Guitar and Soul

Dulu, aku ada member ni. Lelaki. Dia agak rapat dengan aku tapi kitaorang kenal ikut laman sosial(pengguna maxis). Bertukaran no.phone(jangan amalkan!), then selalu texting setiap hari. Dia ni saiko orangnya. Aku macam tertarik dengan sikap beliau yang agresif itu.

Ya, perasaan suka barangkali.

Then, dia selalu call aku dan aku juga selalu call dia. Kira buat supersaver. Gayut tengah malam. Gila tak gilaa. Banyak topik kitaorang borakkan. Dia ni kira sweet juga sebab banyak cakap + speaking macam loghat orang utara. Aku rasa macam ada kimia.

Semakin suka, barangkali..

Malam tu, aku dan dia bosan. Dah banyak topik kami borakkan. Tiba-tiba, aku dengar satu bunyi yang menarik aku untuk mendengar dengar lebih lama. Suaranya, petikkannya, alunannya, strummingnya, aku rasa tertarik.

Aku rasa seakan-akan tahu apakah yang dimainkan itu. Ohh, gitar. Gitar. Teringat aku pada gitar milik adik lelakiku yang dibeli oleh mak semasa bercuti di Indonesia.

"nak lagu apa?"

Lamunan aku terhenti.


"err.. Huh?"
"Laaa diam pulak. Nak lagu apa ni? Orang mainkan."
"Err ngaa lagu apa-apa je.."
"Lagu apa-apa je?"
"haah.."

Banyak lagu yang dia mainkan padaku malam itu. Aku rasa sangat gembira dan terharu bila dia petikkan gitar itu untuk aku. Suaranya juga aku tidak menyangka mempunyai "body" yang lawa. Sedap.

Begitu juga malam yang berikut. Dan berikut. Dan seterusnya. Kadang-kala pada waktu petang, dia akan telefon aku. Katanya bosan. Aku tidak rasa pelik kerana tiap petang itulah juga aku bosan dan bukan kerana pelik kerana dia selalu mesej aku pada waktu malam sahaja. Dia mulai petikkan gitarnya lagi sekali.

Pada malam tu, aku dah memang biasa menunggu panggilannya. Ya, dia call juga aku.

"Okay, dah pilih lagu?"
"Hehehe takde lah. Tak tahu nak request lagu apa ni"
"Okay, orang main jelah lagu pape ek.."
"Hehehe okay!"

Secret - One Republic. Petikkan gitar dan suaranya yang "sedap" itu buat aku rasa cukup terharu. Malam tu aku rasa macam sesuatu "benda" yang membuatkan aku senyum dengan lebarnya.

Lagu itu menjadi kegemaranku sehingga kini. Suaranya masih terngiang-ngiang di telinga kananku. Sungguh merdu dan asli.

.................................................................................................................................................

Teringat aku pada kali terakhir dia menghubungiku. Pada waktu petang..

"Hi, lama tak call orang nampak."
"Hah? Ngaa takdelah. Busy sikit"

Tipuku.

Banyak topik juga yang kami borakkan. Tapi sekejap sahaja. Dia kena pergi mana entah, katanya. Tapi dia ada janji dengan aku.

"Okaylah. Nanti bila-bila orang free, orang call. Orang nyanyi satu lagu untuk dia tau."
"Hah? Hehehe lagu apa?"
"Lagu ________. Tapi orang tak reti main lagi. Lagipun orang busy ni. Nanti orang call eh?"
"Oh, hehe okay.."

Itu kali terakhir aku mendengar suaranya. Dia tidak menghubungi aku selepas itu. Langsung tidak walau sekali. Mesej? Kosong. Dan janji itu, dibiarkan bersama masa yang berlalu begitu sahaja.

Dah lama aku tak contact dia. Persefahaman kitaorang dah tidak sehala. Aku sudah tahu siapa dia. Biarlah aku sahaja yang tahu sikapnya.

Aku contact dia balik masa raya tahun ni. Last contact? Hmmm.. Tahun lepas. Hanya kerana salah faham, kitaorang dah tak contact.

Kini, aku tidak mempercayainya. Tidak sama sekali. Aku sudah pun mencecah 16tahun, aku punya otak yang tidak sama "saiz"-nya di kala aku berumur 15tahun. Tidak.

Aku masih lagi berhubung dengannya. Tapi, hanya mesej-ing sahaja. Jika dia menelefonku, aku tidak angkat. Kalau dia mesej pun, aku balas ala-kadar sahaja. Tidak semesra dulu. Dia sahaja yang bersemangat. Aku? Aku bukan orang yang senang percaya dengan orang yang dah anggap aku sebagai permainannya. Tidak sama sekali.

Dan biarlah kenangan itu berada dalam memori aku.

People can forget anything happened in their life. But, memories don't.

_____________________________________________________________________________________________________________________________________

Okay, aku dah ada pengalaman. Berhati-hati dengan si mulut manis atau lebih dikenali sebagaisweetalker. Walaupun dia baik, tapi sikapnya itu buat aku rasa aku tidak mahu berkawan dengannya.

Okay, aku taknak aib orang. Astaghfirullahalazim..

Aku teringatkan dia sahaja. Tak ada kena mengena pun. Hehehehe.

Kini, aku tiada apa jenis perasaan pun terhadapnya. Tidak. Setahun dah berlalu. Aku rasa bersyukur :)


p/s: maaf, aku sengaja bina ayat macam novel sedikit. Nak poyo kejap.

Comments

Popular posts from this blog

3rd Intake ke IPTA(prosedur)

Get To Know About Me #1

Mari Belajar Ruku'.