulullah? Aku tak tekankan kepada perempuan sahaja, aku tekankan hal ini khususnya buat kaum Adam di luar sana. Sibuk bekerja, masih boleh kita jejakkan kaki ke surau atau masjid pabila waktu lunch hour. InsyaAllah..

Aku harap sangat aku dapat jejakkan kaki ke surau selepas ini. InsyaAllah..

Marilah kita bersama-sama penuhkan surau dan masjid yang dapat kita jejak. Bukan kerana kasihan terhadap Imam yang laungkan azan namun tiada yang sudi berjemaah, bukan kerana sesiapa, namun haruslah berniatkan kerana Allah Taala. InsyaAllah..




Comments

Popular posts from this blog

3rd Intake ke IPTA(prosedur)

Get To Know About Me #1

Mari Belajar Ruku'.