Mari makan.

As-salam.

Fuhhh, agak seksa bila mahu diet ni. Teramatlah seksa. Alhamdulillah saya kalau breakfast jarang makan berat. Pagi tadi pun makan biskut oat je. Itupun tergesa-gesa makan dalam kelas. Balik rumah, ratah ayam. Lupa asing kulit bila ayam dah dalam mulut. Ah lantaklah, rezeki :P lepastu makan apa kagi ehh.. nasi lemak dua suap, tosai makan setengah je. Sedih gila kan? Benda sedap, terpaksa korbankan. Yang tak boleh blah, saya makan oat dengan susu tanpa gula. Fuhh nak termuntah tapi ok lah daripada mandi tadi perut pun berbunyi. Buat malu je. Muruku pun aku makan banyak tadi.

Senang je nak stop diri daripada makan ni. Senang?? Poyooooo lah awak. Tadi saya makan muruku banyak. Muruku kecil-kecil tu, memang tak boleh stop nak makan. Ahh aku marah kat diri aku, cakap "kalau kau makan lagi, kau gemuk!". Sangat hiba. Tambah-tambah lagi melihat kakak ku makan and kata aku ni kurang siuman menyumpah diri sendiri. Dahlah dia beli super ring(my favourite keropok), pehtu saya ambil banyak. Then, again. Menyumpah. Terpaksa bagi baki balik.

Verily its really pain for me. Tapi apakan daya, nak jaga badan. Jangan kata saya tak syukur. Syukur apa, dah comel cantik dah ni(jangan percaya). Tapi saya nak ubah diri saya. Dah bosanlah. Nak jadi macam kakak-kakak saya(jangan nak bangga sangat okay). Ah menyampah gila.

Yang penting, hidup harus diteruskan! Tak ada kena mengena. Next year ambil SPM wohh. Ni yang excited ni. Takut subjek biologi dan kimia gagal lagi :'/ help me please? Kena berjuang habis-habisan tahun hadapan. Kata nak ambil course engineering. Tapi pemalas.

Yeker nak jadi engineer? Sangat tak boleh go. Okay, pilot boleh? Ahh kenapa tak ada pilot perempuan. Biar saya jadi orang pertama boleh? Wuwuwuwu~ lepastu nak jadi peguam, kena mahir sejarah lah pula. Alahh macam you all tak tahu saya memang sangat hebat dalam sejarah(mari percaya). Aku ni tak daa future agaknya. Huahuahua

Jap, en.A kata nanti datanglah cita-cita tu dengan sendirinya. Tak kisahlah nak jadi pilot ke, peguam ke, doktor ke etc etc selagi usaha dan yakin yang saya boleh lakukannya! Selain daripada minat. InsyaAllah.

Okay, daripada makan apehal turun ke life ni?

Dan saya baru beli novel Contengan Jalanan. People around me maybe tak minat sebab cerita ni tak banyak pasal cinta, tapi perjalanan yang mendekatkan diri dengan agam yang jarang 'ditegahkan'. Interesting kot cerita ni.

Selamat malam, babyblog and readers.

Duhai pembaca selamat malam,
Semoga kalian mimpikan saya.

Dan jangan bagitahu saya "i hate nightmares when I dream of you"
Assalamualaikum.

Comments

Popular posts from this blog

3rd Intake ke IPTA(prosedur)

Get To Know About Me #1

Mari Belajar Ruku'.