Ingat diari ke?

As-salam. Hari ni hari Isnin dan bertarikh 21November 2011. Tarikh kat blog saya ni lambat sehari, maaf ya. Bangun pagi, gosok gigi, bla.. blaa. Aku kalau bangun pagi ni, mesti ke dapur dulu. Tak ikut adat lagu tu dah. Alahhh, normal lah tu. Mak ada masak kuah durian untuk saya dan orang adik saya yang macam belangkas sedang bergaduh. Asyik gaduh dikala bosan. Mak buat pancake, eh yeker ejaan tu? Pengkek je senang tafsir. Mak buat pengkek, cicah ngan kuah durian. Macam biasalah, sedap. Macam tak tahu je mak, masak tu dah memang thumbs up lah. Adik-adik saya bangun-bangun tidur terus tengok tv sambil makan. While me, bangun tidur terus pergi dapur then makan. Pehhhhhhhhh anak dara zaman sekarang, beginilah hidup. Serba pengotor, macam aku. Ehh pengotor ke? Pemals aje lah. Alahh chill lah. Saya tidur pukul 3am. Bangun after beberapa jam tidur. Sama je macam korang tidur petang. Korang makan, ada gosok gigi time petang? Jarang ak dengar. Alahhh yang salah, tetap salah. Fulsetoop.

Sambil makan, sambil tengok tv. Suruh adik bawa turun gitar, tengok komputer. Dah lah window XP, pepahamlah kelajuannya macam mana kalau bila buka laman sesawang yang agak berat kapasitinya. So, buka tabs jelah. Belajar lagu Count On Me and Fall for You. lagu ni pernah main, tapi main macam tu jelah. Tak hafal chords, lupa strumming. Ni nak struggle balik. Ecececee. Suara aku pun lari. Ah lantok. Janji aku puas bila dah tahu main plus strumming. Bab ingat chords ni memang agak susah sikit. Almaklumlah, saya ni pelupa orangnya. Sebab tu dalam pelajaran pun kantoi. Then, mak call. Katanya suruh masak nasi goreng untuk adik-adik tersayang. Mak dah memang pesan pun semalam. Yelahh, yelahh. Aku kan pelupa, tapi bab memasak ni aku jarang lupa sebab aku suka masak walaupun tak pandai masak.

Cili banyak for those nak cirit-birit, bawang merah + bawang putih 2-3ulas, belacan satu sudu teh, air sedikit, then kisar bersama. Air tu jangan sikit, pastikan setaraf tinggi dengan bahan-bahan itu. After blander, masukkan dalam kuali yang dah ada minyak panas secukup rasa(pun ada) Then letak kunyit sikit, garam secukup rasa. Agak-agak bahan kisar tu dah masak(lepas tengok minyak ke atas), masukkan nasi. Masukkan sayur-sayuran yang korang suka, kalau saya, saya suka kangkung. Malangnya, kangkung takde. So, tak letak pape -.- tapi, kalau letak kacang panjang pun sedap. Tapi kena habiskan cepat nasi goreng tu, nanti basi :) Haaa letak telur beberapa biji(secukup rasa? Pun boleh). Dah, makanlah korang. Aku pun taktau sedap ke tak. Tapi adik cakap, sedap+pedas. Nahh rasakan.

Adik-adik dah tolong sidai kain, rajinnyaaa. Padahal? Bergaduh nak bahagi kain. Apa lah nasib. Rumah tak vacuum lagi dan sekarang pukul 4.23pm. Mak balik pukul 5pm, but usually sampai rumah 5.30pm. Tapi hari ni mak outstation. Entah balik awal, aentah balik lambat. Berdebar pulak. Dan saya di sini nak buat pengakuan yang saya officially belum mandi. Sangat pemalas. Tahu update blog, online FB, watching youtube, makan, tidur pura-pura(malas nak buat kerja) etc.

Ok, nak mandi dan vacuum. Wahh poyo pulak nak bagitahu kann. Macam rajin. Ok, adios amigos cokelat sugus sedap. As-salam.

Comments

Popular posts from this blog

3rd Intake ke IPTA(prosedur)

Get To Know About Me #1

Mari Belajar Ruku'.