aku tak suka bila,

"Aku benci kau!" 
"Eh kau mesti pemalas kan?" 
"Eh apesal kau tak datang semalam? Curi tulang eh?"
 "Apesal kau baik sangat?!"

Judge.

Ahak. Aku okay je kalau orang nak judge judge ni. Aku lagi suka. Tak adil lah kalau aku nak marah orang yang asyik judge apa sahaja yang tak kena di mata mereka. Biar mereka terus terang, lagi okaylah kot.


Tak aci lah kalau bos korang judge korang dengan kerja banyak silap, korang iyer kan saja. Bukannya korang cakap "boss, you don't really know who am I, so don't judge me!".
Confirm esok kena buang kerja.

So, tak perlu untuk aku nak marah orang judge aku. Aku lebih selesa dengar kata maaf daripada mereka. Oh tolonglah. Aku rasa ayat aku berlagak gila. Okay tukar tukar.

Aku akan cuba jauhkan diri daripada orang yang suka judge aku. Masing-masing buat hal sendiri. Elok juga. Dia tak ada dosa, aku tak ada pahala. Aku tak sakitkan mata dia, biar dia tenang. Wee~

Firasat aku ni, aku yang rasa. Aku suka fikir benda yang di luar jangkaan. Tapi aku tak katalah firasat aku ni sentiasa betu. So sebab tu aku lebih suka menjauhkan diri daripada berfikir benda-benda yang tak sepatutnya aku fikir. Makin bertambahlah dosa aku. 

So aku tak tahu patut atau tak aku sarankan perangai aku ni.

Kalau ada orang yang korang rasa dia orang macam pelik sikit dengan perangai korang, maksud aku macam kita buat mereka rasa tak selesa, lebih baik kita jauhkan diri kita daripada mereka dan muhasabah diri. Apa silapnya kita, dan perbaiki diri. Masing-masing boleh fix diri sendiri mana yang kurang, tambah. Mana yang buruk, buang. Mana yang manis, ambil!

Diri kita ni jangan selalu fikir yang kita selalu betul. Kadang-kadang pandangan kita kurang, kita mintalah pandangan orang lain; atau berdoa pada Allah SWT. Ego kepandaian, talent, cara berfikir, firasat semua tu kurniaan Allah SWT. Bila-bila masa Dia boleh tarik balik.


“Maka janganlah kamu mengatakan dirimu suci. Dialah yang paling mengetahui tentang orang yang bertakwa.” (an-Najm: 32)


Ayat ni memang aku tujukan untuk aku pun, sebab kadang-kadang aku ni bukannya suka kena tegur pun. Tambah-tambah lagi dengan member sendiri. Tiba-tiba aku buat muka. Ain tahu la kot perangai aku ni. Tapi tak ada lah merajuk :P 

Aku bila ada orang tegur, dalam marah-marah tu aku tengah pujuk hati aku ni. Tak kan semua benda yang aku buat ni betul? Eh tak mungkinlah. Aku bukan manusia sempurna. Tak salah kalau orang menegur, tapi aku ni kena ambil masa dengan berdiam diri dan hadam semua balik apa silap aku. Minta maaf kalau ada yang kurang selesa dengan cara aku ni.

Panas baran? Oh aku bukanlah panas baran, cumanya aku cepat marah. Wow, aku cepat marah dengan siblings aku je. Lagipun masing-masing cepat marah kot. Tapi kita orang dah biasa dengan perangai kita orang. Kakyu kakmy kakma kakda kakla aku adam intan, masing-masing cepat marah. Kenapa?

Bilamana rumah yang dah cantik dikemas, lantai dah bersih divakum, dapur dah bersih dan teratur, tiba-tiba ada sahaja yang selerak. Lepas makan, lap meja cincai. Nak masuk rumah, tak lap kaki kat pengesat kaki dan menyebabkan habuk ada kat lantai. Tak nak beri kerjasama dalam menguruskan kerja rumah. Itu memang kami tak suka, tetapi kami masih amalkan. 

Kita orang memang sama aliran. So, kita orang dah tak selalu bebel cot cet. Lagi suka melawak ada la. Cuma adik bongsu je yang selalu kena tempias. Well, kalian tahu sahajalah perangai budak-budak macam mana. Aku pun macam dulu kot. Patutlah mak selalu marah aku. Haha!

Aku kalau kat rumah, memang selalu bebel kat adik bongsu aku tu. Tapi lepas marah tu, aku memang bayang adik aku tu mungkin akan jadi macam kakak-kakak dia yang sekarang ni suka melawak bila masing-masing malas, sebab kita orang memang malas waktu bersekolah rendah :P

Aku tak update entry ni untuk nak beritahu 'Cara-cara mengenali tuan empunya blog ini'. No, I'm not. Aku cuma tengah lepas geram. Lol.



I wanna ask apology for those feel not really-comfy with ma post this time. Wewewewewe~

Comments

Popular posts from this blog

3rd Intake ke IPTA(prosedur)

Get To Know About Me #1

Mari Belajar Ruku'.