Jogging and Salam.

Aku pergi jogging/walking di Bukit Kledang bersama-sama dengan 3orang kakak aku, seorang adik, dan juga emak aku. Penuh dengan orang cina, semestinya. Biasalah, pagi-pagi. Jarang jumpa melayu yang nak bagi kebebasan toksin dalam badan. JARANG. Aku ni kira sama dengan je *sigh*

Aku walking dengan kakla. Kakmy dengan kakma jogging dulu. Bukit itu sudah semestinya aku tidak sanggup. Bukan kerana sayangkan peluh, tetapi kerana penat telah bagi lampu hijau. Mak dan adik aku, Intan, kat belakang. Kira 2-2-2 lah, dengan jarak yang jauh. Aku tak tahu berapa kilometer kami walking. Dari pukul 7 lebih, hingga pukul 9lebih pagi. Agak-agak pukul berapa?

Bila mata bertentangan dengan cina, aku terus mengalihkan mata aku sambil menaikkan sedikit bibirku. Maksudku, senyum. Malu bagi aku untuk senyum sambil memandang orang itu. Ada yang menegurku. Aku gelak, aku senyum, aku memberi respons tanda aku "okay je. Hehehe". Tidak kira bangsa. Melayu, Cina, India dan sebagainya.

Sewaktu aku walking dengan kakla, ada sekeluarga Melayu sedang berjalan arah lawan dengan kami(turun). Kami hanya senyum. Dan ibu kepada keluarga itu memandang kami sambil tersenyum,

"Assalamualaikum.."

Aku jawab sambil tersenyum. Kakla juga. Santai. Jalan je. Sambil mencari di mana kakmy dan kakma.

Aku terkesima, di dalam. Ya, aku mengaku aku jarang memberi salam kepada orang yang aku tidak kenal. Jarang? Aku rasa, tidak pernah barangkali. Mungkin. Sama ada aku lupa, atau tidak pernah.

Sewaktu diberi salam tu, aku rasa malu yang amat. Kenapa? Aku pun tidak tahu. Tetapi, aku rasa seperti terkena das tembakkan yang cukup kuat.

Maknanya, jarang bagi aku untuk mendoakan kesejahteraan ke atas hamba-hamba Allah. Aku hanya pentingkan diri. Aku hanya mendoakan kesejahteraan kepada orang yang aku kenal sahaa. Orang lain? Tidak.

Kini aku sedar, sebagai seorang Islam, aku, sudah pasti mahukan kesejahteraan kepada seluruh umat Islam. Tidak ditinggal, buat yang bukan Islam. Cuma, aku tidak mempraktikkannya.

Aku malu. Aku tidak tahu kenapa aku malu untuk memberi salam atau menegur/bertanya khabar terhadap orang yang aku tidak kenal sama sekali. InsyaAllah, aku akan cuba untuk menjadi hamba Allah yang sentiasa mendoakan kesejahteraan ke atas seluruh umat Islam, dan juga kepada orang bukan Islam. Sunat. Pahala. Pahala. DOSA dah menimbun, PAHALA cuma ibarat setitis air embun? Ataupun PAHALA yang KOSONG? Aku kah itu?

Marilah sama-sama menambah pahala :D
Dan mendoakan agar mendapat kesejahteraan daripada-Nya.
Dan juga kepada mereka, hamba Allah :)

ASSALAMUALAIKUM

Comments

Popular posts from this blog

3rd Intake ke IPTA(prosedur)

Get To Know About Me #1

Mari Belajar Ruku'.