Suasana di Pasar Malam Taman Jati

Assalamualaikum.
Good morning people =)

Last two days, Kawasan perumahan aku selalu buat hari 'Pasar Malam' pada hari Selasa dan Jumaat. Sudah menjadi kebiasaan aku dah Kakmy pergi pasmal sebab Kakmy memang fanatik nak beli kwaytiow pakcik Polis tu. Hehe. Sedaplah juga, tapi tak se-saiko dia.

Waktu aku dan Kakmy jalan-jalan menyusuli jalan pasmal tu, banyak kerenah pelanggan/manusia yang aku perhatikan. Ada yang sabar menanti pekedai(ada ke nama ni?) yang buat kerja sambil lewa, ada yang tidak boleh bersabar lalu membiarkan pekedai berkeadaan terkelu.

Tawr-menawar, itu sudah pasti. Rakan lama? Sudah biasa, tapi jarang sekali untuk menegur mereka. Bukan sombong, tapi kekok dan malu. Melihat kerenah manusia di situ.. Sudah menjadi kebiasaan. Kehidupan Melayu sebagai pelanggan, memang berjenis.

Ada yang meminta sedekah sambil memainkan kompang loceng. Yang buat aku sebak, ada seorang pakcik yang kakinya patah di samping dua anak kecil di sisinya. Pilu sungguh. Dalam kepala aku, aku kerap kali memikirkan "How pakcik tu survive everyday? Budak tu tak sekolah ke?". Aku sedih bila bayangkan orang yang hidup susah ni. Tapi apa yang aku mampu lakukan ialah menderma wang yang berada di dalam kocekku. Kadang-kala, aku terpaksa bahagikan duit-duit ku itu untuk memastikan semua pakcik-makcik yang memerlukan bantuan dapatku bantu.

Ada juga pakcik ini, buta barangkali.. Atau mungkin tidak. Tapi dari gayanya, "butalah kot..".
Aku memang selalu nampak beliau kat situ. Duduk di atas kerusi usang, tongkat yang di atasnya diletak raga. Kecil sahaja raga itu, tapi indah dikelilingi loceng-loceng. Rasa terhibur mendengar pakcik itu menggerakkan raga itu. Buat orang tertarik..

Sudah lama aku kenal pakcik itu. Kenal sekadar melihatnya bertahun-tahun lepas. Hormatku kepadanya, tabikku kepadanya, buatku rasa sebak kerana sudah bertahun lama pakcik itu terpaksa meminta sedekah pada setiap hari pasmal.

*telefon berdering*
"Haa hello? Haa.. Bila kerusi tu sampai? Orang besar mana yang ada?"

Perbualan telefon? Aku terkesima sebentar.
Kerana.... sedang aku melihat pakcik itu, dia mengeluarkan telefon di kocek bajunya. Bicara besar lagi. 

Dalam fikiranku, aku memikirkan perkara negatif. Tak mungkin..
Biarlah, itu urusan dia dengan Allah.
Dan sejujurnya aku berharap pakcik-makcik di sana ikhlas orangnya..

Aku teruskan perjalananku.

"Ye nak berapa kwaytiow, adik?" tanya makcik itu, isteri kepada pakcik bertopi polis.
"Bagi 3 kwaytiow," kakmy keseronokan apabila turn dia sudah sampai.
"Ok. Sekejap ya.."

Aku memandang Kakmy.

"Hang order dua ke tiga?"
"Eh tak tak. Orang order dua je." tersengih Kakmy.

Aku memandang makcik di hadapan kami. Aku salah dengar ke?

"Alaa.. Yang lagi satu tu kita share la.."
"Hang.."

5minit kemudian baru kami dapat kwaytiow yang sudah lama kakmy nantikan. Chill.

Sewaktu berhenti melihat aneka makanan, aku terserempak dengan rakan lamaku, Saufi. Malu rasanya. Lalu ku tundukkan kepalaku dan meminta agar Kakmy jalan cepat sedikit. Rasa mahu lari. 

"Oh my god. Kakmy tu kawan orang. Cepat jalan!"
"Kenapa?"
"Orang taknak jumpa dia. Malu.."
"Buat apa nak malu? Hang ni.."
"Dah lama tak jumpa kot.. Takmau ah,"

Aku menceritakan kepada Kakmy, pada waktu aku pulang ke sekolah. Sewaktu hampir sampai ke SMK Jati, ada motor di hadapanku. Dua orang. Aku membonceng scooter aku seperti biasa. Sudah menjadi kebiasaan motor, kereta dan lori lalu-lalang di situ.

Asal dia ni pandang belakang? Sikit punya lama je.. Suara hatiku terasa pelik.

Fuhh.. Dia pandang punya lama. Ku fikirkan orang kat belakang motor tu sahaja mahu melihat motor siapa yang berada di belakang mereka. Tapi ini dah limit lama dia pandang!

Mataku meliar ke kiri dan ke kanan. Konon tidak perasan apa-apa. Lantas aku memikirkan, 

Hishh tak boleh jadi ni. Kena pandang balik ni!

Dann tuppp.. Aku pandang. 
Eh, macam aku kenal..

Dia senyum kepadaku. Senyum yang lama. Aku pun turut membalas senyumanku. Cukuplah itu cara kami berhubung melalui jarak motor kami, dan jarak masa berapa lama sudah tidak bertemu.

Ya, Saufi. Teman rapatku sewaktu bersekolah rendah dahulu. Huh. Muka tak berubah, masih macam Shin Chan. Kehkeh.

Kami berjalan lagi, mencari kuih apa yang boleh dibeli untuk mak dan abah. Mak nak koleh kacang, malangnya kedai pakcik tu dah laris jual semua aneka kuih. Dahsyat. Baru pukul 8 lebih, sudah licin. Murah rezeki..

Jadi, Kakmy decide mahu belikan mak sup kwaytiow memandangkan mak teringin mahu rasa selepas Kakmy beritahu pada mak yang kwaytiow itu soooodap. 
Sorry, aku tak minat sangat sup-sup ni.

Dua sup kwaytiow, Satu nasi ayam, tiga kwaytiow goreng.
Cukup untuk mak dan intan, adam, dan tiga kwaytiow untuk Kakmy dan aku.

Kami berjalan hingga ke hujung pasmal sana. Kakmy bersuara,

"Alaa.. Dah tak ada pecal dah. Dulu ada"
"Hah? Bila?" tanyaku.
"Dulu. Maybe dah tak jual kot," terang Kakmy.

Tak laku la tu,"
"Bukanlah. Haritu ramai gila pergi beli kat kedai tu."
"Oh.. Maybe orang tu dah penat, dah kaya. Tu yang tak jual," jawabku bersahaja.

Sewaktu jalan menuju tanpa tujuan, aku ternampak 3 orang lelaki. Umur seperti 20-an. Atau lebih, yang pasti, 20 lebih. Aku tidak boleh berhenti berangan. Wah.. cair aku melihat mereka. Berbaju melayu, berkain pelikat, ada sedikit janggut comel. Tambah-tambah lagi, bersnow cap dan tinggi. Bonus untuk mataku.

Urghh handsome gila.. 
Aku tidak boleh jumpa lelaki berkeadaan sedemikian. Maksudku, gaya sebegitu. Boleh cair aku kau tahu?!

Sambil berjalan, sambil berangan. Ish.. Geram jumpa lelaki-lelaki tu. Ish ish. Astaghfirullahalazim.

"Pasembur satu, pakcik"
"Ok, kejap ek.."

Untuk abah, beli pasembur mamak ni. Sedap walaweh. 5minit kemudian, baru kami dapat beli pasembur itu. Ditambah pula dengan putu mayum yang dibeli. 'Kedai' tu sebelah lori comel pakcik mamak ni je.

Ok, masa untuk balik dan makan!
Sambil berjalan, aku terserempak dengan jejaka-jejaka itu lagi.
Isk. Aku tersenyum. Sejuk mataku memandang mereka. Alangkah seronok kalau semua lelaki bergaya seperti mereka.


---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

13th January 2013

Comments

  1. takde gambo pon . :P
    nak tengok gambo pasar malam . hahaha .

    ReplyDelete
  2. Datang je taman jati. Kan senang haha

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

3rd Intake ke IPTA(prosedur)

Get To Know About Me #1

Mari Belajar Ruku'.