Cinta calibri



" boleh tak kalau saya nak tahu pandangan awak tentang cinta alam maya. Boleh?"



Assalamualaikum buat sesiapa yang terbuka blog saya ini. Sihat? Syukur kalau kalian sihat. Kalau sebaliknya, minta mohon kepada Allah agar memberi kesihatan kepada hambaNya dan juga kepada anda :)
Soalan tu, en.A yang tanya pada saya. terima kasih kerana tanya kepada saya. Sekurang-kurangnya, ada juga topik untuk post saya kali ini.

Cinta alam maya? Buang alam maya. Cinta? Fuhh.. Siapa tak suka cinta. Semua yang ada dalam kehidupan seharian kita ini, mesti ada kaitan dengan cinta. Baju, seluar, berus gigi, makanan, kasut, kereta, motor, rumah, keluarga, kawan, dan sebagainya. Tapi cinta yang saya maksudkan untuk post kali ini ialah, cinta yang ada kaitan dengan dua insan yang berlainan jantina dan mempunyai perasaan indah antara satu sama lain. Mungkin, jatuh cinta.

Selain jurusan untuk 'course' di universiti yang mempunyai banyak pilihan dan bidang, cinta juga tidak terkecuali untuk mempunya banyak bidang. Tapi, saya di sini akan memberi pendapat mengikut mata kasar saya, iaitu cinta di alam nyata dan juga cinta di alam maya.

Sebelum itu, saya ingin 'copy and paste' pendapat en.A tentang cinta alam maya dan nyata ini. Beliau punya pendapat menarik bagi saya, jadi tak salahlah untuk saya kongsikan bersama pembaca(kalau ada yang sudi).

Pada pendapat kapok saya ni lah ya, pengalaman di mana-mana pun ada kan? Samalah juga dengan cinta. Orang kata cinta alam maya tak boleh nak dipercaya, risiko penipuan dan tertipuan itu tinggi. Pada saya, tak kira realiti or virtual soal percaya, jujur, setia dan sebagainya, semua benda ni depends juga pada individu yang terlibat. Belum tentu cinta di alam nyata bebas daripada kes menipu-pentipu-tertipu-puantiputuan-tuantipupuan. Cuma nama pun maya dan nyata kan. Mestilah banyak perbezaannya.

Nyata ; kita dapat melihat raut wajah si dia/berkenalan/boleh tepuk tampar sana sini/baru cinta.. dan..... Selanjutnya(tengok pada cerita si pasangan bercinta lah)

Kalau alam maya? Kita cuma dapat melihat gambar(itupun kalau ada). Gambar yang ditayangkan pula belum tentu si kacak/si jelitawan itu adalah diri sebenar individu dalam gambaran yang digambarkan. Kemudian, kita cuma berkenalan dengan hanya berbekalkan tangan manis/masam/kelat hanya melalui tulisan. Kita tidak tahu identiti sebenar si dia yang di alam maya itu. Hal-hal 'sempoi' ini boleh menjadi punca berlakunya jenayah. Tak kira lah walau jenayah tu sebesar mempermainkan hati seseorang pun, tetap satu kesalahan.

Kesimpulannya, saya percaya, walaupun realiti bonus berpihak pada kita, contohnya seperti kita jumpa orang itu, dapat tengok fizikal dia.. Tapi hati dia tetap lagi misteri, bukan? Cuma dirinya dan Allah sahaja yang tahu. (contohnya : tak kira di alam maya atau nyata, bila orang tanya soalan sama ada awak baik atau jahat. Awak akan jawab apa? Kalau saya, saya akan jawab itu antara saya dan Allah. Bermakna, saya tahu yang saya tidak akan menipu dan tidak boleh untuk menipu). Itulah yang saya fikirkan tentang cinta alam maya mahupun nyata. Jika saya kata 'i love you' sepenuh hati saya pun, tapi si dia tak percaya, tetap si dia boleh fikir saya main-main.. Tapi ALLAH? Dia lah yang lebih memahami. Sebenarnya cinta ini kalau individu yang terlibat jujur dan sentiasa berdoa mengharapkan yang terbaik, insyaAllah mungkin jodoh itu ada.

Untuk alam maya, mana tahu dapat mengelakkan/mengurangkan dosa yang bakal dilakukan dalam percintaan alam nyata. Kan? Mana tahu mereka dapat cinta yang halal, cinta yang diredhai Allah..(mungkin ini juga positive side) cuma langkah keselamatan dan berjaga-jaga tetap perlu diambil kira.

Haaa.. Itulah pendapat en.A tentang cinta di alam maya dan di alam nyata.Terima kasih kerana memberi pendapat. Minta maaf sebab tak minta izin nak copy paste. Hehehe

Basically, people won't let their love-trust(belief) placed on a high level. Means, they will find their love in reality world. Make love with friend, university partner, office, etc. Their belief were too strong and high. It's rarely for some people to make love in virtual world(alam maya ; social networking). They make love either through seeing hers/his pictures or without any 'ID'. Moreover, they put their belief in really-really-really(triple S) in high level. Do you know what I mean?

Example ; A was B's lover. A love B so much. They know each other through virtual world(you can put FB as an example virtual world). They had never met before. Just know each other, in virtual world. Then, A didn't know that B is good play-gender(boy or girl). So obviously B can flirt behind A. Wait, its not behind. It can be in front of too. Hello, they had never met. So, B can flirting with other opposite-gender with him/her.
WHILE, A still be the most loyal person in this world to prove that she/he really love B.. Ah that so sweet my dear.

Tett..!

Hello, a couple in reality world are still do same thing neither. Still flirting with girls/guys when they had to give a variety of reasons to their lover by telling that they have to attend meetings, classes, busy, tired, sulking, and so-annoying-excuses-on.

So, love in reality and virtual world has the same basic shape. WHICH is has advantages and also disadvantages.

Ramai orang prefer untuk bercinta di alam nyata je. Yelahh, gila apa if nak bercinta dengan orang yang mereka kenal through gambar? Tapi bagi yang bercinta di alam maya ni pulak, memang saya tabik ah sebab mereka meletakkan kepercayaan terhadap lover mereka di aras yang 'pengguna' cinta alam nyata jarang gunakan. Faham kan? Konklusinya, tidak kiralah sama ada cinta di alam maya ataupun di alam nyata, pasti ada kebaikan dan keburukkan. dan setiap yang berlaku, ada hikmahnya.

Itu pendapat pendek saya. Apa-apapun, cinta tidak kenal erti tempat, masa, umur, cara, dan yang sewaktu dengannya. Kalau dah cinta, cinta lah. Tidak kisahlah di mana-mana pun, asalkan kita mempunyai kepercayaan yang tinggi kepada pasangan masing-masing. Kalau kurang percaya, itu bukan cinta. Itu kongkong namanya. Tapi, tak salah juga untuk kita kongkong. Tapi, ada batasnya. Saya tak menggalakkan aktiviti 'mengongkong' pasangan kalian, tidak sama sekali. Tapi, pernyataan 'cemburu tanda sayang' itu sudah mewakili huraian bagi perkataan 'mengongkong' . Yang penting, kita mempunyai niat yang baik.


Walaubagaimanapun, saya masih lagi tidak dapat memberi huraian yang lengkap tentang cinta. Saya hanya tahu merepek sahaja. Soal cemburu itu, saya juga masih tidak dapat menghuraikannya dalam isu cinta. Perlu ke rasa cemburu itu wujud dalam percintaan?

Kepercayaan diutamakan. Kesetiaan didahulukan. Apa-apapun, mohon kepada Allah agar kalian dijodohkan dengan pasangan kalian. InsyaAllah. Jika kalian masih lagi sedang mencari cinta sejati, mohonlah kepada Tuhan agar kalian dijodohkan dengan orang-orang yang beriman dan takwa kepada Allah yang Satu. Setiap perkara yang berlaku, ada hikmahnya. Kita hanya mampu merancang, namun Allah telah menentukan perancangan kita itu agar menuju ke arah kebaikkan. InsyaAllah.


virtual world = alam maya, cybershape
__________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

Okay guys, jangan muntah bila baca each word yang telah saya taipkan itu. Saya saje je guna bahasa baku, bagi orang bosan baca. Malu kot nak baca balik. Weh serius, gua saje je nak taip bahasa yang teramatlah baku. Macam aku ni doktor cinta je. Dah lah copy paste orang punya pendapat. Alahhh.. Takpelahh.. Dah statement en.A tu best dibuat topik, so gua copy ah. Gua ni bukanlah ada idea nak taip panjang-panjang lebar. Gua biasanya bagi pernyataan yang ada dalam kepala minda gua ni je, beb. Takpun, gua chill dulu dengan twitter. Then, gua continue taip. Idea kejap ada, kejap tak ada. Apa boleh buat.. Hehhehehhe

Apa-apa pun, pada yang membangkang dengan post saya kali ini, sila hantar mms phineas dan ferb kepada saya(sangat tak ada kena mengena). pada sesiapa yang rasa saya merepek, saya minta maaf. Nanti bila dah terdetik untuk mengatakan post ini merepek, kelak saya akan padam post ini(dacing). Poyo~

Gua tak sanggup nak baca entri ni. Gerak dulu., Mata dah berat gila dol. Assalamualaikum :D

p/s note : Title yang teramatlah aku geli nak taip. Serius weh. Hahahahaha :P


Comments

Popular posts from this blog

3rd Intake ke IPTA(prosedur)

Get To Know About Me #1

Mari Belajar Ruku'.