Dilema yang kuat.

Masih.
Sampai sekarang aku masih.

Aku masih terkejut dengan keputusan SPM aku; BM.
Aku masih. 
hari Khamis sudah berlalu, tapi aku masih.
Masih.

Acap kali aku pujuk hati aku, acap kali wahai pembaca.

Sewaktu aku menaip ini, aku bersandarkan lagu yang dipasang pada kenduri yang berhampiran.
Lagu yang sealir dengan jiwaku.

Pasang kuat-kuat!



BM aku tidak dapat A.
Susah sangat ke untuk aku terima benda tu? Aku masih tidak faham mengapa aku harus bersedih. Aku bersedih kala aku keseorang, aku bersedih kala rakan-rakanku seronok dengan keputusan mereka. Aku bersedih, bersedih. 

Susah sangat ke untuk aku terima?


Ya, kau kata aku over "gediklah. Orang lain lagi teruk daripada kau."
"Kau tak reti bersyukur ke?"
"Over!"

Kau blah.


Maaf aku kurang sopan tapi,

masih,

KAU BLAH.

Kau pujuklah aku macam mana pun, aku masih akan sentiasa dengan pendirian aku; aku sedih. Aku rasa tidak perlu untuk bandingkan aku dengan orang lain. Aku ni somebody ke? Aku ni aku, adalah diri aku.

"Kau faham tak kau bukannya dapat teruk??"

Aku tak perlu faham, kerana aku sudah faham dengan gred aku itu.Kali terakhir aku melihat result aku ialah pada hari Jumaat. Pedih untuk aku pegang, pedih untuk aku melihatnya. Pedih. Maaf, aku bukannya riak tetapi aku cukup sedih. Rezeki aku bukan A.


Tamparan yang buat aku terasa sakitnya hingga sekarang ialah kata-kata Cikgu.Rahman terhadapku selepas memberikan keputusanku;


"Kila!!! BM kamu B!" -muka sengih mengeluh.

Aku sekadar tersenyum, tetapi hatiku menangis.

Aku beritahu rakanku tentang keputusan BM ku, sewaktu mereka semua sedang asyik dengan keputusan mereka.

Masih senyum-

"Weh, tahniah dengan result kau!"
"Kau berapa A, Kila?"
"4A je, tapi BM aku B..."
"Waaahhh tahniah! Syukur tak?"

Aku diam untuk 3saat. Senyum.

"Ye, aku syukur.."

Sekarang;

AKU BODOH.

ya masih, AKU BODOH.

Dan jika kau kata aku bodoh sebab tak reti bersyukur, jangan buat aku kata kau pun turut bodoh, blah.

Aku bodoh sebab aku tipu diri sendiri.
Itulah kebodohan diri aku.


Bila ada orang nasihat aku "kau dah buat yang terbaik,"
"You do the best, you get the best."

Dalam kepala hotak aku cuma; 'ooo maknanya aku tak buat yang terbaiklah?'


Bila orang cakap ada hikmah, aku rasa aku syaitan bertopengkan manusia apabila kepala hotak aku bersuara; 'ini bukan hikmah. Ini adalah balasan jahat aku. Aku memang jahat. tidak kira jahat sebelum atau selepas.'


Dan aku; 'Keputusan aku macam ni bermotifkan dua kemungkinan- sama ada perangai aku sebelum ini, atau selepas ini.'


Bila aku  ungkit yang sebelum, ya aku akui. Aku terlalu tidak baik. Jahat. Banyak dosa yang aku telah lakukan.

Bila aku soalkan selepas ini, maksudku mungkin aku terlalu menyalahkan diriku dan tidak bersemangat. Jujurnya ya, aku memang cukup tidak bersemangat. Aku tidak suarakan penyesalan kerana aku tahu, sudah terlambat. Maka aku sudah lama tolakkan perasaan penyesalan dalam diri aku.


"Kau tak menangis ke?"

Sudah banyak kali aku menahan. Banyak kali. Buat apa aku harus menangis akan takdir yang tertulis? Buat apa?? Aku seharusnya menangis pada yang bakal atau mungkin sesuatu yang menyentuh perasaanku. 


Kau manusia yang tidak tahu bersyukur. 
Akukah itu?

Aku kecewa dengan diriku. Aku tidak lakukan yang terbaik. Aku berasa malu untuk berhadapan dengan guru-guruku. Aku sangat kecewa...

Kecewa = tidak bersyukurkah?

Akukah itu?

Aku kecewa dan terasa amatlah jauh dari perasaan seronok apabila ramai berkata kepadaku ayat berupa 'rugi'.

"Sayangnya dapat 2B+. Kalau tak dah 6A dah.."
"Sayangnya.."
"BM ang dah okay dah, tapi kenapa?"

Sayu hatiku. Cukup buat aku pedih menahan air mataku. Walaupun aku berkata 'rilek laa', itu pujukan suara hatiku. Aku pujuk hatiku supaya tidak menangis akan takdirku. Setiap malam, setiap masa aku berseorangan, setiap masa aku fikirkan masa hadapanku, setiap masa aku nampak perkataan 'tahniah' dan 'result', AKU BERSEDIH.

Aku bersedih. Susahnya menahan air mata hingga hingus yang berlagu, tetapi tiada air mata yang mengalir..

Setakat ini aku menolak untuk terima sebarang nasihat. Aku menolak. Aku tidak terima nasihat. Aku tidak tahan sedih hinggakan aku mesej guru kaunselingku. Kata-katanya serba sedikit memberikan aku setitik semangat.

Cukuplah kata-kata cikgu yang boleh memujuk hatiku sewaktu aku sedih. Menjadi rutin bagi aku membaca mesej-mesej cikgu sewaktu aku bersedih.



Jujur, aku boleh ketawa. Aku boleh bergurau, tapi dalam hati aku.. kesedihan melebihi kegembiraan.

Aku bersyukur, setakat ini aku boleh bergurau, ketawa, senyum. Aku bersyukur.
Aku bersyukur kerana pembunuh result, tidak merosakkan keputusanku.
Aku bersyukur kerana subjek yang aku tidak pernah sekali mendapat atas daripada E, akhirnya aku atas pagar.
Aku bersyukur kerana subjek yang tidak pernah aku dapat A, akhirnya A- yang aku genggam.
Aku bersyukur kerana subjek yang atas pagar, akhirnya C yang aku terima.

Tapi..?

Suaraku, pendapatku; boleh dibahagi dua.

Bersyukur dan meraung. Meraung untuk BM dan RC. Meraung kekecewaan..
Hanya kerana BM aku tidak A, tertampar juga apabila aku tidak dapat mohon beberapa bidang di IPTA. Ketara yang teramat.

Tapi, Allah SWT memberikan kelegaan yang boleh memujuk hati aku ini seketika. 
Bidang yang aku mahukan, masih boleh aku mohon. Boleh...

Tapi lagi, layakkah?

Comments

  1. #bila masa dah berlalu pergi , suatu saat kau akan rasa SPM is nothing . SPM hanyalah permulaan kepada kehidupan kau .

    aku tak tahu lah komen aku ni kau dpt bace ke tak . sebab sebelum ni aku try hantar komen tapi tak boleh .. so , aku try je lah hantar komen nih ..

    Trust me kila .. Memang kau akan fikir masa depan kau macam dah terancam . Tapi ade banyak lagi pintu rezeki yang terbuka untuk kau ., Insyaallah . Aku bukan lah baik sangat nak bg nasihat ni , tapi itu ape yang aku fikir dan ape yang aku sematkan kat dalam hati ..
    #Ni memang ayat untuk sedapkan hati ~
    hee .

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

3rd Intake ke IPTA(prosedur)

Get To Know About Me #1

Mari Belajar Ruku'.