The time.

Hi and assalamualaikum.

Kita tukar kepada 'saya' kejap, boleh? Thanks :)

So, saya tengah cuba nak cabar diri saya untuk memberanikan diri. Dari segi saya berdakwah, dari segi pemakaian saya, dari segi cara saya bercakap, dan dari segi saya cuba memahami keadaan sekeliling.




Saya mulai sedar apabila hidup selepas SPM ni memang cukup ruang bagi saya untuk menambahkan ilmu agama saya. Ya saya mengaku sebelum ni saya selalu spend masa saya dengan menonton kartun(well actually i can't stop until today), baca komik, online twitter facebook, watching videos on youtube, sleep, eating, sleep, termenung and other things instead of learn 'the way life'. 

Saya baru-baru ni baru sahaja menghabiskan 4hari dengan membaca buku Rooftop Rant by Hlovate. Buku ni bagus, bagus juga dengan karya Hlovate yang menjadi kegemaran saya; Versus dan Contengan Jalanan. Isi-isinya diselitkan di mana kadang-kala saya rasa bosan untuk baca, namun saya paksa diri saya untuk membacanya juga. 

"Kalau aku tak baca, sampai bila aku nak baca? Agama tak cukup pengetahuan, sedikit ni pun sudah cukup bagi aku."

Itu sahaja ayat yang cukup untuk kukuhkan diri saya kalau saya malas nak membaca tentang perkara Islamik. Sudah diselitkan, apa salahnya kalau membaca?


Tapi di sini bukanlah saya hendak sarankan baca novel tu(buku tu bagus so silalah baca :P), tapi isinya. Cara Hlovate menyampaikannya. Isi-isi daripada ayat-ayat Quran. Isi-isi cara kita hidup sebagai orang Islam.

Tak ke kalian terfikir; dengan solat, baca Quran, puasa, tutup aurat, semuanya itu. menunjukkan diri kita benar-benar dekat dengan Allah? Tak ke kalian terfikir?

Itu buat saya terfikir. 




Usrah. Masih berpintal dalam kepala, "Macam mana perasaan dan keadaan bila sedang berusrah?" dan banyak lagi yang saya tidak biasa amalkan.

Banyak benda yang 'biasa dalam Islam', sudah menjadi luar biasa bagi kita semua. Contohnya solat di kawasan public. Saya merupakan salah seorang yang masih teruja. Itu perkara biasa, tapi masih luar biasa bagi saya.

Iman saya masih tidak kuat. Saya cuma mengamalkan perkara yang common sahaja bagi Islam. Kenapa? Kenapa dengan melakukan perkara yang wajib, kita dah label diri kita sebagai Islam yang beriman kepada Allah? Walhal pemakaian kita memang menutup aurat, tapi masih stokin tidak disarung, baju ketat, seluar skinny, tudung pendek, seluar ketat, tudung berbonggol? Masya-Allah. Kenapa?



Mungkin kita perasan semua benda ni. Contohnya macam saya. Saya masih lagi mengamalkan perkara yang wajib, tetapi tingkahlaku saya memang sudah terumbang-ambing. Masih violent in temper. Masih. Ini ke yang dapat saya buktikan yang saya ini memang sudah cukup faham Islam yang sebenar?

Well I guess, am not.



Masih banyak lagi yang belum saya terokai.
Masih banyak lagi yang belum saya fahami.
Masih banyak lagi yang belum saya 'cuba'.


Saya akan cuba cabar diri saya. 
Give me time, to think.
To think, to practice, to survive; to Jannah.


Way of Islam, bukan dengan melakukan perkara yang sudah general dalam Islam.
Ilmu Islam terlalu banyak.
The introduction pun kita tak khatam lagi.


Save me, O Allah

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

3rd Intake ke IPTA(prosedur)

Get To Know About Me #1

Mari Belajar Ruku'.