Pesan mak kepada janggut Udang.

Assalamualaikum.

Petang tadi agak kalutlah juga sebab mak nak kena prepare untuk jamuan esok. Kat JPN aras sepejabat mak, ada jamuan. Mami i la masak sebab lagipun mereka nak buat doa selamat kat abah omey :3

Abah is my abah omey yang main tempat exercise jantung tu. Kehkeh. tunjuk kat aku tinggi mana abah sedut, punya duk sedut napaih tinggi.

"Nah, cuba la! Biar abah tengok hang buat pulak,"
"Eh mana boleh. Kuman mulut age ni hah.."
"Mana ada kuman. Nah try.."
"Tak bolehlah, abah. Kuman banyak kat mulut age. Cium bubu lagi,"

Teruskan 'perjalananku' ke dapur, mak minta tolonglah kan.. Gua tolonglah. Hak'elaaa..


So, aku nak usik masa aku potong janggut-janggut encik dan madam udang besar tadi. Aku biasanya akan pegang janggut tu dan kemudiannya barulah aku gunting. Satu persatu aku buat. Lagi cepat, lagi bersih daripada kena pegang badan udang tu, pehtu nak kena pegang lagi. Aiyoo..

"Lambatnya hang buat kerja, age. Macam ni sampai pukul 10 la tak siap.."
"Hmm.."
"Toksah duk pegang janggut tu. Lambat! Pegang badan terus, gunting. Cepat!"

Ei cara tu lambat. Seriously kalau korang jadi aku pun, korang akan buat cara aku. Bersih dan teratur.

Tapi aku terasa nak cabar diri aku dalam hal ini. Aku nak ikut cara mak aku suruh tu. Kata-kata mak kita ni memang ibarat satu doa. Mak berdoa. Tidakkah kita yang tahu bahawasanya mak kita sedang berdoa terhadap kita, dan kita tidak berusaha untuknya?

Maka, aku berhenti pegang janggut. Pegang badan udang, gunting janggut udang comel itu. 


Alhamdulillah, aku buat kerja tu sekejap je. Dua plastik pula tu. Aku dulu kalau pegang janggut, memang makan masa yang lama. Ni siap cepat pula. 

Aku tersenyum..

'Betul lah.. Benda baik kita dengar, benda baik kita buat, benda positif yang kita akan dapat,'

Itu je yang ada dalam kepala aku. Aku repeat banyak kali ayat tu. 

Benarlah..

Dengar cakap mak, insya-Allah dipermudahkan oleh Allah SWT.
Kalau mak tak bagi, aku memang turutkan.
Kalau mak bagi, aku horay sana sini.
Kalau mak tak bagi, aku dari awal tidak pinta.

Aku jarang sekali minta mak aku itu ini. Yang ada pun sekadar menggedik, barang untuk keperluanku juga.

Jika aku minta benda yang fulamak pun, aku akan buat sesuatu yang menggembirakan mak aku sebelum aku pinta apa-apa.

Mak memang dah didik kami adik-beradik untuk 'berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian. Bersakit-sakit dulu, bersenang-senang kemudian' .

Teringat juga masa Kakla form3 dulu. Mak pegang handphone dia waktu exam sebab mak nak kakla focus in her studies. Kakla dulu gila handphone. Memang meroyanlah dia. Tapi dia still study hard sementara penghalang study tu mak dah rampas. And alhamdulillah, she got 6A's in her test dulu. 

Aku pun ada juga. Mak memang suka bab pegang handphone ni. Peh.. Tapi bila difikirkan balik, apa je yang ada kat handphone aku tu kalau setakat mesej dengan rakan-rakan sekelas yang aku boleh jumpa esok hari? Kahkah.


Konklusinya, aku tak cakap aku ni anak yang berjaya. Aku sedang mencuba. Masih.
tapi tuntasnya mak aku adalah sebagai pemangkin kami adik beradik. Mak dan Abah are our catalyst. Ambik kau.


Pesan aku cuma;


Dengar cakap mak. 
Jangan bantah apa yang mak cakap. 
Flow with mum, if she said 'NO' then aku pun flow sekali dengan mak, dalam kepala aku is 'NO'. 
Kalau mak cakap 'itu', korang kena sayang 'itu'.
Dengar cakap mak.



Itu je.

Insya-Allah hidup kita diberkati Allah SWT =)
Insya-Allah..
Ohya korang,
doakan kesihatan abah saya, ya? Cayank kowangz!


p/s: result SPM lagi 12 hari. Aku tak sabar nak jumpa teachers, classmates ramai-ramai. My girls espcially and also my geng gersang. Wakaka! 

Comments

Popular posts from this blog

3rd Intake ke IPTA(prosedur)

Get To Know About Me #1

Mari Belajar Ruku'.