Mari Belajar Ruku'.

Aku kan, hampir sepanjang aktiviti menarik harian aku yang berkait dengan pahala dosa selalu aku target untuk update di blog. Selalu. Sepanjang masa.

Solat, update blog.
Makan, update blog.
Vakum lantai, update blog.
Sidai kain, update blog.
Mak berhujah panas, update blog.
Pakai tudung, update blog.

Selagi aku tak share benda menarik, selagi itu aku selalu ingatkan baby blog aku ini. Memang wajib.




Ruku'.


Tiada hubungkait yang boleh aku kaitkan. Aku ini random.
Sewaktu menunggu maghrib tatkala buang masa di hadapan televisyen rumah Kakyu, aku cukup bosan dengan menonton semua saliran. Dari HBO, Fox, AFC, One HD, Disney, Ria, Oasis dan sewaktu. Aku alihkan jariku. 'tv1 pun bolehlah.'

seingat aku la, itu rancangan agama. Aku lupa nama pakcik tu, tapi dia baru mula siaran.

"chantek."

Oh, macam tu juga nak tambah pahala sewaktu Ruku'. Masya-Allah rakan-rakan, dengan ruku' sahaja pahala Allah berikan. Begitu pemurahnya Allah SWT. 


Ruku' bentuk L.






  • itu sebab aku macam woww sedikit. Tapi macam logik juga. Aku selalu buat andaian; kalau waktu ruku' tak tunduk sangat, nanti Allah kata aku tak ikhlas solat. Kalau tunduk sangat, over pula sakit urat aku.



"apabila kita ruku' itu, haruslah sedang-sedang sahaja. Tidak terlalu tinggi, dan tidak terlalu rendah. Ibaratkan sewaktu ruku' itu, ada cawan di belakang badan kita. Pastikan kedudukannya stabil. Tidak terlalu condong di mana-mana arah. Insya-Allah.."


Hadam. Faham. Pahala bakal diterima, insya-Allah.



Jarak jari-jemari pada lutut.

  • Yang ini ada gender; semestinya Lelaki dan Perempuan. Bagi sang pujangga pencinta wanita, disunatkan jarang-jarangkan jari-jemari di lutut sewaktu ruku'. Bagi cik adik manis, disunatkan rapat-rapatkan jari-jemari ala-ala nak kahwin gitu.


Toma'ninah.

  • Aku memang sudah diajar ustazah sewaktu bersekolah dahulu. Seumpama dengan; tunggu sekejap. Ibarat lepak for 2-3seconds, then 'Allahuakbar'. Sebenarnya toma'ninah ini WAJIB tau. Kalau tak lepak, batal solat kita. Itu rugi dan sayang. 
  • Toma'ninah ni ekceli wajib untuk semua pergerakan baru. Maksud ana, sebelum ruku' kena toma'ninah. Nak diri tegak balik kena toma'ninah. Nak bangun sujud, antara dua sujud, berdiri semua kena toma'ninah. Faham kan? Harap faham ;)
Ini aku ada kopi pasta daripda blog Koleksi Soal Jawab Solat. Syukran.

--------------------------------------

Ulama Hanafi membezakan antara perkara wajib solat dan perkara yang fardhu. Perkara yang fardhu adalah merupakan rukun solat yang tidak sah solat kecuali dengannya. Adapun perkara wajib adalah perkara yang tidak membatalkan solat jika meninggalkannya tetapi mesti melakukan sujud sahwi.

Imam Abu Hanifah dan Imam Hasan Syaibani telah meletakkan toma'ninah semasa rukuk dan sujud sebagai perkara wajib dalam solat dan bukan perkara yang fardhu yang boleh membatalkan solat. Ini seperti yang diriwayatkan oleh al-Karkhi.

Dan Abu Abdillah al-Jurjani pula menyebut bahawa toma'ninah hanya sunat dalam Mazhab Hanafi sehingga tidak perlu sujud sahwi bagi mereka yang meninggalkan toma'ninah kerana terlupa.

Namun begitu, Imam Abu Yusuf yang merupakan murid kanan Abu Hanifah berpendapat toma'ninah adalah perkara fardhu solat. Yang bermakna solat tidak akan sah tanpa ada toma'ninah.

Perbezaan ini adalah kerana perbezaan mereka dalam memahami hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah:

Bahawa Rasulullah Saw. masuk ke dalam masjid dan seseorang mengikutinya. Orang itu mengerjakan solat kemudian menemui Nabi Saw. dan mengucapkan salam. Nabi Saw. membalas salamnya dan berkata,"Kembalilah dan solatlah kerana kamu belum solat." Orang itu mengerjakan solat dengan cara sebelumnya, kemudian menemui dan mengucapkan salam kepada Nabi Saw. Baginda pun kembali berkata, "Kembalilah dan solatlah kerana kau belum solat." Hal ini terjadi tiga kali. Orang itu berkata, "Demi dia yang mengutus engkau dengan kebenaran, aku tidak dapat mengerjakan solat dengan cara yang lebih baik selain dengan cara ini. Ajarilah aku bagaimana cara solat. "Nabi Saw. bersabda, "Ketika kau berdiri untuk solat, ucapkan takbir lalu bacalah (surah) dari Al-Quran) kemudian rukuklah hingga kau merasa tenang (toma'ninah). Kemudian angkatlah kepalamu dan berdiri lurus, lalu sujudlah hingga kau merasa tenang selama sujudmu, kemudian duduklah dengan tenang dan kerjakanlah hal yang sama dalam setiap solatmu." (H.R Bukhari & Muslim)

Bagi mereka yang mewajibkan toma'ninah berhujah dengan hadis ini yang menyuruh mengulangi solat yang tiada toma'ninah.

Adapun mereka yang tidak mewajibkan toma'ninah juga berhujah dengan hadis ini lerana tidak menghalang orang tersebut dari terus bersolat tanpa toma'ninah dan tidak memberhentikan solat tersebut. Jika solat itu sia-sia sudah tentu akan dilarang dan tidak dibiarkan dia bersolat. Kerana solat yang sia-sia mesti terus diberhentikan.

Mereka juga berhujah dari ayat Al-Quran:

يا أيها الذين آمنوا اركعوا واسجدوا

"Wahai orang-orang yang beriman rukuklah dan sujudlah kamu"(22:77)

Hujahnya ialah ayat ini menyuruh rukuk dan bersujud. Rukuk dari segi bahasa ialah menundukkan diri dalam bentuk membongkok dan sujud pula meletakkan kepala ke bumi. Jika seseorang telah melakukan itu maka dia telah telah menepati maksud rukuk dan sujud. Sesuatu perintah itu telah selesai apabila dilakukan apa yang disuruh tanpa perlu kekal dalam keadaan itu.

Imam al-Kisani menjelaskan bahawa yang benar adalah apa yang disebut oleh al-Karkhi iaitu toma'ninah itu wajib dalam Mazhab Hanafi, jika siapa meninggalkannya mesti bersujud sahwi. Bahkan Imam Abu Hanifah menyatakan makruh bagi orang yang meninggalkan toma'ninah sehingga beliau berkata: "Aku khuawatir tidak sah solat sesiapa yang meninggalkan toma'ninah."(rujuk Badai3 as-Sona3ik: 2/143-145)

-----------------------------------------------

Aku share tiga perkara yang umum, tapi itu untuk knowledge aku juga sebab aku pun memang masih boleh dianggap buta dengan agama. Banyak lagi aku kabur dan tidak jelas. 




Comments

Popular posts from this blog

3rd Intake ke IPTA(prosedur)

Get To Know About Me #1