Lepasan SPM: IPTA Matrik Asasi Diploma STPM Sijil Kerja

Hi and assalamulaikum, people =)

Saya terpaksa private-kan blog saya buat seketika waktu *padahal 5 hari je :p* kerana saya terrrrpaksa renovate baru blog ni. Rasa macam diri tak terlalu funky. Well I know I'm not editor habis, not terrorrrrr bab edit-edit ni. Sobs.

But at least nampak cosy je blog saya ni, kan? Kan? =P

Saya memang tiada idea nak update pasal apa, tapi still nak update because Im lifeless now, so bila dah ada blog ni kira less lifeless la. Hikhik. 

Sekarang ni saya banyak 'habiskan' masa saya dengan terjah laman sesawang dan blogs untuk information about IPTA and courses. I did research but it always not satisfied for me because I need to ask something I don't know and sadly they didn't left their emel or twitter or something =( tu yang complicated sikit. Nak google pun, rasa macam dungu habis sampai nak je search..


apa-kelayakan-seorang-pelajar-lepasan-spm-yang-tak-berapa-pandai-tapi-nak-ambil-course-yang-dia-minat-so-dia-nak-la-tahu-kelayakan-dia-based-on-her-result-spm-nanti-tapi-apa-salahnya-bagi-information-dulu-sementara-menggigil-tunggu-result-and-please-dia-merayu-sangat-tolong-tinggalkan-emel-or-if-you-want-a-secret-admire-,-yes-she-will-.-So-please-leave-your-number-phone-lol.

Ada tak Mr.Google bagi jawapan tu? Kalau ada, please share dengan saya!! I'm desperately nak!! Hahaha

Nak ambil course apa?

Ramai juga orang tanya pada saya, bidang apa yang saya nak ambil. Sejujurnya saya masih belum berani untuk memilih bidang yang tersenarai sebab saya takut saya tak dapat. Nanti tahu aje Malaysian, mesti cakap "eleehh kau dulu berlagak lagi nak ambil course tu, nahh padan muka tak dapat!". Haa kan dah macam kena panah petir.. Pilu hatiku...

Saya memang ada minat dengan bidang ni sebab sounds menyeronokkan, tapi saya tak tahu saya layak ke tidak untuk ambil bidang ini. Bidang Psikologi. Ada orang kata, this course is a tough course. Idk la wether right or no, but still I said 'Idk' sebab tak ada experience study bidang ni =P

Tak berani komen in public about this course because Im not the experienced one, but I love anything relate about psychology.

"Kau tak belajar lagi, dah nak suka bagai nak rak,"

Der, nanti aku takde hasrat nak study in this course, that means aku ni takde cita-cita la? Sobs. Pilu....

Apa salahnya saya nak ambil bidang tu? Tapi hati kecilku ada juga rasa sayang dengan subjek Matematik dan English. Well saya tak sehebat mana, tapi dah suka kan. Tambah-tambah lagi dengan math, ohmy plis jangan hapuskan/bencikan math. Sayangilah math kerana jawapan dia tak perlu menghafal, cuma kita je yang kena cari =P lol.

So nanti insyaAllah saya akan fill up UPU ; foundation of human science, diploma psikologi(ada ke?), Mathematics, English, something-yang-terdetik-time-nak-apply-nanti. tu je =P

Doakan untuk saya dan rakan-rakan saya ya =)

Apa kena mengena dengan title kat atas ye? Ce explain sikit ^^

Well, saya bukannya dah masuk universiti matrik stpm bla bla tu, saya cuma nak terangkan kepada siapa yang tak tahu lagi. Tapi saya tak jamin can explain sepenuhnya. Saya cuma boleh explain sedikit sahaja.

Matrik/asasi/stpm ni kira macam pra-ijazah untuk ke sarjana muda a.k.a degree. Namun, ada kelebihan dan kekurangannya.

Matrik boleh ambil pilih untuk ambil yang setahun atau 2tahun tapi tak silap saya, pelajar yang diberi 2tahun tak digalakkan ke setahun, tapi yg 1tahun boleh ke 2tahun. Err paham idok? Hehe. 1tahun=2semester sahaja. Kemudian terus diserap masuk ke dalam ipta yang mereka mohon(jika keputusan mereka memuaskan berdasarkan bidang yang mereka mohon). Bagi yang tidak melepasi tahap memuaskan, bak kata orang berpengalaman, mereka akan dilelong ke mana-mana institut awam yang berkelayakan dengan mereka =)

Sistem pembelajaran di sana ramai yang berpendapat quite tough than foundation/stpm. Kiranya life kat situ macam belajar di sekolah berasrama penuh. Bila dah jadi pelajar matrik ni, kena serius sewaktu belajar dan tak boleh membazirkan waktu lapang. Jangan risau, kehidupan di matrik tidak sesulit seperti yang anda fikirkan. Amboi kau.

Matrik ni okay je actually, manalah ketat gila. Cuma sangat berprinsip sampai aku pun tabik dengan pelajar-pelajar matrik ni. Dan korang jangan ingat budak skema yang ada kat matrik, semuanya cool. Macam cousin I la, boleh je main lari-lari tarik baju baling selipar kat dia. Haha!

Tapi kitew kena ingat, matrik ini cuma pra-ijazah dan sama sekali tidak boleh minta kerja kat memana dengan 'result matrik' korang. Matrik ni kira macam short cut nak ke degree =) not too contra la, kan?

Asasi(foundation) kira sekepala dengan Matrik la, tapi asasi ni under Universiti-Universiti. Paham tak? Matrik macam sekolah berasrama penuh, asasi macam sekolah biasa. 
Kalau asasi dengan universiti, asasi ni macam tadika. Alaahh.. Tadika Jati, serap ke Sekolah Kebangsaan Jati lah kan? Under under. Paham? Tapi ada sesetengah universiti yang boleh terima pelajar asasi dari universiti lain =) dari segi lama-tak-lama tu, sama je konsep dengan matrik. Ada yang setahun, ada yang dua tahun. Asasi juga tidak boleh dibuat kerja, ni pun kira short cut nak ke degree =)

STPM puler.. Hmm ni saya tak reti sangat sebab takde pulak buat research pasal stpm. Mungkin takut sangat nak ambil stpm. Yelah.. exam top5 paling susah kat Asia, STPM la. huyoo.. Tabik dengan korang yang nak ambil STPM nanti =) 

STPM pun macam matrik dan asasi ; pra-ijazah. Bezanya, pembelajaran stpm ni suasana di sekolah. Itu sahaja. Ada yang bagi pendapat, kos stpm murah berbanding asasi. Suasana sekolah yang sangat fresh berbanding di matrik/asasi. Konsep pembelajaran hampir sama dengan suasana sekolah; waktu sekolah. Tapi sekarang ni stpm dah 'pakai' ikut semester. Cute kan? Hikhik.

Beza stpm dengan matrik/asasi ni, dengan berbekalkan keputusan stpm, ander-ander(anda) semua boleh apply kerja u knoww.. Dah boleh kerja even tak ada degree =) tu yang istimewanya stpm ni.

Persamaan ketara STPM/matrik/asasi ialah nanti korang kena belajar semua. Tak boleh drop subject. Yes, kena belajar core subject DAN juga subjek yang lain =) Kena belajar basic dulu, then degree baru boleh specialize based on what will you choose. 

Yang penting sekali, kena push up and study untuk dapat keputusan yang cemerlang. Don't waste your time bcs time is like a river. You can't touch the same water twice bcs the flow that has passed will never pass again. Okay quote tu bestfriend i yg bagi =P 

Hargai masa. Note for you and I, us. Together =)

Diploma? Haaa.. Diploma pun best sebab kiteww akan study specialize punya. Meaning, macam asasi kena ambil bio fizik kimia, tapi diploma ni macam korang pilih yang korang suka/layak. Korang boleh pilih, specialize la macam ambil fizik je =) masa pengajiannya lama sedikit berbanding 3 di atas ; selama 3 atau 4tahun. Kemudian baru boleh sambung degree. Tapi bagi lepasan Diploma juga sudah boleh apply kerja u knoww. Itu hebatnya diploma ini. Kemudian untuk sambung ke degree, terdapat beberapa courses yang masa pengajiannya half from diploma sebelumnya. Contohnya diploma korang 4tahun, so degree korang 2tahun. But only few courses ye =)

Sijil? Sijil saya tak berapa nak tahu sangat sebab kenalan rapat kakak saya yang ambil sijil dulu. Tapi saya tahu samar-samar macam tu lah. 

Sijil ni saya taktahu nak ambil kat mana, under apa, seriously tak ada google. Tapi sijil ni masa pengajiannya 1/2tahun gitu. Kemudian ke diploma dan terus ke degree. Saya tak dapat nak explain sangat pasal Sijil ni =( maaf sangat sangat.

Kerja? Haaa ni saya tahu sikit je. Kalau nak terus ke degree tanpa apply diploma semua tu, korang kena ada experience bekerja at least 5years. Ehem, bukan kerja sambilan macam korang tunggu result spm tu okayy. Ni kerja under swasta or kerajaan. Bergaji masuk account bank korang. Itu baru berkelayakan sambung degree =) insyaAllah..

What is Human Science?

Well saya bukan student foundation nak beri maklumat pasal human science ni, cuma saya ada tanya kawan saya(thanks to Farid) tentang ini. Dia sekarang degree in Politicial Science, dulu he did foundation of Human Science(HS) la. Lagipun dia student UIA. So bolehlah saya bagi information to those yang nak apply course kat UIA =)

If you guys choose foundation of HS, you have to study psychology, politicial science, sociology, history and mass communication. You have to study all the basic time foundation(as I said, kena study semua). Nanti bila nak masuk degree, baru boleh specialize. Choose what you want. As he did, he has specialized on politicial science international relationship. Korang boleh pilih yang lain juga =) Time foundation nanti, will have 3tests untuk lepas masuk ke degree namely English placement test, Arabic placement test and Tilawah & Fardhu Ain camtu la. Your berapa lama dekat foundation is based on all those tests. Kalau tak pass, sadly you have to repeat it. And nanti nak sambung degree, kena ambil kelas untuk subjek yang korang lemah masa test in foundation =) nak in detail, click on English Placement Test and Arabic Placement Test. Link tu berdasarkan blogger yang ambil HS juga =)

TAMBAHAN: Bagi sesiapa yang berhasrat untuk ke UIA, banyak courses yang boleh korang apply. Kena start dari asasi lah ye. Saya bagitahu tentang HS tu pun, tu cuma one of 15 types of foundation kat UIA tu. Kalau nak tau lebih lanjut pasal asasi di UIA, click at HERE. Kat situ, korang boleh apply asasi berdasarkan result SPM korang. Dia bagitahu sekali kelayakan kita kalau nak apply asasi itu dan ini =) *tambahan last minute. sorry* =)

Itu je yang boleh saya terangkan bagi sesiapa yang tidak dapat hadam sepenuhnya. Hehe.

Ohyaa, korang pun boleh apply diploma dekat Politeknik selain daripada universities. Degree pun ada taww. Hehe.

Bagi sesiapa yang nak tengok course apa ada dekat universiti pilihan korang, click HERE. Itu semua kat IPTA je =) and korang nak tahu pasal biasiswa ni, actually banyak tau selain daripada JPA and MARA. Nak in detail, click HERE. Tapi tu 2tahun yang lepas, so korang kalau nak pergi ke website yang tertera kat situ, korang kena search manually la ye =) sorry.

Bila boleh isi UPU ni?

Haa bila cikgu dah buat information pasal nombor pin UPU dah boleh beli kat BSN, banyak juga tweets yang saya baca, katanya ada yang kena beratur berjam-jam dan bila turn dia, number pin dah habis and kena tunggu esok. Lol. Kasihan dehh. Hehe.

Nombor pin UPU dah boleh dibeli sekarang hingga 15 April 2013 di BSN sahaja ya, rakan-rakan sekalian. Jangan lupa bawa IC/kad pengenalan sekali. Harga nombor pin RM10.60 sahaja. Bagi satu nombor pin, hanya untuk seorang sahaja. Kitew tak boleh beli twice. Nanti nombor pin sama juga, cuma you guys kena bayar balik semula =P

Contohnya macam Siti beli nombor pin ; 1234 nombornya. Bila balik rumah time seronok mengelamun Jacob dalam Twilight tu, tak perasan pula nombor pin dia hilang. Habis kena bebel dengan mak dia kata cuai. Kesian Jacob dipersalahkan. Okbai. Esoknya Siti pergi BSN balik, beli nombor pin UPU balik. So nombor pin dia berapa? It still 1234, tak boleh tukaq yang lain. Padan muka. Amboi =P

Lagi satu contoh. Ni untuk yang tamak. Macam saya #terasa.

Kila pergi BSN, beli nombor pin UPU ; 5678. Then masuk kereta, dia fikir nanti kalau beli nombor pin banyak-banyak, boleh la dia apply banyak jugak. Dia masuk BSN balik, nak beli nombor pin lagi dua. Tamak gila minah ni. Unfortunately abang hensem kat kaunter tu kata "maaf ye adik comel lagi cute lagi lawa, awak boleh beli number pin satu je. Kalau awak beli 10 nombor pin sekalipun, the number pin is still the same. By the way, you're so cute. Apa nama FB?" 

Haa paham? Okay cerita kat atas tidak ada kena mengena dengan saya =P saya tak beli lagi ye. Hikhik.

For your information, UPU hanya bagi kita apply 8universities je in any courses yang disediakan kat universiti pilihan korang. 5wajib isi+3 ikut suka hati korang la nak isi ke taknak tapi seeloknya isi untuk 'just in case'=8. Faham? 

Bagi yang tidak kenal lagi, UPU ialah Unit Pengambilan Universiti ataupun Unit Pusat Universiti. Sekarang zaman moden, kita apply kat internet je. Link at HERE. Kalau taknak isi, korang boleh isi manually dengan cara pergi ke setiap universiti, ambil borang dan isi. Kalau nak ke UM, pergi KL. Nak pergi UITM Arau, pergi Perlis sana. Kalau nak UniMas, pergi Sarawak. Nanti tolong beli keychain Kucing kat saya ye.

IPTA ialah Institut Pengajian Tinggi Awam, under government. Usually the cost is much cheaper than IPTS namely Institut Pengajian Tinggi Swasta. 

Okay, kalau nak tahu IPTA/Politeknik punya institut, check at HERE. Kat situ korang boleh usha sekali course yang ada under University tu.

Yang IPTS tu hmm ala.. Korang Google sendiri boleh? UTP, Uniten, MMU, KLMU, Lim Kok Wing tu semua IPTS la. Mahal sikit daripada IPTA, tapi dari segi pengajaran dan tempoh pengajiannya adalah sama dengan IPTA =) biar mahal, asalkan berpatutan. InsyaAllah..

Kalau information pasal further studies abroad tu, haaa takde pulak saya godek-godek. Maaflah ya =) kalau nak tahu, click at HERE =P

Itu sahaja yang dapat saya tolong bagi yang confused and kurang tahu tentang 'dunia lepasan SPM'. Semoga berjaya dan doakan agar keputusan SPM kita semua akan cemerlang! InsyaAllah..

Saya nak ambil peluang di sini, ingin menasihati bagi yang sedang bertawakal dengan Allah, keep praying at Him. Jaga hubungan kita dengan manusia, jaga perangai, jangan bermasam muka kutuk mengutuk sebagai 'puas hati' bila dah habis exam. Jangan jaga perangai+solat sebelum exam je, selepas exam pun sama kena istiqomah melakukan ibadah nawafil =) 
Rapatkan silaturrahim, minta berkat, hormat ibu bapa, orang sekeliling, jaga aurat, jangan tinggal solat, rajin-rajin baca Quran, dsb =) insyaAllah.

Ustazah saya selalu berpesan supaya menunaikan solat Hajat. InsyaAllah Allah akan makbulkan doa kita, yang penting kena ikhlas dan istiqomah. InsyaAllah =)

Doakan saya ya =) semoga pelajar SPM 2012 mendapat keputusan yang cemerlang!!! Amin!!!!!

Fi amanillah =D

Comments

  1. terima kasih kyla sayang. paham jugak aku akhirnya hehe

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah =) good luck anyway. Hehe

    ReplyDelete
  3. laahhh .. aku ingatkan blogger mane lah tadi . hehe .
    siap sebut pasal sekolah jati . ingatkan budak jati .
    #actually , aku tak perasan domain blog ni . hehe .
    bile tengok komen , kyla ?
    err . baru teringat ! hahax . btw , thanks hunny 4 the info . ;D
    lain gela blog hang . tu la aku tak perasan .. hehe

    ReplyDelete
  4. Hahaha I budak sk jati kihkih. Ye saya kila bagi yang tidak dapat cam muka saya :P
    Welcome =) ni far kan? Hehe. Aku renovate baru, dulu cartoon skang ni girly suci ckiwttt =P

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

3rd Intake ke IPTA(prosedur)

Get To Know About Me #1