Pengawas, marilah buka mata kalian.

Assalamualaikum.

Today is Friday, 1:32am. Yeah, I'm not either sleep or sleepy yet because.... mmmm~ Hahaha, tadi gua usha video Raja Lawak Sepah ngan kakak gua. Okaylah, sebelum tidur kena gelak dulu hehehe. Malam ni kira first time gua tidur lambat pada hari sekolah. Alahh nanti sekolah balik pukul 12. Tarak hal punya. Mudah-mudahan gua tak ngantuk dalam kelas nanti. Almaklumlah, saya dah tingkatan 5. Mata memang kena pandang ke hadapan papan putih. Telinga tu kira tolong sumbang sikit space untuk ilmu yang telah dibutirkan oleh cikgu yang mengajar. Cewahh 'dibutirkan' konon.

Lately gua punya mood tak menentu(di sekolah, sebagai pengawas). Minggu ini, gua kena bertugas dekat kantin dengan beberapa pengawas yang lain. Alahh, kantin tu kena jagalah. Suruh bebudak yang rajin gila tu tolong angkat pinggan sendiri letak dalam besen yang disediakan. Serius, gua pun tak faham apa masalah mereka yang memang dah dikurniakan tangan dan kaki untuk mengangkat pinggan mereka sendiri dan pergi meletakkan ke dalam besen TAKNAK angkat pinggan cawan mereka sendiri. Hai, beli makanan dan makan makanan tu boleh pula ya? Serius. tak faham. Mentang-mentanglah ada geng nak tinggalkan pinggan, dia pun nak tinggal pinggan+cawan sekali lah ya.. Bila seorang diri, tahu pun angkat? Hmm.. Takut ke adik? Lepastu gua tegur pun, ada yang tak melayan. Gua suruh dia angkat, then dia kata

"sabar ah. Orang bangun pun tak lagi, dah kecoh suruh angkat".

Ok fine. Cewah fine diaa... Okay, gua memang tunggu dia angkat pinggan. So, gaya kena macho beb. Peluk tubuh, lepas tu buat muka serius(please tampar). Then boleh pula nak sarkastik dengan gua,

"Pahal pulak nak sendeng muka kat sini? Aku tahulah nak angkat pinggan. Bla bla"

Ada lagi words dia yang worst gila. Malas nak ingat. Alahhhh, budak aje pun. Mana berani nak main mata dengan kakak ni. Konon..
Sorry, gua memang pantang bila kena perli ni. Memang gua rasa macam urghh gila. Budak tu berani cakap je weh, tapi nak bertindak balas tu.. Hmmmm.. Buat gua rasa macam tengah tengok Maharaja Lawak free tanpa bayar bil Astro je weh. senang nanti gua bagitahu kat abah gua, kata tak payah bayar astro dah. Gua bawa family gua, tengok aksi budak-budak sarkastik ni. Confirm juara, kalah Sepah(sarkastik).

Budak tu dah perli gua, memang gua diam je. Malas nak gaduh, tak ada point pun. Buat apa nak gaduh, gila tak gentle lah gua macam tu kan? Haaa.. Chill je. So, gua tenung je budak tu. Tenung je lah, buat muka serius selamba sambil peluk tubuh. Amacam? Style tak? Geli aku. Ok, gua tenung je. Budak tu buat apa? Haha dia nak buat apa je, setakat usha gua 0.1-0.2detik buat apa apa adik? Buat apa? Mana lagi perkataan-perkataan kau yang nak kau kata kat akak ni masa akak ni tak pandang kau? Kenapa senyap? Hmmm~ okay, jangan terkesima. Akak faham.

Konklusinya, aku menang :P

Fuhh... Gua memang malas nak marah-marah orang, tapi gua rajin jeling + tenung + tegur = kira macam gua dah bertindak. Pelajar macam ni, tak best kalau kita marah. Dia orang kalau kita marah, memang tak akan berkesan. Serius gua cakap. Malah, mereka akan boo boo sana, tengking balik, ataupun terus blah daripada tempat tu. Memang tak akan bagi effect yang postive. Seeloknya, kita kena tegur dengan cara yang tegas dan gunakan memek muka yang serius. Serius, sekali lagi. Bukan dengan menunjukkan raut wajah yang menunjukkan perasaan marah. Sekiranya tidak berkesan, kita kena bertindak dengan lebih tegas. Bagi arahan tu elok-elok dan jangan sesekali menggunakan perkataan yang buruk. Syukur alhamdulillah, saya tidak pernah lagi memaki atau mengata orang yang telah saya tegur(sebagai pengawas, saya tegaskan).

Waktu rehat(again), pengawas yang comel harap jangan makan sewaktu rehat. Keluar 10minit awal sebelum rehat atau makan selepas rehat. Bila dah jadi pengawas, kenalah korban masa sedikit. Nanti dekat kelas, minta kawan explain balik apa yang kamu tidak sempat untuk belajar bersama. Boleh bukan? Kalau tak boleh, pergi jumpa cikgu. Okay? Chill lah. Akak pun tak makan time rehat. Heheh bukan bajet sangat, tapi sebab terlupa nak makan. Nak kawal barisan lagi yang memang hancur gila macam dah kena kisar. Tu yang lupa tu. Nasib baik eden rajin berpuasa.

Fuhh, bajet gila aku ni.. Jangan mual ya..

Tahun ni, mungkin saya agak tegas. Buat pertama kalinya saya ada meninggikan suara terhadap beberapa pengawas yang tidak melakukan tugas sepenuhnya. Saya sepatutnya menegur, tapi termarah. Lagipun kalau ditegur, memang tak ada kesan calar-balar. So, saya terpaksa tinggalkan sedikit kesan calar. Sedikit je. So, saya pun kena terimalah result-nya yang juga sedikit kesan yang melekat kepada pengawas-pengawas itu cuma SEDIKIT je yang bergerak. Err ayat berterabur, malas nak berpikiyor. Saya tak boleh garang sangat, nanti muka berkedut. Kalau nak saya nampak tua, sila jangan bertugas. Kalau nak saya maintain macam sekarang(poyo), sila bertugas dan jangan mencari sudut untuk memberi alasan yang tidak kukuh(pedas gila ayat).

Saya bukan pengawas bertauliah pun. Pemalas juga. Mungkin ada silap saya yang saya tak sedar, harap tegur saya. Tahun ni saya cuma rasa sebagai seorang pengawas dan juga pelajar senior, haruslah bersikap lebih serius dan menitikberatkan terhadap perkara yang serius. Dah tak boleh main macam tingkatan 4 dah. Tahun lepas ada senior yang boleh marah kitaorang selain cikgu marah hehehe. Tahun ini, siapa lagi yang nak ubah diri kita kalau bukan kita sendiri? Cikgu? 'Adik'? Haaaa~ Kitalah yang wajib mengubah diri kita sendiri untuk memperbaiki kelemahan kita. Anggap je ini ujian Allah yang Dia nak uji kita, macam mana kita nak handle benda ni.. Kira macam tu lah. Kira kita kena bertanggungjawab dengan apa yang kita ada ini. Dah tanggung, kenalah jawab. Kan?

Short note for my prefects(especially for form4, form3 and form2) ; please behave yourself, my dear. Tolonglah bertugas di tempat yang telah ditugaskan untuk kamu semua. No excuses please. Dah kena soal, sila jangan berbohong, jangan nak mengadu domba, jangan nak manja, jangan nak bajet rapat. Dah buat salah, sila mengaku dan seeloknya minta maaf. Bukan bagi alasan. Kalau taknak mengaku, okay. Kau diam jelah. Takpayah nak tambah dosa. Okay? Pengawas tingkatan 5 tahun ni baik-baik, tak ada nak marah-marah. Cuma kitaorang rajin tegur orang je. Bab mengadu domba ni memang saya dah alah. Jangan menuding jari terhadap orang lain. Satu jari awak tuju kepada orang, 4jari yang awak dapat. Okay? Pada siapa-siapa yang rasa diri tu nak jadi pengawas hanya kerana mahu keseronokkan semata-mata(bukanlah bertujuan untuk mengelakkan gejala budak-budak nakal di sekolah), silalah 'behave yourself'. Minta quit, taknak pula. Bila buat salah, dah siapa kena tegur lagi, masih lagi leka. Tak apa, adik-adikku ni memang tak salah. Nanti kalian tingkatan 5, harap korang dapat pikul tanggungjawab korang dengan baik. InsyaAllah.

Jangan terasa, ini teguran ya. Nak membantah, sila jumpa saya di 5Sains. Personally.

Bajet tak? Hahahhahah

Minta maaf buat yang terasa dengan kata-kata di hujung jari saya. Nafsu saya untuk menceritakan tentang isu pengawas ini tidak dapat dikawal. Saya memang nak luahkan, generally, di blog saya. Kalau ada yang terasa, minta maaf ya. Saya pun ada salah silapnya. Tegur je saya kalau saya ada buat silap, jangan diamkan diri macam saya yang dulu(masa ada senior). Saya ni bukan ketua pengawas macam Cik.Ain saya tu. Saya cuma kawan dia aje. So, tak payah nak sunyi sangat dengan saya. Okay?
___________________________________________________________________________________________________________________

Hello, betul ke ni saya yang taip? Ewww~ Geli lah. Sorry, saya ni mana tahu apa-apa. Taip je apa yang terpacak dekat minda. Malas nk backspace balik. Harap maklum. Sekadar untuk kesedaran semua. Tak salah. Take my notes as advice. Saya pun sedang membaiki diri saya yang pemalas ni, nak tebus balik kemalasan saya, semua kesalahan saya ini, saya akan tebus pada tahun ini. InsyaAllah.

Comments

Popular posts from this blog

3rd Intake ke IPTA(prosedur)

Get To Know About Me #1

Mari Belajar Ruku'.