Pendosa dan Taubat.

ASSALAMUALAIKUM =)

What's up, guys? 
Good day, everyone.

Hmm.. Aku rasa aku dah ada banyak post yang aku tak post, semua kat draft. Kenapa? Sebab err korang tau lah aku ni dahlah tak ada pendirian, idea datang bergolek. Tapi bila menaip separuh jalan, gua tiba-tiba freeze for 30seconds untuk refresh balik otak aku ni. Akhirnya, aku biarkan dulu.

'nanti dah ingat baru taip balik.'

Dan akhir-akhirnya, aku memang tak ingat langsung dan ada banyak  post kat draft tu. Lulz ;p


So, engkorang sihat? Amacam bagi yang ambil result STPM semalam? Tahinah buat semua. Sama ada result memuaskan hati korang ataupun kurang sedikit, korang kenalah yakin bahawa ada kejayaan dengan korang........... dengan bersyukur kepada Allah swt dan berusaha. In-sya-Allah.

Before apply UPU tu buka lama web imascu tau :3

Makanya, result SPM pula will be announce lusa; 21st March 2013, Wednesday -10.00am. 


Hey, this is keraizi! I gabra you know =(

Tambah-tambah lagi bila Sapiqah dan Ila asyik pressure aku dengan 'weh result' 'weh result' 'khamis' 'gudlak ;p'

Forever aku gabra la macam ni. Wuhu~

Semalam waktu tengah sembang dengan kakmy kat telefon, macam matngok je nak mulakan isu yang boleh buat aku gabra.

"eiii age lantak hang age. Dahlah result SPM khamis minggu depan,"
"Chillar party. Khamis ni. Ahak ahak ahak."
"Khamis ni? Eii ageee..."
"Rilek dah aa,"

Kita kena rilek je weh. Kalau gabra, semua benda kita buat dengan mata tak percaya. Tapi waktu cakap ngan kakmy tu, aku genggam baju aku. Haha! Aku kena cool :P


Keputusan SPM hari Khamis ni. Mari menangis keterharuan!!!!! Lulz.

Banyak juga mesej yang masuk suruh banyak baca Surah =) thanks a lot.

Tapi ingat ya rakan-rakan, kita kena amalkan baca 3qul, ayat Kursi dan Al-Fatihah tu setiap hari. Baru hidup rasa aman dan tenang =)

Aku tak reti nak cakap cemane la. Haha.


Tapi aku cuma nak cakap dan harap,

Banyakkan solat sunat Hajat *paling kurang sekali sehari*, Baca Quran, baca Surah-Surah pendek yang senang dihafal dan boleh dibaca di mana sahaja anda berada, Selawat, kalau bosan boleh Berzikir, dengar Ikim.fm ke hehe. Ikim.fm tu setiap malam Jumaat ada bacaan Yassin. Aku pernah sempat buka sekali je. Yang lain tu macam tak sempat, and asyik terlupa nak buka. Lulz. 

Aku cakap semua ni pun untuk diri aku juga. Tak semestinya benda yang aku suruh korang buat ni, aku kerap buat. Amalan aku ni, aku tak tahu either diterima oleh Allah or sebaliknya. Taubat aku ni diterima ataupun tidak. Penyesalan aku ni diterima ataupun tidak. 

Aku tak lari daripada melakukan kesalahan, kesilapan, dosa-dosa kecil, dan dosa-dosa besar.
Aku tak lari dari semua itu.
Aku juga sinner.
I'm the culprit.

Ceh.. Yang aku mampu, bertaubat dan menyesal pada saat-saat terakhir. Sempat ke?
Lepastu, masih mengulangi lagi. Tu lah diri aku. Tak baik pun, masih jahat.

Pada hari aku menyesal, aku masih lagi dalam tanda-tanya.
Sama ada itu 'coincidence' seperti doa hari itu ataupun.. Wallahualam.

Kan haritu aku usik soal Doa, dan aku terbuka radio yang sedang berceramah soal Doa juga.
Turut, soal taubat juga yang aku dengar baru-baru ini.

Ada tiga perkara yang kita kena ingat jika kita nak bertaubat;

  1. Mengingati betapa buruk dan kejinya dosa yang telah kita lakukan.
  2. Mengingati pedihnya azab Allah pada akhirat kelak, dan juga azab kubur.
  3. Sentiasa ingat bahawa diri kita ini sangat lemah, kerdil & tak mampu berhadap dengan azab kelak.
Gerakkanlah hati kita ke jalan Allah SWT. Banyakkan bersedekah, kuatkan iman. 

Aku tak tahu nak kuatkan iman macam mana, sebab iman aku pun masih longgar. Nauzubillah hi minzalik.

Korang tau tak apa itu taubat?

Orang yang ingin kembali ke jalan Allah SWT = menyesal = taubat.

Dosa ni kan ada 3 jenis;

  1. Kerana tinggalkan perintah Allah SWT.
  2. Dosa/tidak menjaga perhubungan kita dengan Allah SWT(melakukan perkara yg dilarang Allah).
  3. Dosa/tidak menjaga perhubungan kita dengan sesama hamba-hamba Allah SWT(hutang, kehormatan diri, agama, dsb).
So, kalau kita nak bertaubat, kita kenalah jarak-jarakkan diri kita dengan 3 jenis tu. 


Tak senang untuk mengubah diri kita, tapi kita kena ingat juga;
Tak susah untuk kita mendapat keredhaan Allah SWT.

Korang tahu tak, Allah tu maha Pengampun? SubhanaAllah..

Aku pun banyak dosa ni. Aku harap aku tak tersalah jalan dalam hidup aku. Aku doakan korang semua berjaya dan diberkati Allah SWT. 


Isk. Aku taktau buat penutup.
Maal Salamah~

Comments

Popular posts from this blog

3rd Intake ke IPTA(prosedur)

Get To Know About Me #1

Mari Belajar Ruku'.