Syukur, Alhamdulillah :)

As-salam. Ok, akhir tahun ini saya ada gagal 2 mata pelajaran iaitu biology dan chemistry officially. Saya dah check dekat sap.moe.gov untuk menyemak kedudukan saya dalam kelas nahupun tingkatan. Mahupun, bukan nahupun. Nahu tu macam nahi mungkar lah pula. Malas nak padam. Pepandai megkemeleiiii. Ok nak serius jap kat post ni.

Saya tahu alamat web itu melalui seorang blogger kawan saya. Saya boleh menyemak keputusan peperiksaan saya melalui laman sesawang kerana peperiksaan akhir tahun adalah selaras soalannya bagi tingkatan 4 di Perak :) Boleh cekedaut kat laman ni lah. erhh aku pun taktau ape aku merepek. Cekedout juga result aku ni. Surely, ADA GAGAL. No regret because its too late. Just move on, and make the new book to improve your 'regret' be a positive things ever. perhhh ayat.

Saya bukan nak bangga pasal ke-GAGAL-an saya tu, tapi kalau nak diperhatikan, cehh diperhatikan. Ayat tak boleh blah lg. Kalau korang baca entri sebelum ni, saya nak masuk top10. Dan syukur alhamdulillah saya dapat nombor 9. 1st of all, jom jerit! Arghhhh! Saya tak pernah dapat top10 :') syukur alhamdulillah. Memang saya menjerit tadi. Walaupun keputusan saya memang teruk, tapi apa boleh buat. Itu bukan SPM, chill lah ;D Walaubagaimanapun, saya rasa seronok dengan kedudukan saya dalam kelas mahupun tingkatan :D syukur sangat sangat. Nanti nak check balik buku, how to solat syukur. Gila lupa, dah lama tak buat agaknya. Astaghfirullahal'azim.

Perhatikan gambar itu betul-betul. Ceh macam nak tunjuk gambar hantu je. Hahah. Perhatikan, agama saya dapat A-. Betul ke? or haritu saya salah kira markah? Thank you, ustazah yang comel bagi saya A-. Alhamdulillah, 3A tapi ada 2G. Kimia dan biologi, saya sayang kamu berdua. Nanti kita sama-sama belajar ok? :D

Keseluruhannya, saya gembira tak terkata. Esok mak kena datang sekolah. Cikgu saya nak tunjuk keputusan peperiksaan saya. Yeayeay. Chill je, sebab saya dah bagitahu yang saya gagal kimia. Bio tu, mak saya tahu yang saya bukan jiwa science ;)

Nak tahu cemane saya bagitahu pasal kimia saya failed tu kat mak saya? Macam ni. Saya cerita kat mak yang saya kena puji dalam kelas, saya dapat markah fizik 30/40 dalam paper 2. Yelah, highest pun 32/40. Itupun budak pandai je tau yang dapat 32/40 tu. Perghh, bangga siot kau. So, mak kata "haaa ok lahh tu. Terrorlah tu. Kimia dapat berapa?". With full of semangat, saya cakap, "Kimia gagal.." Buat suara sebak happy. Then mak tak marah pun. Mak bagi nasihat. Kena banyak baca, hafal. Heheheehe alhamdulillah :)

Happy happy juga. Tapi kau tak nampak ke kau ada gagal tu? urghh ye saya tahu tu, Tuan. Saya perlu improve. Ye saya tahu. Ok ok nak panaskan lauk ni. Nanti abah balik. As-salam ;D

*banyak post kau harini? :P

Comments

  1. ghahah! beza result agama kau yg bwh dgn ini :D haha.

    ReplyDelete
  2. asal result korang dkt web tu start dr ujian 2 sedangkan aku start dr ujian 1. musykil. haha. bkn semua result ade dlm web tu ke :3

    ReplyDelete
  3. dy, hahah tu ah pasai. aku salah kira atau ustazah tambah markah. hahaha

    jia, sekolah kami rahsiakan results ujian 1 ngan ppt. cemerlang maybe. hahaha

    aina, heheh tak sangka aku top10. happy gila ni :D

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

3rd Intake ke IPTA(prosedur)

Get To Know About Me #1

Mari Belajar Ruku'.