Tiada Konklusi untuk penamat

This is a conversation.
A talk.
An issue.
Reality.
A problem.
But its not me honestly =) ahak.


Hurmmmm aku rindu dia lah wei.

Alahhh, dah dah lah woi. Dia tu kan ex kau. Buat apa nak ingat dah. Kalaulah korang ada jodoh, insyaAllah Dia akan bagi petunjuk. Kau sabar jelah. Janganlah asyik down je dol.

Sampai bila aku nak macam ni? Aku tau, aku memang dah takde harapan nak dengan dia. Lagipun, takde siapa boleh ganti dia. Dia terlalu perfect bagi aku. He never be replace(konon).

Chill lah babe. Bunga bukan sekuntum, kumbang bukan seekor. Banyak lagi orang yang boleh kau ganti.

Tapi dia lain weh. Dia mempunyai sikap yang kaum wanita inginkan. Dia terlalu perfect bagi aku.

Lain? Kau ingat, benda yang kau imagine, berganda ada kat luar kau tauu. Kau je yang tak terjah dan tak mahu open mind kau tu.

Wei. Kalau ada orang tu pun aku minat, bukan dia minat ngan aku macam dengan ex aku tu.

Yelahhhh, as i said, bunga bukan sekuntum, KUMBANG BUKAN SEEKOR. Itu pun lu tarak faham ka?

Ahh aku tak kira! Ex aku tu, tetap tiada penggantinya. Dia terlalu sempurna bagi aku. Aku tak tahu kenapa aku dengan dia tak dapat nak teruskan hubungan kitaorang.

Kau kena terima hakikat babe. Memang kau ada kata yang ex kau tiada pengganti. But you know, flower is a flower. Ball is ball, phone is phone, B is B, 2 is 2, house is house, book is book, screwdriver is screwdriver, mouse is mouse, cake is cake, speaker is speaker, pencil is pencil, durian is durian, tomato is tomato, art is art, guitar is guitar, tv is tv, laptop is laptop, Quran is Quran, shoes is shoes, shawl is shawl, nose is nose!

What do you mean? I just dont get it, babe. Tak ada satu benda yang kau listkan itu pun soal topik kita ni weh. Aku serius ni.

Ni aku nak terangkanlah ni. Maknanya, kalau dah sesuatu benda tu termaktub untuk sesuatu, maka ia tetap akan menjadi sesuatu setelah ia termaktub untuk dijadikan sesuatu. Simply as, HUMAN IS HUMAN. Obviously they have the different, but you know, HUMAN IS HUMAN. Ada keistimewaan masing-masing, dan juga ada kelemahan masing-masing. Walaupun kau menganggap ex kau tu orang yang sempurna, maka orang lain di sekeliling kau juga ada kesempurnaan mereka yang tersendiri. Tugas kau ialah menghayati kesempurnaan mereka itu. Tapi ingat, aku maksudkan sempurna itu bukanlah sempurna gila. Kau pun tahu, everybody's not perfect. Maksud sempurna tu macam orang mempunyai sikap yang kaum wanita inginkan. Kau jugak kena ambil tahu ; Past is past. Benda yang dah lama, usah dikenang. Kau beli buku baru, buat cerita baru. Open minded sikit. Ni jangan nak kuno sangat asyik belek buku lama.

Tapi babe, ex aku ni memang orang 1st yang aku jumpa yang ada sikap macam ni. Dia terlalu baik bagi aku. Aku tak boleh nak lupakan dia. Memanglah kau kata orang lain pun ada keistimewaan(pening betul aku nak taip ke-is-ti-me-wa-an ni), tapi privileges dia tu buat aku tak boleh nak terima hakikat yang dia bukan lagi milik aku.

Kalau kau rasa diri kau tu dah kuat, kira lemah semangat sebab putus cinta, ni aku nak tanya kau satu soalan.

Ape dia...

Siapa tuhan kau?

Allah lah.

Tahu pun!

Then?

Kau doalah kepada Allah agar kuatkan hati kau. Minta diberi kekuatan iman, ketabahan hati, kesabaran. Minta petunjuk kepada Allah. Mohon kepadaNya, moga kau dijodohkan dengan laki-laki yang beriman dan mampu membimbing kau ke jalan Allah(syurga). Tak lupa, mohon kepadaNya agar kau menjadi anak yang soleh, pelajar yang baik, penuntut yang beramal dengan ilmu, pekerja yang rajin dan peka serta bertolenrasi dengan apa jenis keadaan, isteri yang menurut kata-kata suaminya serta hamba Allah yang tidak lupa akan tanggungjawab di muka bumiNya yang indah ini. Baca Quran itu sudah memang pasti. Aku harap kau akan kuat. Kau kena terima kenyataan dan cuba terima kenyataan yang baru. Kau bukakanlah hati kau pada jodoh kau yang sedang bakal menanti kau kelak.

____________________________________________________________________________________________________________________________

Comments

Popular posts from this blog

3rd Intake ke IPTA(prosedur)

Get To Know About Me #1

Mari Belajar Ruku'.