Syukur pada 1

Hidung saya comel macam bear, meaning, besauu.
Mata eden tak besar mana tapi my sisters said that my eyes kecik. Tapi ada jugak 'compliment' kata mata saya besar. Aku tak paham. Nak kena tongkat dengan batang mancis agaknya.
Mulut saya.. Auwwww.. biasa je. 

Lul :P

Macam pelik je saya cakap pasal muka muka. Nak kata puji, rasa tak sesuai sebab macam bangga diri. Tapi kalau dah ngate, dah kira menolak 'pemberian' Allah SWT. 

Ramai yang tak sedar bahawa kita ni selalu tak bersyukur dengan apa yang kita ada. Malah, ada yang selalu menbandingkan diri mereka dengan kebahagiaan orang lain. Kita seyogianya bersyukur dengan apa yang kita ada, tidak kira dengan apa yang kita ada sekarang ni. Nikmat yang Allah berikan kepada kita sudah cukup untuk kita.

Saya ada baca satu buku menarik, tapi tak habis baca lagi. Tapi, ada verse ni buat saya cukup tersentuh dan menangis. Betapa indahnya.. Kejap ya saya nak kopi pasta ayatnya.

"... Kasih Allah kepada kita tidak terbayar sampai bila-bila. Allah menyayangi kita berjuta kali lebih mendalam daripada kasih ibu kita sendiri kepada kita. Cuba awak bayangkan setiap degup jantung awk dikawal kadarnya oleh Allah. Setiap atom udara yang awak sedut disediakan kadarnya oleh Allah untuk awak supaya awak tidak sesak nafas. Setiap ikan yang awak makan, Allah sediakan laut sebagai tempat ikan itu hidup dan membesar, disediakan makanan dan sistem-sistem sokongan bagi ikan itu hidup sehingga cukup dewasa untuk ditangkap dan dibawa ke pasar oleh hamba-hamba-Nya yang lain supaya akhirnya awak dapat makan ikan itu sebagai lauk tengah hari. Buah yang awak makan, Allah sediakan baginya tanah di bumi bagi pokok buah itu hidup, dia membekalkan pokok itu dengan bekalan gas karbon dioksida yang secukupnya sebagai bahan makanan pokok itu. Dijadikan matahari dalam jarak yang sesuai supaya pokok itu dapat manfaat daripada cahaya matahari bagi membuat makanan melalui proses fotosintesis. Bumi diputarkan supaya pokok itu tidak mati disinari cahaya matahari secara berlebihan, dihembuskan angin, haiwan dan serangga bagi mendebungakan pokok itu supaya menghasilkan buah dan kemudian dia menghantar hujan bagi menyuburkan pokok itu. Dijadikan kulit bagi setiap buah supaya isinya tidak disentuh pencemaran sebelum dikupas. Apabila buah itu cukup masak, dihantarnya manusia bagi memetik buah itu lalu dijual dan awak membelinya. Oleh kerana kasih sayangNya, akhirnya awak dapat makan buah itu sebagaimana yang awak idamkan.Bumi ini Allah sediakan dan hamparkan untuk kegunaan kita sebagai khalifah di sini. Semuanya cukup buat semua hambaNya yang disayangi.

Tetapi apa yang Dia minta daripada awak? Adakah Dia menyuruh awak duduk di dalam masjid 24jam setiap hari bagi mengucapkan terima kasih kepadaNya setiap saat dan masa? Adakah Dia menghantar apa-apa bil bayaran bulanan untuk jantung, buah pinggang, paru-paru, udara, matahari, bumi dan segala-galanya? Adakah Dia menyuruh awak membuat benda-benda yang menyeksakan diri seperti berjalan di atas api supaya awk berterima kasih kepadaNya?" tanyaku bertalu-talu kepada Rini.

Rini hanya dia membisu. Melihatkan dia diam, aku menambah, "Tidak ada, bukan? Yang Dia mahu awak buat adalah mengaku dia satu-satunya Tuhan yang awak sembah dan menjadi manusia yang bertanggungjawab sebagai khalifah di bumi ini. Bagaimana mahu berterima kasih kepadaNya? Dengan dua kalimah syahadah yang awak ucap dengan penuh keimanan sahaja yang dia minta. Sembahyang lima waktu sebagai tanda bersyukur awak kepadaNya. Dia yang maha Pemurah menambahkan lagi pahala berlipat ganda yang awak akan dapat di dalam syurga. Jika perkara seperti ini pun tidak dapat dibuat, tidak mahu mengaku Allah Tuhan yang selayaknya muja orang yang langsung tidak memberikan manfaat kepada awak, selayaknya orang sebegini dibakar di dalam neraka selama-lamanya," jelasku dengan panjang lebar dalam nada yang sedikit tinggi mengharapkan Rini faham. -novel Syahadah Gadis Ateis.

SubhanAllah.. Isi ni dan cukup bermakna bagi saya dan saya amat bersyukur dilahirkan sebagai orang Islam. 
Sebenarnya banyak lagi isi-isi penting. Saya nak je share tau, tapi masa tak mencukupi. \Oh ya, novel ni memang menarik sangat-sangat. Ia menerangkan beberapa persoalan yang selalu bermain di minda saya selaam bertahun-tahun. Saya ingin kemukakan, tapi selalu tidak kesampaian kerana.. mungkin malu ataupun takut dianggap khuatir dengan agama sendiri. Astaghfirullahalazim.. Sekarang ni alhamdulillah saya dah faham sikit-sikit lepas baca 'few pages' of this book.

Nanti panjang umur dan ada peluang nak kongsi 'maklumaat', bolehlah saya kopi pasta lagi. Takpun, beli je novel ni. Best sangat! Okay cerita ni mengisahkan tentan Rini, seorang gadis yang Islam hanya pada nama tapi tidak percayakan Allah. Niezam pula seorang pelajar jurusan kejuruteraan elektrik UiTM, yang cuba menerangkan setiap persoalan dalam fikiran Rini. Mereka bertemu di gerabak kereta api. Yang menarik tentang novel ni, setebal 377m/s, ianya cuma satu malam selama 8jam sahaja. Full of explanation. Best! 


Ehhhh.. have to go now. Fi amanillah!!!

Comments

Popular posts from this blog

3rd Intake ke IPTA(prosedur)

Get To Know About Me #1

Mari Belajar Ruku'.