Amarah dan emosi.

Salam maghrib.

Aku fikir sejenak, post aku yang beberapa jam tadi terlalu negatif dan berdosa. 
Aku dahlah banyak dosa, masih dahagakan dosa free dengan menggerakkan jari jemariku ini sahaja?

Mungkin aku terlalu beremosi. Nauzubillahi minzalik..
Maafkan aku.

Maafkan aku juga sebab yang curious dengan post aku tu, telahpun aku revert kepada draf. Mungkin kali ini aku menarik balik kata-kataku.

Penuh emosi dan nafsu amarah aku luahkan, terus melihat syaitan bertepuk tangan. Itukah aku? Sungguh emosional.

Aku kesal dengan diriku. Sungguh. Walaupun aku bergaduh, ini bukan cara bagi menyelesaikan pergaduhan. Untuk melepaskan aib, bukan di tempat umum. Sesungguhnya aku telah berdosa. Indeed.


Walaupun pertelingkahan ini masih dalam garisan, aku pilih untuk senyap dan tunggu. Tunggu bila dia sudi, atau bila dia ingin menjauhkan diri. Mana-mana pilihan, aku okay kan sahaja.

Aku hanya mampu berdoa agar perkara ini cepat diselesaikan, bukan disebarkan dan diperbesarkan.

"Ya Allah ya tuhanku, kau lembutkanlah hati kami. Kau lembutkanlah hati kami, ya Allah. Kau lembutkanlah hati kami, ya Allah. Allahurabbi. Kau lembutkanlah hati kami, ya Allah.."

Comments

Popular posts from this blog

3rd Intake ke IPTA(prosedur)

Get To Know About Me #1

Mari Belajar Ruku'.