Uncle, sorry!

As-salam.

Aku ada cerita yang nak ceritakan tapi.. aku tengah sakit perut. Layan jelah~

Hari itu(fuhh skema) aku balik tusyen naik skuter dari silibin ke meru(tahu ke?). Err first time naik motor pergi tusyen ni, dahlah lesen tak ada. Aku bukan apa, cuma dah setengah jam tunggu bus, tapi bus tak ada. Kalau ada pun, dia pergi rehat. Geremm tau. Penat tunggu kat kedai depan. Aku telefon kakak aku suruh aku hantar aku pergi tusyen naik skuter tu je lah. Aku dah lambat masuk tusyen. Dahlah kelas star awal haritu. Usually pukul 10am, tapi mr.Paul start 9.15am sebab nanti dia busy.

Tetttt..

Kakak aku tak hantar, dia suruh aku pergi sendiri. Prihatin hahaha. Transport tak ada. Mak kerja, abah gerak keyell. Kereta putih tu kat kedai. Nasib nasib. Ehh kereta tu kalau ada, bukan aku yang drive. Kakak aku kan ada. Ape lahh.

Dua kelas dah selesai, matematik dan bahasa melayu. Okay, aku gerak balik rumah dengan bangganya kerana tak payah tunggu bus sebab aku dah ada motor. Fuhh bangga gila aku. Lepas dah drive(macam ayat bawak kereta) 2km lebih tu, aku belok kanan. Ada satu apek ni dia naik motor, tapi tak lepas nak naik bukit tu. Terus dia stop. Aku buat dang je lah. Lepas aku dah lepas daripada dia, aku nampak dia angkat tangan kat aku minta tolong. Aku.. err aku straight je sebab aku rasa dah jauh. Jahat gila kan aku?

Lepastu, aku menyumpah-nyumpah diri aku, asal lah aku tak tolong apek tu. Kesian dia.. Ahh ini tak boleh jadi! Aku buat U-turn, pergi kat tempat apek tu tadi. Kesian gila + rasa bersalah tak tolong dia. Unfortunately, aku tengok dia dah tak ada. Aku cari dia area situ kot kot dia ada lagi ke, tapi dia tak ada. Sampai aku kena hon dengan kereta mana entah sebab aku tak bagi signal. Yelahh, sibuk cari apek tu. Padahal aku buat U-turn tu kira jarak tak sampai 500m kot. Cepat gila apek tu hilang.

Fuhh sebak siot tak dapat nak tolong apek tu. Sumpah rasa bersalah. Menyesal gila sebab tak berhenti masa dia angkat tangan tu. Now, beras dah jadi nasi. Kenalah terima. Jahat gila aku time tu. Apa lah nasib cina tu kann.. Moga beliau selamat. Amin.

Dear pakcik cina a.k.a apek, saya nak minta maaf sebab tak berhenti kat uncle tau. Saya pun tak tahu kenapa saya tak berhenti. Maybe speechless kot sebab 1st time orang minta tolong ngan saya. Dahlah saya takde geng time tu. Maafkan saya, ya uncle. Sorry :'

_______________________________________________________________________________________________________________________________

Moral of my story, tolonglah orang yang minta tolong kat korang. Dia cuma nak minta tolong, bukan nak minta apa pun. Pahala korang tu, korang kenalah tambah. Tu Allah dah bagi peluang korang tambah pahala free-free, korang lepaskan. Pehtu, barulah nak menyesal. Senang cerita, macam aku ni hah. Penuh dengan kekesalan. Fuhh ni yang aku nak layan lagu Beribu Sesalan ni.

Ahhh!! Assalamualaikum.

Comments

Popular posts from this blog

3rd Intake ke IPTA(prosedur)

Get To Know About Me #1

Mari Belajar Ruku'.