Hati Remaja

Fuhhh.. semuanya irritating and annoying. 
Hate of all the dramas. Skang ni semua ikut emosi syaitan yang direjam. Menegur dengan cara yang salah. 

Ingat, sekali buat orang terasa, kita berdosa selamanya selagi kita tidak memohon ampun dan maaf.

Usia remaja, tahu apa tentang apa yang mereka taip? Tahu apa? Semua kata-kata yang dilemparkan semuanya bertujuan dan ada 1001 sebab. Tiada yang tiada sebab atau bersahaja. Semua itu dusta dan boleh buat aku ketawa tengok ketidakmatangan remaja. Menangis di hati kerana sedih melihat mereka yang tidak cuba mematangkan diri, ketawa di luar kerana melihat jenaka tanpa kata-kata yang menggelikan. Menyakitkan hati, tapi lawak. Perkara yang menyedihkan.

Remaja, perkara yang kecil boleh diperbesarkan dan perkara besar boleh diperkecilkan. Semua bergantung kepada akal dan fikiran remaja. Gunakan iman yang ada dada, ilmu yang ada, untuk selesaikan sesuatu. Bukan dengan perasaan amarah dan dendam lama yang tidak mahu dengar ucapan maaf. Sekali ditegur, remaja masih lagi berlakon suka walhal hati disumpah seranah. Itulah remaja yang tidak mahu berterus terang. Sedih melihat hati sebenar remaja sedang meraung dalam kesempitan lakonan jiwa. Sedih..

Semuanya dibiarkan emosi dan nafsu berkuasa. Dibiarkan perasaan amarah dan dendam berkekal dan melekat. Dicampak kata-kata hormat dan maaf di tepian. Dibuang. Semuanya emosi. Remaja masih lagi tidak faham apa itu 'maaf' yang sebenar. Bagi mereka, 'maaf' hanya untuk suatu situasi dan satu masalah. Remaja perlu faham maksud maaf dan memaafkan dengan sepenuhnya, bukan untuk suatu situasi.

Remaja terima kata maaf, tapi perkara yang lepas masih melekat di fikirannya. Dendam masih ada, amarah masih kekal. Mana kata maaf yang diterima itu? Mana kau campak, wahai remaja?! *sigh* ya, dibiarkan ke suatu tempat di mana kata-kata maaf lain disimpan berhabuk. Remaja, sepatutnya kata-kata maaf itu dikekalkan dan dendam lama dihapuskan. Bukan dengan mengulangi dendam lama bagi memudarkan warna kata maaf itu. Bintik-bintik hitam dendam pasti penuh, maka terimalah warna-warna putih maaf itu seikhlasnya.

Perli-memerli? Siapa yang tidak tahu, itu sudah menjadi adat remaja yang tidak mempedulikan hati orang lain. Sarcasm hanya untuk orang yang tidak berotak sahaja, malah penakut lagi. Takut untuk bersuara di hadapan, tapi hanya bersorak di belakang. Apakah itu tindakn sang penakut? Malah penipu lagi. Kata lain bicara, lain pula tujuan di hati. Cakapan sahaja konon, tapi penuh dengan emosi marah? Bila diberi soalan, dijawab pula jawapan beremosi. Aduhh.. Masih keliru disini. Sayangnya, semua beremosi. Remaja dimakan sendiri oleh percakapannya. Mungkin kerana berpegang pada 'prinsip' peribahasa Melayu, 'kerana mulut, badan binasa'. Penuh dengan kata-kata bersahaja, dirasakan seperti diri sendiri yang kena. Aduhh.. Tapi, mengapa perlu menyesal wahai remaja? Bukankah itu cakapan diri remaja sendiri? mengapa perlu biarkan ia memakan dirimu? Ohh lupa.. Cakapan bersahaja itu tanpa disedari telah memakan emosinya sendiri. Lupa, cakapan yang disengajakan. Allah SWT tidak melepaskan dengan perbuatan hamba-Nya.

Kita tidak boleh salahkan remaja 100%. Ini semua muncul dalam pemikiran remaja. Semuanya berubah dan dipersoalkan kala kita di usia remaja. Tindak-tanduk kita masih di suatu tempat remaja bertindak. Kita perlu terima seadanya.

Di sini saya ada nasihat. Remaja, terimalah apa yang ada. Terimalah semua dengan hati yang terbuka. Jadikan yang pahit sebagai pengajaran dan luahkan kata hatimu dengan ikhlas dan bermakna. Luahkan nasihat yang berguna, bukan dengan janjian dendam yang penuh dosa dan hati yang penuh dengan duri. Cuba belajar menyelesaikan perkara dengan seeloknya, bukan dengan kata akhir yang memutuskan silaturrahim. Sayang, sesama Islam tapi masih dalam hati membenci.

Dengan penuh yakin dan saya jamin, suatu hari nanti, kita semua pasti akan ketawa melihat 'kecomelan' kita pada usia remaja ini. Ada yang diletakkan pada memori pahit, ada yang diletakkan pada memori manis.
Maka, marilah sama-sama membangunkan daya pemikiran kita!






Sorrylah sebab bersastera habis. Aku pun taknak sangat taip benda yang beremosi sebab entry kali ini pun memang aku tujukan untuk semua remaja, termasuklah aku sekali. Berani bersumpah, tiada niat untuk melukakan*serta dilukakan ;p 
Memang kita ni akan selalu terima kata maaf, tapi 98% remaja masih tidak mahu lupakan tentang apa yang dilakukan oleh orang yang meminta maaf. Aku pun kadang-kadang macam tu jugak. Tapi, aku cuba sedikit demi sedikit untuk melupakan apa yang telah aku alami dan anggap itu semua ujian kala aku sebagai seorang pelajar. 
aku pun suka buat orang marah dalam kata-kata manis aku, kadang-kadang aku bertujuan, kadang-kadang disengajakan bertujuan, kadang-kadang untuk mengenang memori lama. Aku berani buat begitu kerana aku tahu, tiada siapa yang pedulikan. So, I keep doing it until I realise it such a stupid things ever I done. 

I am a teen ager. Make lot of mistakes. All of my words were over my emotion enough. I hate, mad, happy, love.. I sincerely mean all of my words. Nothing to hide, but full of distortion. 

Aku sedang mencuba untuk meletakkan emosi dan benda bodoh, semua aku dah buat bekal dalam tong sampah. 
Aku cakap bahasa remaja, nanti dikatanya tak mengambil berat. Aku guna bahasa putar belit, kang pelik pulak jadinya. 

Aku harap sangat kita tak perlu nak jadikan pergaduhan sebagai simbolik untuk sesuatu masalah. Boleh? Aku tujukan untuk semua remaja, terutama sekali untuk rakan-rakan seperjuangan ku, 5Sains'95 SMKDAS. Aku cakap, sebab aku taknak kawan aku emo macam bangang, marah ikut perasaan. Tolonglah, cukuplah aku sorang je yang bangang, jangan jangkit kat korang pulak. Hahah! Tegur dengan kata-kata indah dan manis, nak lagi manis letak hadis atau ayat Quran sebagai tiang kata-kata korang. Bukan dengan kata-kata hikmah emosi je. Chill la!

Kita kata je "Well I'm not perfect. Everybody's not perfect!". Did you guys really mean that? Ohhh.. I guess you're not 100%-ly mean that. Kalau tahu semua orang tidak purrrrrr-fect, tapi kenapa masih tidak mahu terima kata maaf atas kesilapan? Sedangkan Rasulullah ampunkan umatnya, apatah lagi kita maafkan umat sesama umat. Kan lagi indah :) cosy gituwwww..

Aku olah semua ni, tak bermaksud untuk orang lain. Ni pun untuk aku sebab aku pun macam remaja yang aku pertikaikan di atas. Sama je. Cuma aku akan berubah sedikit demi sedikit kotttttttttt so that aku boleh jadi better than before. 
Well, it just me :p

Aku tahu statement panjang kat atas ni pun, aku sedang beremosi cuma dapat dikawal sikit je. So, saya minta maaflah bagi yang terasa. Tiada niat menyakiti, hanya untuk kebaikkan hakiki. Amboii...

No offense eh. Aku sayang remaja dan bubu bobo! Lulz

Comments

Popular posts from this blog

3rd Intake ke IPTA(prosedur)

Get To Know About Me #1

Mari Belajar Ruku'.