Pagi ^^

As-salam.

"Age, jangan lupa kunci gate. Abah nak pergi dah ni," said abah to me. "Ok. Boiiii!", comel kan aku? amehehehe :P Abah dah beli idlii untuk saya dan Adam. Ya, dah dua hari tak ke sekolah dan saya rasa macam 'arghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh' sebab tak dapat nak meluangkan saat-saat terakhir saya bersama rakan-rakan saya. *cehh ayat macam maut tengah beratur nak jumpa aku je. Untuk tahun ni lahhh(sambungan ayat) :P. Adam demam, dan saya sebagai kakak mikari haruslah jaga dia. Kalau tak pagi tadi Adam nak pergi sekolah dah. Nyanyuk gaknya adik lelaki aku sorang ni.

"Adam, ang nak pergi sekolah ke?" Tanya aku buat muka terkejut tengok dia dah tanggal seluar nak ambil tuala. Hahaha

"Ha'ah. Adam nak ambil results UPSR," pehtu dia senyap kejap then dia tanya "Ehh kakge, harini hari ape?"

Aku dengan muka ngantuk bodoh menjawab, "Harineh hari rabu lah Adam oii. Ang nii..."

Yeahh, dats my bradar. Almost a week tak pergi sekul, dah nyanyuk gamaknya sampai tarikh pun terpaksa kejar dia. Adam adam. Oh ya pembaca sekalian, minta restu doa kalian mendoakan adik saya, Adam memperoleh keputusan yang cemerlang dalam hidupnya. Amin. Dan juga minta restu lagi sekali mendoakan kakak-kakak 'tersayang-kesayangan-disayangi-menyayangi' saya iaitu kakla(form5) dan kakda(form6 year2) yang sedang menghadapi daddy SPM dan bakal menghadapi granny STPM. Doakan mereka agar banyak idea, tidak mudah lupa, dan sentiasa tawakal terhadap Allah. Insya-Allah. Amin. Dah, jangan nak teharu sangat. Yang penting, kakda dah janji nak belanja domino's pizza and kakla yang ada hutang rm6 beli cokelat kat Langkawi dek kerana tak cukup duit di saat-saat terakhir dua tahun lepas(pun nak cerita).

Hari ini saya rasa macam bahagia(jiwang satt). Dengar lagu jiwang(daripada blogger tertentu), dikelilingi dua gitar yang setia dengan saya, kesian gitar lagi satu. terperap kat dalam beg. Maaf, nanti age beli tali untuk gitar yaa. Kamu tak sedap dimain, sakit jari tekan tali. Besau bonarr. Beserta dengan telefon bimbit sony cokia dan segelas teh berasap-tipu di hadapan skrin komputer ini.

Apa yang bahagianya? Entah saya pun tak tahu.

Kain dah sidai, rumah tak vacuum lagi. Alahh chill je, mak balik pukul 5.30petang. Nanti 5.20pm baru vacuum(jangan amalkan) joking je awak. Nanti kite vacuum. Oh jap nak panaskan nasi. *memang away 1minute ke dapur jap. Ok dah panaskan. Kuah yang mak masak tu tak panas lagi. Nanti abah balik baru dipanaskan. Haiihh ini lah kerja saya tiap hari persekolahan, jadi surirumah "kadang-kadang bergaji, kadang-kadang tak" sejak mak dinaikkan pangkat ke JPN sebagai Pegawai Pendidikan. Give a big clap! Eh kalau 'a', macam sikit je orang tepuk. Ok tukar ayat. Give a lot of big clap to my momma! Yeahhhhh.

Yang buat saya tak sedap hati, member kat sekolah. Kesian mereka. Yelah, saya tak hadir. Mesti sunyi je kelas tu :( *betul ni. Selalunya saya yang paling kepoh kat dalam kelas masa cikgu tak ada dalam kelas. Sehinggkan kawan-kawan saya tak boleh muram dengan saya, asyik lebarr je mulut tu naik ke atas. Set gigi termahal pun ditayangnya, berlagak. Cehh. Jangan percaya sangat cakap saya ni, saya kelentong je. Hehehe :P

Motif entri ini, tiada sebenarnya. Saya cuma ingin luahkan perasaan saya. Saya sebenarnya nak ke sekolah, nak bersembang ngan kawan, melencong sana-sini. Yelah, next year ada daddy SPM yang akan kongkerkingkong hidup saya. So, saya nak belajar rajin-rajin. Saya taknak main dah(bukan taknak main gila-gila). Yelahh, SPM penentu masa hadapan saya. Saya taknak kecewakan ibu bapa saya. Hampir juta kasih-sayang-peluh-duit yang mereka dah berikan. Takkan saya nak balas dengan keputusan yang ada warna iras-iras darah? Tak ke seram? hahaha. Buat classmates saya, saya doakan kalian turut sedar bahawasanya kita ni merupakan serbuk penaik nama sekolah selain kelas 4SI dan semua. Jangan hampakan mereka. Ehh betul ke apa yang aku taip ni? Aku ni kejap je sedar. Lepas ni, membuta juga. Buku je yang pandai. Elehh buku memanglah pandai, dah dia yang tanya kat en.Jawapan kat muka surat belakang atau tengah-tengah tu. Haii, diriku. Rajinkanlah dirimu. Amin. Insya-Allah =)

Comments

Popular posts from this blog

3rd Intake ke IPTA(prosedur)

Get To Know About Me #1

Mari Belajar Ruku'.